Thursday, November 28, 2013

suasana ISLAM di Jepun



"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."


(al-Baqarah: 222)


Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani..Alhamdulillah syukur nikmat atas segala yang Allah kurniakan dan atas redha-Nya..Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar....


Setelah lama QA mendiamkan diri dek otak pon mendiamkan diri dari memberikan idea2 untuk menaip di belog..dan dek kebizian yang melampau *eheh..taklah bizi mane pon..tapi QA agak dicabar dengan pengurusan masa sendiri..heeee...almaklumlah sekarang student di jepun sedang bertungkus lumus untuk exam..


Jadi QA, pembebelan anda hari ini berkisar ape??


hekehhh..moga penulisan hari ini memberi manfaat buat QA dan sahabat-sahabat QA semua..ini berkisar dengan KEBERSIHAN..




Apa yang dirindui di Jepun..

Kouhai : Senpai, bila dah balik Malaysia nanti, apa yg paling dirindui senpai tentang Jepun?

Senpai : Semestinya sushi, udon, sakura, salji, momiji, kawan2 Jepun, shinkansen, internet laju dan semua yang takde kat Malaysia. Itu yang aku nak rindu. tapi sebenarnya bukan itu, yang pasti, aku lebih rindukan suasana Islam di Jepun.

Kouhai : Tapi Jepun bukan negara Islam pun? peliknya. kenapa ye?

Senpai : Sebab Islam itu bukan setakat di masjid, sejadah, zikir dan puasa sahaja. Bukan ke Islam itu ada dalam setiap urusan kehidupan. Bekerja itu ada Islam, urusan sesama manusia itu ada Islam, hubungan dengan alam itu ada Islam. Itu yang banyaknya ada kat Jepun.

kouhai : ooo....

---------------
*nota kaki
kouhai = junior
senpai = senior


Dialog ni QA ambik dari belog senpai QA..bagi yang pernah duduk jepun, pernah datang jepun, yang sedang menetap di jepun, semua akan mengangguk mengiakan dialog di atas..QA sendiri tersenyum membaca belog ini...kira2 lagi setahun QA da nak abis belajar. Memang semua perkara itu yang akan dirindui terutama "suasana" Islam di Jepun. Memang pelik bila negara bukan islam mengamalkan cara hidup yang dianjurkan dalam islam, dari segi kebersihan, pendidikan, kerjaya dan hubungan dengan alam. Jepun mengamalkan semua itu sedangkan negara islam yang majoriti masyarakatnya beragama islam belum dapat mengamalkan gaya hidup islam dengan sebaiknya.Etika mereka ada pada Syariat Islam walau pun mereka tidak ada agama atau pun menganut agama lain.Walaubagaimana pun terdapat juga minoriti Islam di Jepun dimana sekarang tidak kurang dari 100 ribu orang Islam, 40 buah masjid di Jepun.


Dalam islam memang dititikberatkan soal kebersihan..yepp...bagaimana kite nak beribadah kalau tak membersihkan diri atau dalam kate lain bersuci..Allah pun suke dengan hamba-Nya yang menjaga kebersihan..malah kebersihan adalah sebahagian daripada iman..jadi kite boleh pikir la kan..kalau kite tak jage kebersihan, bermakna sebahagian daripada iman kite takde..sayang sungguh!! di dalam al-Quran juga Allah banyak kali menyebut soal kebersihan,

“Hai orang yang berkemul (berselimut), 2. bangunlah, lalu berilah peringatan! 3. dan Tuhanmu agungkanlah! 4. dan pakaianmu bersihkanlah, 5. dan perbuatan dosa tinggalkanlah, “
 (QS [74] : 1- 5)

Jom!! QA nak ceritakan serba sedikit bagaiman jepun boleh menjaga kebersihan dengan baik..

Masyarakat Jepun mementingkan pendidikan awal kanak-kanak, maksudnya, dari kecik anak-anak harus dididik soal kebersihan..bagaimana nak buang sampah...nak kategorikan sampah jenis apa..dan ada sesetengah ibu bapa membelikan anak mainan yang berupa lori sampah untuk mengajar bagaimana proses pembuangan sampah itu berlaku. Jadi tak hairanlah anak-anak kecil di jepun ini serendah usia 4 tahun sudah tahu mengkategorikan jenis sampah. bagus kan??


Jepun ada jadual pengutipan sampah...yup sama jugak macam kt Malaysia, cuma bezanya bukan sampah yang sama dikutip setiap hari..macam malaysia segala jenis sampah akan dikutip setiap hari ataupun selang sehari (macam kt emerald..kekeke)..di jepun, jadual yang diberikan di setiap rumah ada memberitahu pada hari isnin mereka akan kutip sampah jenis yang boleh dibakar, jadi penduduk wajib patuh. kalau ada yang langgar peraturan memang habislah..sebab kt plastik sampah tu ada alamat..kekeke..kalau korang buat jugak, memang diorang akan hantar balik sampah tu untuk korang asingkan..padan muke!! 

