Thursday, June 30, 2011

matang kah kita??

..Ya ALLAH..kekalkanlah rasa kehambaanku..aminn...

"tiada KESEMPURNAAN dalam ibadat tanpa IKHLAS.."

..Bismillah...alhamdulillah...masih dikurniakan ALLAH untuk terus bernafas di bumi-NYA..Ya ALLAH..kuatkanlah kami..tetapkanlah kami di jalan-MU..insyaALLAH...ok..harini QA nak kongsikan tentang apa yang dimaksudkan MATANG??...tiba-tiba idea ni datang usai sesi 'dating' bersama PENCIPTA awal pagi tadi..susah nak membuat satu definisi yang tepat tentang kematangan..kematangan itu SUBJEKTIF dan RELATIF...teringat pulak kata-kata ustaz masa di sekolah dulu..

"selagi kamu MERAJUK..selagi tu kamu BELUM MATANG"

..teringat kata ustaz membuatkan QA tergelak dan berfikir semula...jadi kalau usia kita menjangkau 80-an dan masih lagi MERAJUK apabila anak-anak tak balik beraya..isteri tak masak,masakan kegemaran..maknanya kita masih BELUM MATANG...sebab itu tiada siapa yang boleh katakan... "SAYA DAH MATANG"..ye..mungkin kita matang dari segi usia..tapi belum matang dari segi perangai...dua perbezaan...matang dari segi usia ini seperti perempuan yang ada peringkat kematangannya sendiri...begitu juga lelaki...sekalipun seseorang itu dah mencapai usia MATANG atau BALIGH...belum tentu fikiran dan perangainya sudah matang...

..tahun depan saya SUDAH berumur 22 tahun...tapi bukan BARU berumur 22 tahun..

kenapa di BOLDkan..sebab ianya membawa dua maksud yang berbeza..SUDAH bererti telah sampai..apabila melafazkan SUDAH dan diiringi angka umur..akan terasa berat untuk kita melafazkan kerana ia disekalikan dengan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal digalas..BARU pula bererti mula menjengah..bila melafazkan BARU dan diikuti angka umur kita..akan terasa ringan kerana fikiran mengatekan masih muda..baru berusia sekian dan demikian..perjalanan masih jauh..dan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang sepatutnya digalas dirasakan seperti bukan sesuatu yang mustahak..jadi..dimanakah kita??matang tak kita???..

.."ehhh..minah..kau tau..si peah tu tergedik-gedik dengan si ali..ish..tak matang lah die macam kite.."

..ahah!!..kamu sedar tak situasi ni selalu terjadi disekitar kita...selalu mengatakan orang tu tak matang..dia tu belum matang...sedangkan diri sendiri terlupa cermin untuk lihat.."aku dah matang ke??"..bagi pendapat QA..selagi kamu sibuk MENGATA..MEMPERLI..MENGUTUK..MENGUMPAT...kamu belum matang...betulkan???..jika kita matang..mungkin kita boleh berfikir dengan secara berhemah..melakukan tindakan yang bijak..mungkin kita akan bercakap begini.."tipah..kita doakan saje si peah tu semoga berubah kelakuannya.."..semoga ALLAH membantu kita.. :)

"kalau dah kahwin..mesti matang punyelah.."

..statement di atas adelah auta sebenarnya...mungkin kita selalu dengar perkataan ni bila MATANG dijadikan alasan tidak bersedia berumah tangga...menempuh alam perkahwinan sangat memerlukan suatu KEKUATAN yang amat tinggi..bahkan perlunya KESABARAN yang tinggi...alam perkahwinan sememangnya INDAH...QA jadi teringat lagu P.RAMLEE.."sedangkan lidah lagi tergigit.."..jadi..lumrah rumah tangga..ada pasang surutnya..kalau takde merajuk..tak dapatlah mengeratkan lagi kasih sayang..hehehe..ok..QA belum berumah tangga..jadi..sangatlah sikit ilmu tentang ALAM PERKAHWINAN..cuma bila kite selak surat khabar...jenguk-jenguk internet...setiap hari pasti berlaku kes KEGANASAN RUMAH TANGGA...sangat banyak kes..dulu mungkin kita selalu dengar ISTERI KENA DERA..sekarang si suami pun kena dera..hebat juga wanita ya???sepatutnya dalam sebuah keluarga..tidak perlu tunjuk SIAPA HEBAT..atau AKU YANG BERKUASA...amatlah penting di dalam sebuah keluarga adalah sifat TOLERANSI..SALING MEMERLUKAN..itu yang terbaik..barulah orang kata itu KELUARGA YANG MATANG dan PATUT DICONTOHI..insyaALLAH..

...kematangan seseorang boleh dilihat secara keperibadian seseorang itu..percakapan..pergerakan..semua itu sudah cukup untuk kita menilai seseorang..dan mungkin dapat dinilai kematangan kita...

"boboy...kuliah macamane harini??"

okeh...berkaitan dengan panggilan dalam keluarga..memang tak salah panggilan tersebut..cuma mungkin ianya sesuai ketika anak itu masih kecil...tapi kalau umurnya 20++..mungkin individu itu sendiri yang akan berasa malu...biarlah panggilan itu disesuaikan...gunekan nama yang asli lagi indah bukan???...melalui panggilan seperti itu boleh mengakibatkan kebantutan proses keMATANGan individu...mungkin dengan panggilan sebegitu..individu itu merasakan dia masih lagi seorang budak yang perlukan perhatian dari keluarga dan belum sedia untuk SURVIVE dalam hidup..

di dalam AL-QURAN juga ada menyebut tentang ciri-ciri orang yang boleh dikategorikan MATANG dalam agamanya..terdapat pada sepuluh ayat pertama surah AL-MU'MINUN dan bahagian akhir surah AL-FURQAN..

Mereka yg khusyu’ solatnya

Menjauhkan diri dari tiada berguna

Menunaikan zakat

Menjaga kemaluannya kecuali kepada isteri-isteri yg sah/suami yang sah

Jauh dari perbuatan melampaui batas

Memelihara amanat dan janji yg dipikulnya

Memelihara solatnya

Merendahkan diri dan bertawadu’

Menghidupkan malamnya dgn bersujud

Selalu takut dan meminta ampunan agar terjauh dari jahanam

Membelanjakan hartanya secara tidak berlebihan dan tidak pula kikir

Tidak menyekutukan Allah

tidak membunuh

tidak berzina

Suka bertaubat

tidak memberi persaksian palsu

jauh dari perbuatan sia-sia

memperhatikan Al-Qur’an

bersabar dan mengharap keturunan yg bertaqwa

..jadi..fikirlah..matangkah kita sebagai hamba-NYA???...matangkah kita dalam urusan sehari kita???matangkah kita dalam menggunakan akal???..dan buat diri ini juga masih terus bertanya..matangkah aku???..tepuk dada..tanya iman..insyaALLAH..

..alhamdulillah sampai sini sahaja entri kali ini...entri ini untuk muhasabah diri ini dan semoga bermanfaat buat semua..insyaALLAH...yang baik kita jadikan pengajaran..dan yang buruk itu..sempadankanlah ia..semoga menjadi hamba-NYA yang bertaqwa..insyaALLAH..selami akal..selami jiwa..selami lautan dalam..hehehe..^_^"



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...