ALLAH..dekatkan diriku..dengan-MU..aamin
"kemenangan bagi orang yang telah berusaha"
..pasti dan pastinya MALAYSIA masih meraikan kemenangan skuad bola sepak malaysia..itulah kemenangan yang amat dibanggakan di negara kita..okeh..walaupun QA tak pernah minat bola..tapi duduk di negara orang menjadikan semangat kenegaraan tu membuak-buak..heeee...tak salah kan..
..okeh..bukan itu topik yang nak ditulis sebenarnya..saja buat selingan sbb memang bangga jadi MALAYSIAN nih..heeeee..
"JANGAN CEMARI CINTA KAMU.."
tibe-tibe idea ini dtg...kenape???..sebab baru-baru ni sahabat ade berkongsi tentang TALK yang die hadir..insyaALLAH..semoga bermanfaat buat semua..
mencemari cinta bukan setakat melakukan zina dengan pasangan dan sebagainya...mencemari cinta yang lebih mendalam juga banyak..sekarang manusia sudah semakin sedar akan cinta yang ALLAH redhai..cinta yang ALLAH redhai ialah cinta lillahi ta'ala..cintai kerana ALLAH..semua yang dibuat kerana ALLAH akan diredhai-NYA..
tapi..manusia juga sering salah dalam menggunakan konsep LILLAHI TA'ALA..katanya kamu cinta dia kerana ALLAH..padahal kamu sibuk bermesej..call..jumpa dia walaupun ada orang ketiga..bukan QA kate mesej..call tak boleh..tapi sekadar-sekadar sahaja..jangan call sebab nak tanye rindu atau tak..cube call dan bincangkan perkara yang masih di batas agama..contohla..call atau mesej untuk sembang tentang seksualiti merdeka..bagus jugak tu..ikut pandangan masing-masing..
bagi wanita pula..suara pula haruslah dititikberatkan dalam berbicara..bicaralah dengan lelaki dengan nada yang tegas..jangan cuba melunakkan suara..haram hukumnya..
“Maka janganlah kalian tunduk dalam ucapan hingga berkeinginan jeleklah orang yang di hatinya ada penyakit.”
(Al-Ahzab: 32)
ada sesetengah yang mengatakan wanita haram berbicara dengan lelaki...ALLAH..tiada poerkara itu disebutkan di dalam Al-Quran mahupun hadis..ALLAH murka orang yang menghakimi orang lain..
bila konsep lillahi ta'ala yang kamu pegang dalam membawa cinta kamu dan si dia..wajiblah kamu selarikan konsep kamu dengan cara kamu..tak perlu bicarakan soal hati setiap hari..cukuplah sekali dia tahu kamu cintakan dia..selebihnya biarlah ALLAH dan kamu sahaja yang tahu...bukankah ALLAH lebih memahami kita..
dan yang sewajarnya...biarkanlah si dia bebas dalam tempoh sebelum dihalalkan hubungan kamu itu..biarlah dia bebas dan dia juga tahu adanya kamu..tak perlu terus-terusan ikat si dia dengan kata cinta dan janji yang belum pasti kamu akan kotakan...jodoh milik ALLAH...DIA telah tetapkan yang terbaik buat kita..
okeh..maaf tak panjang..cuma inilah pandangan QA..moga bermanfaat
No comments:
Post a Comment