 *contoh jadual pengutipan sampah



Sampah Basah/Boleh dibakar(可燃ごみ)

Sampah ini paling mudah untuk diuruskan. Masukkan sahaja segala sisa makanan, cebisan kertas-kertas kotor, habuk sapu sampah dan sebagainya yang dikategorikan sebagai bahan yang boleh dibakar, ke dalam beg plastic dan hantar ke tempat pembuangan sampah yang disediakan, sebelum waktu mengutip sampah. Sampah boleh dibuang mulai petang hari sebelumnya sehingga pagi hari sampah dikutip. Had waktu ini juga tertakluk kepada kawasan masing-masing. Ada juga kawasan yang dibenarkan untuk membuang sampah bermula jam 12.00mlm sehingga pagi sampah akan dikutip.

Sampah Kertas

1. Kertas-kertas Iklan

Kertas-kertas begini biasa diedarkan di stesen keretapi, jug adalam peti-peti surat di rumah masing-masing. Kumpulkan sehingga banyak dan ikatkan sekali untuk dibuang.

2. Buku-buku

Buku-buku yang ingin dibuang juga perlu diikat sekali sebelum dibuang.

3. Kotak

Kotak-kotak besar yang ingin dibuang, harus dibuka semua bahagian, dikerat, dilipat elok dan diikat dengan tali sebelum dihantar ke tapak pembuangan sampah.

4. Kotak air kotak
*kotak minuman n makanan kene potong gini untuk memudahkan


Untuk kotak air kotak pula, perlu dicuci, dipotong seperti gambar yang ditunjukkan dan dikeringkan sebelum dibuang bersama kertas-kertas lain tadi.

Sampah Plastik

Sampah-sampah yang bertulis 『プラ』adalah sampah-sampah yang dikategorikan sebagai plastik. Kumpulkan sekali dalam satu plastic dan boleh dibuang seperti sampah biasa pada hari yang ditetapkan.

Sampah Botol Plastik

Berlainan dengan sampah plastik, sampah-sampah pet botol, atau mudahnya botol air yang bertulis 『PET』perlu melalui beberapa proses sebelum boleh dibuang seperti sampah lain.


*botol mestilah ditanggalkan tutupnya, dicuci dan label mesti ditanggalkan juga

Sampah Aluminium

Tin-tin sardian, tin-tin air dan sebagainya yang diperbuat dari aluminium juga perlu dicuci bersih sebelum dibuang.

Sisa minyak

Untuk sisa minyak pula, terdapat penyerap khas yang dijual dikedai untuk menyerap minyak yang sudah tidak mahu digunakan sebelum di buang bersama sampah yang boleh dibakar. Terdapat juga serbuk yang boleh digunakan untuk mengeraskan minyak ini, selain pad penyerap tadi.


*pad penyerap minyak





*cara-cara penggunaan


Minyak yang telah digunakan memang dilarang buang kat singki..sebab minyak adalah salah satu pencemaran pada air jika dibuangkan di singki..ada sesetengah penduduk menggunakan serbuk seperti agar2, panaskan minyak bersama serbuk tu..bila minyak dah keras macam jelly, bolehlah dibuang dalam sampah kategori sisa makanan..bila kita mudahkan kerja orang lain, inshaAllah Allah mudahkan kerja kita..betul..betul..betul...

kalau jenjalan kat Tokyo ni memang takde sampah tepi jalan macam botol kosong or tisu ke..memang bersih..sepanjang QA dok sini memang belum jumpa lagi sampah kat tepi jalan.
*ojisan nak pi mana tuh????
*bersih kan??kan??
*food court tokyo
food court tokyo memang dah macam 5star restaurant...bersih..cantik..kemas..superbbb!!..kalau nak makan kat food court memang kebersihan tu amat penting..bila semua jaga kebersihan, kalau ada sorang tak jage mesti die malu kt orang lain yg dok jage kebersihan kan??..selalunya bila selesai makan kat food court, pelanggan akan mengangkat dulang masing2 n pergi kt tong sampah yang disediakan untuk mengasingkan sampah..sekali lagi diingatkan!! sila buang sisa minuman dan makanan di tempat yang disediakan sebelum memasukkan cawan kertas dan pinggan kertas di dalam tong sampah.. kenapa?? sebab dari sisa minuman n makanan itulah akan terhasil bau busuk pada sampah..ohoooo..kat food court jepun takde org yg kerja lapkan meja..kutipkan sisa makanan..semua atas tanggungjawab sendiri..
dan di jepun sekiranya kita nak bawak haiwan peliharaan jalan-jalan makan angin, kita kene siap2 bawak beg plastik, kot mane tau haiwan kesayangan nak "melepas" time jenjalan tu..kan masalah dibuatnya??so, kat kedai ada jual beg plastik yang kalis bau..heeee..
*kalau meowwww QA, QA pakaikan pampers..kekeke
macam yang QA cakap, kalau kite mudahkan kerja org lain, inshaAllah Allah akan mudahkan kerja kita..kalau lepas makan kt food court kite bersihkan meja, kite dapat memudahkan pelanggan seterusnya untuk duduk dan makan dengan selesa sbb pelanggan sebelum kita dah mudahkan kerja kita kan??..
Masyarakat Jepun tak pernah dengar "Kebersihan sebahagian daripada iman", tetapi mereka dapat melaksanakan dengan baik..mereka juga tidak tahu hikmah jika kita permudahkan urusan orang..etapi mereka sering memudahkan urusan orang lain..kerana bagi mereka, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam itu penting.....




