ALLAH..ku pohon yang terbaik buat diriku..aamin..
"pepohon cintaku..kian merimbun..
semakin dicantas makin bertunas.."
Bismillah...assalamualaikum...alhamdulillah..diberi kesempatan ALLAH untuk QA menaip dan terus menaip..berkongsi kisah..berkongsi ilmu buat yang SINGGAH dan MENJENGAH belog QA..terima kasih anda di situ!!! ^_^"
harini topik kita berkisar mengHALALkan yang HARAM mengikuti JALAN ALLAH..dan topik ni moreeeeeeeeeeee kepada soal NIKAH dan JODOH..
"mu.. nok nikah bulih dop??"
soalan housemate sy pagi tadi..hehehehe...soalan uji minda ke ape ni..jenuh jugak nak menjawab...betul..soalan yang ditanyakan tu memang tersangat simple...tapi untuk si penjawab nih..hailaaaaa...guane nk jawab???
bile sebut soal NIKAH KAHWIN..ramai gadis-gadis dan teruna mule duduk tersipu malu...yup..soalan sensitif dan membuatkan jantung para gadis dan teruna berdebar hebat...boleh tercabut mungkin..kenapa???..sebab di usia inilah mereka mulai mengenal apa itu CINTA..dan bagaimana CINTA itu perlu diluahkan..
"nak pakai KAEDAH ape nak luahkan cinta??"
kita pakai KAEDAH NIKAH...nikah adalah jalan yang terbaik jika dua hati yang sudah saling bertaut...
TETAPI...
ingat ye..nikah bukan SEKADAR LAFAZ..tapi sebuah janji yang bakal dipegang oleh kedua pasangan...kene tahu ape sebenar maksud AQAD NIKAH dan IJAB KABUL...penting ke semua ni???..PENTING SANGAT..
apa maksud IJAB KABUL??
Ijab artinya : Serahkan; Yang diserahkan adalah amanah Allah;
Qabul, artinya : Terima; tanggungjawab
Tanggungjawabnya adalah tanggungjawab penuh dan mutlak, tanggungjawab zahir dan batin. Tanggungjawab menghalalkan yang haram.
Aqad Nikah adalah suatu perjanjian yang mulia dan sangat kuat, menuntut adanya tanggungjawab pemeliharaan dan perlindungan, dengan pancaran cinta dan curahan kasih sayang.
Allah mengggunakan kata “mitsaaqan ghaliidzan” (perjanjian yang kuat) kepada Nabi dan Rasul-Nya ketika perjanjian menyerahkan Kitab dan Hikmah; Dan dalam urusan pernikahan dan perkawinan pun Allah menggunakan kata “mitsaaqan ghaliidzan”, iaitu firman-Nya :
“Dan telah mereka terima dari kamu perjanjian yang kuat.” (Qs. An-Nisa’, ayat : 21)
Aqad Nikah dan Ijab Qabul adalah amanah yang tidak boleh dipermainkan, dan janji yang tidak boleh diingkari.
Rasulullah SAW berpesan khusus kepada kaum laki-laki yang telah menjadi suami, iaitu :
“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Allah dalam urusan perempuan (yang telah dipersunting jadi isteri), sesungguhnya kamu telah terima mereka (pada saat berlangsung Aqad Nikah dan Ijab Qabul) dengan amanah dari Allah.” (Hadits riwayat Muslim dan Tirmizi)
Allah menuntun umat Islam jika mengikat janji, hendaklah memegang teguh janjinya :
“Dan sempurnakanlah perjanjian dengan Allah, apabila kamu telah berjanji (untuk melaksanakan amanah).” (Qs. An-Nahl, ayat : 91)
Dalam kita mencari sebuah cinta...kita perlu berpegang teguh dengan ajaran ALLAH...soal JODOH sudah ditetapkan oleh-NYA..QA sendiri berpegang dengan satu ayat..."telah terungkap seungkap nama seorang LELAKI di LUH MAHFUZ untukku"..kata-kata ini membuatkan QA melupakan sejenak soal jodoh untuk terus QA bermujahidah dalam menuntut ilmu..
sahabat pernah mensarankan QA agar segera nikah apabila datang seorang lelaki merisik...bagi QA..selagi belum rasa boleh memikul tanggungjawab sebagai suri di hati suami,sebagai guru yang bakal mendidik zuriat,sebagai pendamping tatkala suami perlukan...QA lepaskan semua itu kepada ALLAH...
Tanggungjawab itu tidak boleh dipandang ringan...untuk membina sebuah KELUARGA SAKINAH dan MAWADDAH WA RAHMAH perlu dipertitik berat tentang setiap sesuatu yang dipandang ringan...QA ingin berkeluarga bukan di dunia sahaja..malah di akhirat sana dan insyaALLAH di jannah ALLAH..
ok..sekian perkongsian serba sedikit..jika salah minta diperbetulkan...kita berkongsi ilmu perlu saling tegur jika ada silapnya..jangan biarkan sahabat terus salah tanpa memperbetulkan salah itu..syukran singgah..moga yang baik diambil sebagai ilmu..yang tidak baik eloklah kita sama-sama jauhi..jazakallah khairan kathira.. :\^_^"
nikoh? hehe..org pantai timur ke?
ReplyDeletetakdelah cik pinky...berkawan..jadi taulah sikit2 loghat lain.. :)
ReplyDelete