..Ya ALLAH..tautkan hatiku dengan-MU..aamin..
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Bismillah...Alhamdulillah..masih lagi ALLAH beri kesempatan untuk terus menaip di belog dan terus berkongsi ilmu..
straighttttttttttttttt.....to the point..ok..harini QA nak berkongsi tentang GABUNGAN NAMA...means??..ok..trend gabungkan nama bagi kekasih-kekasih yang hangat bercinta ini sudah lama..since QA high school lagi..ok..QA pon terbabit jugak..kire QA kene culture shock jugak..heeeeee...kanak-kanak bukan???..main sebat je ape yg orang buat..
harini..trend gabungan nama ni masih lagi diteruskan..teringat ustaz QA pernah cakap..
"kenapelah kamu sebok dok tukaq nama..dok sebok gabung nama..tak menarik pulak tu..kalau si perempuan tu namanya SUZANA..dan si lelaki tu namanya MARZUKI..digabungkan jadi SUZUKI"
..heeee..meledak ketawa kami sekelas..sentap dan jadi otak mula beroperasi dan mencari-cari apekah salah gabungkan nama??
..Nama mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seorang insan. Dengan nama itulah dia akan dikenali. Dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari akhirat. Kerana itu nama bukan perkara kecil. Malahan ia boleh melibatkan hukum larangan jika nama yang diberikan itu tidak menepati ajaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
..Nama juga dapat membezakan agama seseorang manusia...haaa..jika namanya SHARIFAH..agamanya pasti islam dan begitulah sebaliknya..Islam juga sangat menekankan soal nama..berikan nama kepada anak-anak dengan nama yang mempunyai maksud yang baik dan bagus..semoga akhlaknya sama seperti nama yang diberikan..masyaALLAH..indah bukan ajaran islam..
..teringat artikel berkaitan nama ini yang ditulis Ustaz Ahmad Munawir Salehuddin..antara isinya ialah..
"Menyambungkan nama dengan tujuan merapatkan kasih sayang antara pasangan( yang sah aje ye..).tidaklah menjadi kesalahan selama mana ..nama tersebut tidak membawa makna yang buruk atau maksiat….sebagai contoh….. Syahir campur irah jadinya syahirah( yg masyhur)..maka dibolehkan ..tetapi jika nama seperti. Syaira dan Atan…apabila digabungkan menjadi syaitan…..!!ha ha ha…tak boleh …yang ini tak boleh…!!"
Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menggelar sahabat Baginda iaitu Abdul Rahman B. Sakhar dengan gelaran ABU HURAIRAH iaitu bapa kucing disebabkan ABU HURAIRAH amat sukakan kucing..
Ulamak hadis juga bersependapat gabungan nama adalah tidak salah selagi ianya nama yang baik dan tidak melanggar batas-batas syarak..maknanya disini..kalau belum nikah..seeloknya percepatkanlah nikah..supaya nama yang digabungkan itu tidak melanggar batas syarak..dan carilah nama yang sesuai untuk digabungkan dengan suami/isteri..jangan yang melalut..
Ustaz Ahmad Munawir Salehudin juga berpesan:
"Adalah dinasihatkan kepada pasangan yg bercinta agar berkahwinlah dahulu lepas tu gabungkan lah apa yg nak digabung…bukan sahaja nama…..!!! Jangan ketika bercinta kita mesra dan romantic dengan nama kita disatukan… macam masa bercinta nama gelaran pasangan itu….Solehatunnajwa tapi bila dah berpisah bertukar menjadi ( sori la ye..lu bukan lagi awek gua….) "
Nama melambangkan keperibadian seseorang...semoga apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada kita semua..apa yang baik sebar-sebarkanlah..dan yang buruk itu kita cuba untuk memperbaiki..semoga ALLAH menerima baik setiap perkara yang baik itu..insyaALLAH.. ^__^"
No comments:
Post a Comment