Saturday, June 15, 2013

Yokoso Japan! tips untuk melancong





Bismillah...terajin sangat QA buat entri kan??ehehehe...sebenarnya atas permintaan sahabat yg muncul kat shoutbox QA yg kt tepi nunnnnnn...

adzianie: salam..nak tye..awk masih di jepun?kite nk g tokyo july nnti..tpi tkut sgt sesat..coz xtau transport die cne kt sana..ade tips2 x yg leh bantu kite..huhu...TQ awk..



ukkeh..begitulah request cik adzianie kite ni...jadik QA buat entri ni sekadar yg QA tahulah sepanjang QA duduk kat Tokyo tu...QA taklah berape rajin merayap...tapi QA rajin berjalan je..ekekeke...buat research kt tempat org kan...so cik Adzianie moga bermanfaat buat awk..inshaAllah..dan moga bermanfaat jugak buat yg teringin nak jejak bumi sakura atau dah ade buat perancangan nk mai kt Tokyo.peace!!

PENGANGKUTAN!!!
Di Tokyo ada 3 public transport; Teksi,Bas dan Keretapi. Teksi di Jepun boleh guna kad kredit,haaaaa, maksudnya, teksi di Jepun sangat mahal melainkan kita nak naik 4 orang,so boleh la share sikit sorang. Bas di Tokyo lebih mahal dari naik keretapi,jadi disarankan korang naik keretapi+subway.
Pergerakan di Tokyo sangat mudah, boleh guna Tokyo Metro Line,samada nak bayar cara biasa atau nak guna 1 day tix,terpulang.

MAKANAN!!
kalau boleh bawak makanan dri Msia..macam makanan dalam tin, makanan ready to eat, roti ke, tuna dlm tin, biskut.....bg pelancong, byk guna tenaga, so, memang kene ready mkanan la...makanan dari Msia jauh lebih murah dari Jepun(hakikat yang pahit ditelan..ekekeke)..huhu..kat Jepun, ada restoran makanan halal, tp agak jauh la..kalau nak pegi jugak..takdehal..pegi dalam keadaan lapar...balik dlm keadaan lapar..faham-faham jelah kalau dah menapak..tenaga abis kat situ jekkk....kene plan masa la..kalau nak tau... untuk sorang makan lebih kurang RM40 sekali mkn..haaaa...tersedak tak dengar??ala2 makan kat hotel.. restoran halal kt Jepun kebanyakannya restoran India ke, Arab ke..Pakistan ke..cenggitu lah..nak carik yang Malay agak susah..mungkin ade kat shibuya,hokkaido..so, bagi yang lidah memang melayu cadangan terbaik kalau  bawak bekal makanan yg dimasak sdri..tu pun kalau korg menginap kt homestay yg boleh masak2...atau menginap kt rumah rakan taulan atau sedara mara...kalau dok hotel tu, alamat makanan beli je la..tp igt, mknn kt Jepun mmg sgt2 mahal..so,no wonder yg dtg jepun..still carik ayam KFC..klu mcd tu tak digalakkan..ehehehe~penah je jepun ni tutup cawangan mcd sebab nak jage kesihatan rakyat dorang...nak dikatekan mcd kt jepun sales tak hebat mcm Msia..

PAKAIAN!!!
untuk yang memang nak jenjalan sungguh-sungguh..better pakai kasut yang bersesuaian...lebih bagus pakai sport shoes...janganlah nk pakai high heel 4/5 inci...karang tergeliat dah terpaksa batalkan hasrat hati nak pegi tengok tempat menarik..ekeke...lagipun kat Jepun kalau nak naik tren memang kene pantas seket...sebab tren jepun memang punctual mcm rakyatnya jugaklah..so,pakai kasut berseuaian yekkk...pastu sebelum nak datang kenelah tengok skarang ni musim ape kat jepun...kalau macam cik adzianie dtg July kan...so,skarang tgh summer...hot3...suhu bout 20'c to 25'c..lebih kurang gitulah...jangan bawak baju sejuk pulak ekkkk...

AIR MINERAL
tetibe dekat jepun anda sangat perlukan air mineral ketika keluar berjalan-jalan...kenape3???...anda memerlukan 2 botol air mineral...satu untuk ke toilet...dan satu lagi untuk minum!!..hehehe~ sebab toilet jepun ade 2 jenis...1 yg tak provide air langsung melainkan kt sinki..ataupun toilet yg ala-ala kt KLCC n Midvalley...sumpah tak reti pakai..kekekeso,untuk keselamatan anda..bawaklah ekkk..

