Thursday, June 16, 2011

PEMIMPIN adalah kayu pengukur sesebuah negara..

..Ya Allah...kami hanya menumpang atas kekuasaan-MU..


Abu ja’la (ma’qil) bin jasar r.a berkata:
saya telah mendengar rasulullah saw bersabda:
"tiada seorang yang diamanati oleh allah memimpin rakyat kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti allah mengharamkan baginya surga."
(Bukhari Muslim)

kamu bakal pemimpin negara!!

Antara sifat-sifat mulia yang perlu ada pada diri seseorang PEMIMPIN!! adalah :-

1.AMANAH

AMANAH adalah satu perkara utama dan sangat penting dalam menentukan masa depan sesebuah masyarakat. Agama Islam sendiri telah meletakkan AMANAH sebagai perkara utama. Firman ALLAH dalam Surah al-Ahzab ayat 72

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab AMANAH kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah!)sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan".

Justeru, sebagai khalifah ALLAH, setiap insan mestilah sedar bahawa setiap langkah dan setiap saat yang kita hadapi di dunia ini ada AMANAH yang perlu kita laksanakan. Setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada menunaikan AMANAH yang telah dibebankan kepadanya. Sebarang kemusnahan dan kerosakan yang yang berlaku di atas muka bumi ini harus diperbaiki berdasarkan kepada AMANAH yang telah diserahkan. Setiap Insan bukan saja perlu AMANAH kepada alam sekitar dan makhluk ciptaan TUHAN yang lain, tapi juga AMANAH kepada dirinya, keluarganya, kerjanya dan negaranya selain menunaikan AMANAH yang diserahkan oleh AGAMA.

2. TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB adalah salah satu kunci kejayaan dalam bidang pengurusan. setiap insan perlu BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap kerja yang dilakukan. Rasa BERTANGGUNGJAWAB yang ada dalam diri seseorang insan itu akan dapat mengikis sikap " Melontar Batu Sembunyi Tangan". Dalam sesebuah anggota masyarakat, setiap individu ada TANGGUNGJAWAB masing-masing. Yang memimpin BERTANGGUNGJAWAB kepada yang dipimpin. Sabda Nabi Muhammada SAW :-

Maksudnya : Kamu semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah BERTANGGUNGJAWAB terhadap orang-orang yang dipimpinnya .....


3. IKHLAS

Rasa IKHLAS adalah satu NILAI yang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang insan. Ia sangat penting dalam melaksanakan sesuatu amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Ini kerana IKHLAS akan melahirkan ciri-ciri yang mulia dalam kehidupan masyarakat. Sebaliknya jika tiada KEIKHLASAN dalam diri seseorang insan, maka akan berlakulah perpecahan, pergaduhan dan sebagainya yang akan memecahbelahkan kerukunan dan perpaduan hidup. Dalam Al-Quran ALLAH S.W.T telah berfirman menerusi ayat 11 surah Az-Zumar :-

Maksudnya : Katakanlah lagi (Wahai Muhammad) Sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah ALLAH dengan MENGIKHLASKAN segala ibadat kepada-Nya.

4. SEDERHANA

KESEDERHANAAN adalah satu sikap yang menolak sikap melampaui batas atau keterlaluan. ISLAM menuntut umatnya BERSEDERHANA dalam semua perkara. Sikap suka membazair dan boros dalam perbelanjaan dan melampaui batasan ini boleh membahayakan kehidupan umat itu sendiri. Justeru sikap membazir dan melampaui batasan ini harus dihindari oleh setiap insan. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 27

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sdang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada TUHAN-Nya

5. BERSIH


KEBERSIHAN adalah satu ciri yang perlu ada pada diri setiap insan. ISLAM memerlukan umatnya yang BERSIH hati, BERSIH pakaian, bangunan, kawasan dan BERSIH dalam semua urusan hidup baik pemakanan, pemilikan harta, pentadbiran dan sebagainya. KEBERSIHAN adalah satu KEIMANAN. Ia adalah satu nilai utama yang perlu diamalkan kerana KEBERSIHAN akan membentuk KESIHATAN. pelbagai jenis wabak dan penyakit pasti akan dapat dihindari jika masyarakat mengamalkan KEBERSIHAN. Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 108

maksudnya : Dan ALLAH mengasihi orang-orang yang MEMBERSIHKAN diri mereka (zahir dan batin)


...ingat...setiap manusia dilahirkan sebagai WINNER!!...jangan menyerah sebelum berjuang...Pemimpin berjaya adalah pemimpin yang berjaya membawa rakyatnya ke syurga Allah!!!...Allahuakbar...





Qurratun 'ain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...