Monday, June 13, 2011

ku serah amanahku buatmu menantuku...

Ya Allah...satukanlah hatiku..dengan-MU..aminn...


"dulu esakkannya...sandar dibahuku...
tangisannya kini..ku serah padamu...
bukan bermakna...dia bukan milikku..
fitrahnya..perlukanmu.."
~saat lafaz sakinah-far east~

....Bismillah...sebelum ni QA banyak membaca tentang surat kepada bakal suamiku...surat kepada bakal isteriku...macam-macam lah kan...tapi...kali ni berbeza yang QA jumpe di sebuah blog...kali ini berkisar tentang surat seorang ayah kepada menantunya...bagaimana susah seorang ayah melepaskan puteri yang dulunya tangannya kecil...kini perlu menggalas tanggungjawab sebagai isteri...di mana juga seorang ayah tidak mahukan puterinya tidak memperoleh bahagia yang sepatutnya puterinya peroleh...yukkkkk....kita baca dan renung...


Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,
Kuingin menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela puterinya dimadukan,
Baginda telah lalui kepayahannya,
Tak mahu menantunya turut kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tak rela bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Bakal Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?

...sudikah kamu wahai lelaki sekiranya syarat ini menjadi syarat utama seorang ayah kepada menantunya????...jika isteri itu sudah sempurna sifatnya,tidak lalai pada tanggungjawab,segala keperluan kamu sentiasa terisi...dialah ibu kepada anak-anakmu tanpa sedikit keluhan semasa membesarkan zuriatnya...dialah isteri yang malamnya sentiasa menemani mu...ketika bertahajud...seorang teman yang bila sedihnya kamu,dia sentiasa memegang bahu kamu dan sentiasa mengucap kata semangat...jadi...perlukah mencari cinta lain yang belum pasti cinta baru itu akan sesempurna cinta si isteri itu???saatnya kamu ingin menikahi seorang gadis...pasti kerisauan akan terjadi kepada si ayah...adakah sudah cukup didikan aku berikan kepada puteriku???..adakah puteriku akan menjadi wanita syurga setelah dia taat kepadaku dan juga suaminya???...begitulah kerisauan seorang ayah yang ingin menyerahkan tanggungjawab mendidik puterinya kepada seorang lelaki yang cintanya menjadi fitrah...

...baca...renung..dan mari manfaat bersama...moga menjadi suami soleh kepada puteri yang solehah...dan moga menjadi isteri solehah buat putera yang soleh..insyaAllah... :)




Qurratun 'ain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...