TREN!!
kat jepun kami panggil subway...bukan yg makanan tu ehhh...tren ni panggil subway..ni link map subway ni link subway ...so,kene study dulu eh...map ni ade je kt station2 kt Tokyo nunnnnn...tapi persediaan awal...sbb ape penting..senang untuk plan nak pi mane...nak jalan mane...kan teratur gituuuuu

MENARIK JEPUN!!
ini sekadar membakarkan lagi semangat untuk melancong kt jepun...tempat yg rugi kalau tak pegi bile dah jejak kaki kat bumi sonata ni...haaaaa...

Mount Fuji
Tsukiji Market (besaq gila ikan tuna depa)

*Di Tsujiki Fish Market.. ikan tuna memang besar kt sini..makan sebulan pon tak habis.... kalau nak masuk market ni ada masa2 tertentu sahaja yg dibenarkan utk pelawat..awal pagi mmg dah kena stand by kat market ni sebab hanya dihadkan seramai 120 orang je dlm sehari..ada 2 sesi.. sesi pertama pada pukul 5.25am-5.50am dan sesi kedua pada pukul 5.50am-6.15am..byk la peraturan bila nak masuk kawasan ni..


1) tidak dibenarkan masuk ke kawasan yg dilarang, mereka dah sediakan lorong utk pelawat..
2) tidak dibenarkan ganggu laluan pekerja2 di market tu.
3) tak boleh bawa beg besar masuk dlm market ni
4) tak boleh masuk dgn high heel atau sandal ke market ni..
5) tidak boleh bawa anak2 kecil atau haiwan peliharaan
6) jangan sentuh apa2 dlm market tu..
peraturan ni untuk diorang nak jage bisnes dorang kuttt...even camera flah pon depa tak bg...takut hilang fresh ikan kot..ehehehe~

Tokyo Tower
*yang ni kene pegi time memalam baru cantik..kalau ade perayaan tambah2 cantik tower ni...sebab tu QA tak penah ngidam nk tgok eifel tower..Tokyo tower pon ade ape..
Sumida river Cruise
*ade duit lebih sikit ape salahnye..
Ginza shopping district
*buat kaki shopping..nilah yg dorang panggil syurga kot...patah riuk kaki QA jalan kt sini..kat sini memang banyak barang dari yang berjenama kepada yang tak berapa nak berjenama..Prada..ZARA sume ade kt sini..
*Rainbow Bridge yang memang ohsemmmm
Tokyo Sky Tree
Tokyo Disneyland
Masjid Jami' Tokyo
Masjid Kobe
*Masjid yang pertama ade kat Jepun..dibina tahun 1928 kalau tak silap..yang uniknya masjid kobe ni ialah masjid ni tahan mase bom atom jatuh kat jepun..mase perang dunia kedua dulu tu..

ukkeh...dah terbuntang mate dek tak sabar nak sampai jepun eh??? QA nak smbung sikit lagi pasal tips bile dtg Jepun..

ADAPTER

Jangan lupe eh bawak international adapter..sbb kepala suis kt Jepun tak sama mcm kt Msia...korg mesti tau kan..

SOLAT (jgn tinggal!!)
kalau pegi jalan, korang spare la stokin ke stongan ke..sejadah kecik ke..sbb susah jugak nk cari surau, jadiknye, korg boleh solat kt mana2 tempat yg bersih dan kurang laluan org..takpayah bawak telekung pun takpe..sebab masyarakat jepun ni bukan boleh bende pelik sikit...suke bertanya...kalau tanye japanese karang..ternganga terus..ehehehe~yang penting pakai baju bersesuaian untuk senang nak solat yekkk~

QA dan kawan2 penah je solat dalam fitting room..tu dah jdik kebiasaan buat muslim kat Jepun.. ^__^"

PEROKOK(tak suke!!)
kalau perokok, kt sana ada tempat khas utk org yg merokok,takleh sesuka hati merokok di merata2 tempat..


ADAB!!!
Tempat orang wajiblah kita hormati..macam jugak bile orang datang tempat kite..mesti kite nak dihormati..kalau naik train atau naik bas, jgn la sesuka hati buat bising dlm train atau bas tau.. org Jepun ni sgt menjaga ketenteraman awam..diorg tak suka bising2..padan la kalau QA nek train je diorg selalu samaada layan fb dlm hp atau tido atau dgr lagu pki earphone..dan lg satu, pastikan korg silentkan henpon mahal awoppp..takdek nya dgr bunyi ringtone ke..pastu kalau jawab telefon, takyah la jwb kuat2 biar satu gerabak dengar..nanti kene usha pelik jangan carik QA ekkk....diorg kalau jwb phone, cam bisik2 cmtu..mmg sgt bersopan...

Jangan buang sampah merata2 tempat..pulak tu sampah pun kene asingkan ikut kategorinya.. kalau botol, botol, kalau kaca, kaca..kalau kertas, kertas la.. kita kt sini baru praktis sikit2 kan?

NO MONEY NO TALK
 Pastikan korg bawak duit seguni..hehe...paling banyak spend utk transport dan makanan...souvenior kat sini mmg mahal..fridge magnet paling murah pun dlm 350++ yen..kira 400yen la..anggaran agak2 dlm RM12 seketui...so,macam biaselah..bawak jelah balik bende paling common orang buat souvenir..ape bende??? keychainlahhhhhh...ape lagi..hehehehe~

ukkeh..tulah lebih kurang yang perlu tahu sebelum nak melancong...kene kenal dulu tempat dan adat serta adab masyarakat kt situ...macam QA mula-mula nk survive dulu...meraung semua siap dah..sekarang alhamdulillah..Tokyo macam dah boleh ngam dengan diri ni..heeee...moga Allah permudahkan urusan kite semua..inshaAllah..
*lastly Tugu Hachiko

p/s: kalau siapa dah tengok hachiko a dog's story..
hachiko tunggu tuan die yg dah meninggal lebih kurang 9-10 tahun..try tgok..
anjing pon tau setia ye dakkkk...





Friday, June 14, 2013

kembali menurut hak..



Bismillah .
Dengan lafaz Tauhid .

Allahuakhbar .

Sungguh  ,kemain lama tiiada hapdet . Alhamdulillah , masih bernafas. Syukur dalam syukur.

Setelah bersenang lenang bercuti..Setelah puas menyantuni anak-anak kecil..setelah puas melagukan rindu buat abi dan mama..aku pulang meneruskan sebuah perjuangan.. Semuanya punya rencana. Sebaik baik rencana milik Dia yang Esa.

alhamdulillah  .

aku semakin dewasa. Bakal menjejak ke angka lebih usia. Alhamdulillah .
sengih .

Aku akui pengalaman banyak mematangkan aku .
Aku banyak belajar daripada pemerhatian aku .


Kalau perlu aku menjadi lurus, maka aku akui. Kasihan pada mereka yang lurus.
Kalau perlu aku menjadi tegar , maka aku akui . Aku seorang yang sukar didekati .

Ya , aku rasakan dua dua.

Bukan mudah untuk dekat bukan mudah untuk aku terpana.
Kehidupan dunia luar yang serba serbi menduga hati .
Benar! aku tak bohong !

Siapa sangka? aku masih lagi hidup setelah bertahun menempuah arus dunia .
Sengih .
Syukur dalam sujud.

Semua momen momen ini , akan aku kitar semula.
Akan aku bingkai gambarkan .
Akan aku bawa .


Kembali aku sebagai pelajar yang menurut hak untuk belajar.
Kembali aku sebagai Hamba yang menurut hak sebagai Hamba.

Terima kasih ALLAH .



Langkah aku terkadang sumbang ,
aku akui.
aku perlukan sokongan .
bila berada di awanan ini..
tenang dan damai..
Tokyo medan ilmuku..
 aku pulang..


Wednesday, May 15, 2013

cikgu itu berharga...




Bismillah...




harini QA pulang kejap ke Rawang untuk ambil barang..subuh besok langkah akan ke Tg. Karang untuk berprogram..




tergamam dek terlihat banyaknye bungkusan hadiah atas katil..ehhhh...hari lahir QA dah lepas..ke QA dah termasuk mesin putar masa doremon??..isk3...




"mama..tu hadiah sape banyak dlm bilik adik??"




"hadiah jiran sebelah kot.."




"erkkkk.."




"dah tau dlm bilik adik..mestilah hadiah adik.."




"sape yg bg??besday dah lepas??hadiah hari ibu??adik belum jadik ibu..errr"




"anak murid tuisyen adik hanta semalam..adikkan dah habis ajar diorg sabtu lepas..so,bagi hadiah sempena hari guru kate dorang..tapi sedih deme tak dpt jumpe adik.."




"Ya Allah.."





haaaa..QA lemah bab2 ni...terus je air mate nak kelua...cengeng sungguh..merenung setiap hadiah dan nama si pemberi...QA jadik teringat first day QA menggantikan cikgu english mereka yang pergi menunaikan Umrah selama 4minggu..




Tasha: Ticer..nape pakai bende(niqab) tu??




sy: sebab ticer memang pakai dah lame..kenape Tasha??




Tasha: kakak kite kate org pakai bende tu mesti tak cantik..pahtu die jahat..betulke ticer??




sy: heeee...ticer memg tak cantik..Tasha..Nurin semua cantik..tapi kalau kate ticer jahat tu taktaulah..kite belaja same2 nanti end of class bgtau ticer ni jahat ke cane eh..??




Tasha :ukkeh ticer



(berbisik sesama sendiri)





mendapat kritikan awal dari adik2 ni bukan satu yang melemahkan semangat QA untuk bersama mereka..QA jadikkan peluang yang ada sebagai membuktikan "nila setitik,habis susu sebelanga"...bukan mudah hendak membetulkan tanggapan masyarakat tentang sesuatu...apetah lagi bila minda si anak juga dibasuh dengan perkara sebegitu...




dan selalunya bile mengajar...ade sahaja yang hendak digaduhkan antara lelaki dan perempuan...itu yang membuatkan QA tersenyum bile mengingatkan keletah mereka..selalu je QA memesan kat mereka nih..."bersaing dalam menuntut ilmu itu bagus..tapi bersaing secara sehat ye adik2 ticer comel soleh n solehah ni.."




students:teacher cmne nk eja doctor dlm b.i ticer?




sy:eja doctor..d.o.c.t.o.r.




Student:(fighting between girls n boys)



sy:ok fine.Gadoh dlu





..hal remeh sering diperbesarkan...itulah anak2 bile meningkat dewasa...kalau tak end up dengan salah sorang menangis mengadu kat QA..maka istilah berhenti bukan pada mereka...




bila ditanya...




sy: kenapa begaduh ni..tak elokkan..Allah pon tak suke..




student: ticer kate dalam carik ilmu kene jihad...kami tengah berjihad nih..




sy: speechless.. -__-"




kadang-kadang kite menganggarkan mereka sudah paham dengan setiap butir kata nasihat yang keluar dari mulut kita...tapi bagi mereka..maksudnya lari benar pada mereka..heeeee~ sudahnya satu persatu diterangkan agar mereka mudah mengerti..dan...selalunye kelas BI akan berakhir dengan kelas Agama...hehehe..




terlalu banyak kenangan bersama mereka..dek kerana QA gemar dengan budak-budak..jadi bukan satu masalah pada QA untuk terus bersama mereka hingga tanggungjawab itu selesai..mereka anak yang masih segar...yang perlu dibentuk dari sekarang...bukan terus terusan meminta mereka menjadi pandai seawal itu...mereka perlu santai dalam pembelajaran..supaya kite boleh menarik minat mereka...ehhh...baru seawal jagung menjadi cikgu...sudah pandai berkata ye cik QA...hehehe...berdasarkan pengalaman..




di antara semua hadiah...hadiah si kecil Tasha amat menarik hati...adik inilah permulaannya terus-terus menolak sy dalam mengajar mereka..dek kerana cerita orang ;ebih tua padanya tentang si pemakai purdah yg jelik dan jahat mengakibatkan Tasha sering kali menjauhi QA..dan sering menjeling...hehehehe~ syukur alhamdulillah...kini Tasha adalah pelajar terbaik..sering mendapat A bile QA buat ujian kecil dalam kelas...




                                                 *hadiah dari Tasha




"kakak kata orang pakai tutup tak lawa.Cikgu tak lawa tapi cikgu baik.

Babah kata org baik lawa sebab perangai baik. Tasha nak jadi macam cikgu.

ni hadiah untuk cikgu. Mama kata cikgu baik bagi hadiah buku, sebab orang baik suka baca buku. Cikgu,terima kasih..Tasha dah pandai..

Selamat Hari Guru Cikgu Farisah"

-Tasha-




senyum sendiri membacanya...masih meletakkan dalam akal yang orang bertutup(purdah) tak lawa...itu QA biarkan..bukan itu QA mahukan..."tak lawa tapi baik"..itulah yang sebaiknya...itulah anak2..apa sahaja keluar darimulut orang dewasa..pasti diambil dan dijadikan panduan untuk menilai seseorang..




dan...errrr...Farisah???...hailaaaa Tasha..Farisha not Farisah...ekekeke...




Buku itu bertajuk "Cinta Kerana Allah" by Ustaz Pahrol Mohd Juoi..dah lame dok ngidam buku nih...alhamdulillah Allah dengar bisikan hamba-NYA ini..


Dulu aku pelajar..

kini aku Mengajar..




Dulu aku memberi..

sekarang aku menerima..




dulu akulah sang degil..

sekarang ku pencabar degil..




dulu akulah yang suka mempersoalkan..

sekarang akulah dipersoalkan..



Buat insan insan yang bergelar guru ini, bukannya NIAT mereka ingin menempa nama sebagai PENDIDIK popular , PENDIDIK paling banyak bagi kerja sekolah, PENDIDIK berkereta mewah .. Itu semua BUKAN apa yang mereka HADAPKAN . Cume apa yang mereka inginkan , adalah. Segala ilmu yang ada pada mereka, akan SAMPAI pada kita .



Tuesday, May 14, 2013

beg besar,isi kosong...malu sendiri!!


Bismillahirahmanirrahim

Kita terasa puas membuat amal yang banyak. Solat sunat, qiamulail, menderma sana-sini.

apa kita fikir?

kita sibuk  merasakan kita adalah lebih baik dari mereka yang cetek ilmunya,
sedang dalam amalan kita bersifat Riak .
Sedang dalam amalan kita , sibuk ingin menunjuk .

Apa kau fikir bila kau merasakan kau adalah yang paling baik antara mereka?
Kau merasakan Apa yang wajib kau telus lakukan , 
apa yang sunat kau tidak ingin siakan .
Sedang dalam hati kau , tersengih melihat mereka yang masih lalai .
Terbuai buai ,

Paling kurang , kau kata 
"aku adalah lebih baik dari mereka".

sedang kau ibarat membawa beg besar yang kosong .
Penuh dengan angin kosong .

Kosng dan kosong ,

Benar kata seseorang “ syaitan akan tetap merasuk manusia walaupun kalah dalam mengajak kepada kejahatan. Lubang-lubang kebaikan ini dia akan terjah pula”.

Bukan aku menuding pada yang membaca, cuma aku ingin kita sama sama rasa, sama sama letak dalam hati . Fikirkan hingga ke akar umbi.

mana satu kita dalam berbakti pada tujuan utama kita yang Hakiki.

berbalik pada Illahi . Aku ulang , berbalik pada Illahi . 

Kita tepis yang haram kita raih yang berkat ,
dalam kita beribadat , tangan kita tadah seiring dengan niat , 
pokoknya, ingin menjadi muslim falah.
Kawan sendiri kita tak endah .

Kawan kau buat benda yang salah!
Kau pura pura buta,
kau lalu pergi meninggalkan mereka, 
berjumpa Dia.
Sehari hari kehidupan kau bersama mereka. 
Satu kali kau tak jemput mereka bersama kau bercinta dengan DIA.


Bilamana kau fikir kau kononnya mengikut syariat , 
tapi kau masih didalam takuk pemikiran barat ,
ikhtilat , syariat kau tak ambil berat .

kononnya, bersms dengan bukan mahram, 
menggunakan nama Dia sang pencipta itu islamic,
sedang engkau tak sedar, 
itu dia salah satu ciri IKHTILAT tak terjaga.


Ada pahala kita membuat kebaikan , 
tapi kerja kita tak habis canang orang punya keburukan , 
aib orang sana sini kita jalur lebarkan .


Berat beg itu dengan dosa. Kosong dengan kebaikan.

Kita terlalu gembira dengan dunia sementara , 
hingga kita lupa perjalanan mencari Tuhan yang sebenar,
aku ulang , Tuhan yaktu ALLAH . 

Kita buat solat sunat dhuha, 
kerana berkatnya Dhuha memberikan kita ketenangan , 
tapi itu Tujuan sisi kita melakukan Dhuha,

sedang kita lupa ..
Apa jua cara, tujuan asal kita adalah berbalik pada Tuhan


Hampa lagi kita. Kata tidak beerti. 
Nauzubillah .
MUHASABBAH DIRI.
mencari sang Abadi Tujuan Hakiki. 


Nota hujung kata : Kerana kau perlu tahu , apa itu syariat islamiah . Bersahabat bersama dengan sejantina itu adalah lebih baik . InshaALLAH . Sekali , lagi ,berbalik pada TUHAN .






Monday, April 29, 2013

ALLAH...be with me..


Bismillahirahmanirrahim .

Lafaz tauhid aku luahkan .

Moga semua dalam keadaan baik baik . Moga ALLAH redha . Moga ALLAH bantu .

Alhamdulillah ,

sengih sengih petang .

santai tak santai ,
syukur dapat 2 jam nikmat tido siang sebentar tadi .
Usaha , penat lelah berjaga menyelesaikan tugasan duniawi .
Alhamdulillah ALLAH redha , disertakan pula nikmat rehat sebentar .
Macceh ALLAH *hugging

aku cuba menjadikan 10 tarbiayah sebagai galang ganti ,
sebesar hama, ALLAH maha melihat .
Lelah lelah segala hal , ALLAH Maha Tahu .

TAJAM.
Masa tajam menikam ,
mati mati kau kejarkan Redha Dia.
Aku juga begitu .
Mujur mujur ALLAH sayang ,
diberi lagi kehidupan selepas satu dosa bertandang . .
Mohon ALLAH ampunkan .
Aamiin .
Taubat sebagai galang ganti ,
mohon ALLAH terima walau aku mencantas tajam perihal dunia!
Aamiin . 

untuk lelah seterusnya , aku mahu terus belajar .
aku tak mahu berhenti tengah jalan .
Aku tahu , ALLAH ada .
aku belajar kerana ALLAH .
Mudah mudahan semuanya dipermudahkan .
Aamiin .

i knew ALLAH got plan for me .

rileks child :)

Man Jadda Wa Jadda <3 div="">



Nota hujung kata : ALLAH is everything here and hereafter . InshaALLAH.
Put me in YOUR hands and your LOVE ALLAH . 
I'm your servants . Hoping on Your Jannah .

Thursday, April 18, 2013

pabila suamiku milik para bidadari-MU




Biasanya pasangan pengantin baru akan melalui hari-harinya dengan penuh keindahan dan kesenangan dan tidak kurangnya ada di antara mereka yang pergi ke tempat pelancongan untuk berbulan madu.

Detik ini tidak berlaku bagi pengantin baru di Syria. Tidak ada kata bersantai-santai atau bercumbu mesra seharian dengan pasangan tetapi si isteri perlu menyediakan peralatan perang untuk suaminya. Inilah kisah yang akan diceritakan diceritakan oleh Fathi At-Tamimi, seorang sukarelawan Syria yang ketika ini berada di Turki dalam status Facebooknya ogos lalu.

Dia menceritakan, seorang perempuan berumur 20 tahun penghafal Al-Quran itu dengan berlinang air mata menjahit sendiri baju tempur suaminya yang baru dinikahi dua minggu apabila pertempuran pertama telah memanggil para pejuang membela agama. Pada malam pula diisi satu doa dibaca berulang-ulang apabila bersujud panjang.

“Apabila suamiku adalah milik para Bidadari Mu, Jangan kembalikan ia padaku,
Bariskan sebanyak mungkin mereka di pintu langit untuk menjemputnya.
Tapi bila berjodoh panjang, Jangan Engkau biarkan sebuah lubangpun pada pakaian ini.
Aku akan bergembira apapun keputusan Mu
Dan jadikanlah ia pendampingku di dunia dan di syurga. “

Si suami yang mendengar doa tersebut lalu bertempur bagai singa yang luka. Tiga kereta kebal rejim syiah Assad dirosakkan sendiri. Dia berada di barisan paling hadapan dan kembali dari medan perang yang paling belakang. Belum pernah dirinya dilihat musuh. Lagenda diantara kawan lawan, dibakar doa dan kepasrahan isteri tercinta.

Disaat yang sama, isterinya bekerja keras membantu mangsa-mangsa perang, menghibur mereka, menyediakan pakaian, makanan serta tempat tinggal. Merawat luka, mendoakan para pejuang dan menjadi pemimpin kumpulan sukarelawan terdiri dari keluarga mujahidin atau yang ditinggalkan.

Ketika Bidadari Syurga menjemput suaminya di pintu langit, Para komander kumpulan seluruh Syria bahkan yang berada di lokasi gunung-ganang datang menghantar berita.

“Suamimu, Abu Umar, Adalah pahlawan dan kebanggaan kami, Semoga akan ada banyak yang lain di negeri ini.”

Ketika ramai orang kaya di negara-negara Arab mendengar kisah beliau, Mereka berlumba melamarnya. Tapi beliau enggan dan membaktikan hidupnya demi rakyat. Berjanji tidak akan berkahwin lagi hingga Syria bebas daripada rejim Syiah.

Nama perempuan mula tersebar. Menjadi contoh ketabahan gadis-gadis lain dan sekarang digelar Oummus Suuri, Ibunya Syria. Namanya Ahlam Al-A’ini dari Homs.
Kisah ini diceritakan oleh salah seorang mangsa korban dalam perang yang sempat dirawat oleh beliau di Homs dan sekarang berada di kem-kem pelarian di Turki.

Friday, March 15, 2013

sungguh...rindu ini terhambur...

bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..lafaz tauhid ku hulurkan...

15 March 2013 9.40p.m 
kaki ini mula jejak di Bumi Malaysia...
Allah..aku begitu rindukan tanah ini..
Allah...aku begitu rindukan riuh negara ini..
Allah...aku rindukan bau Malaysia ini..

Alhamdulillah Ya Allah kerana permudahkan perjalanan pulangku ke Malaysia ini.. Allahuakbar... sungguh... sungguh hebat rasa di hati ini...alhamdulillah sepanjang perjalanan QA di atas awan tu takdek jemm pon mcm yg oppa pesan tu..pesan oppa.. "kalau ade lampu merah suruh pilot berenti"...heeeee~

penerbangan yang smooth sekali..alhamdulillah..sampai sahaja mate mule melayu sambil dok mencari cari si abang yg mahu menjemput...mata tertancap pada seorang wanita...MAMA!!!...dari jauh dah buat filem hindustan...terus lari dan peluk mama...ALLAH..indahnya rasa ini...pelukku tak lepas kepada abi dan mama...ciumku tak berhenti kerana diri ini terlalu merindui kalian...air mata kian laju mencuah dek rindu yang selama ini ku tahan terhambur jua..

"adik kenape kurus??"

"adik tangan ni knp""

"adik muke nmpk pucat"

"Adik cukup mkn tak sane??"

"assignment project byk sgt ke??"

"ubat makan tak dik..??"

Allah...100 soalan per minit telah berjaya dikeluarkan oleh abi dan mama..padahal anaknya ini biasa2 saje dari mule nk flight smpai la ni..rasenye takde perubahan...tapi tulah org kate...hati ibu yang risaukan anaknya di perantauan mungkin...tetibe QA pon telah berjaya melepaskan 100 soalan per minit jugak kt abi n mama..

"mama nmpk letih..cukup rehat tak??"

"abi keje banyak lg ke??"

"abi selalu outstation lg??"

"mama aktif lg dgn bisnes cik kiah??"

"mama tak lupe ambik vitamin kn??"

heeeeee~rindu...sebab tu semua benda dilepaskan one shoot..ekekekeke~..dan akhirnya QA sudah terdampar mcm ikan paus..lalalalala~

jadual untuk hari-hari mendatang sepanjang cuti ini sudah menapak diminda..ALLAH..

#sengih ,

Aku pegang untuk satu hal ,
" aku perlu kuat "

Kuat atas izin Dia. Ameen .

Sungguh sungguh aku mohon pada ALLAH , agar aku mampu mencapai segala apa yang terjadual oleh aku. Mohon ALLAH mudahkan . Walau tak banyak , sedikit pun jadilah .

"barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH , akan ALLAH turunkan mereka rezeki dari arah yang tidak diketahui" 
Surah At Talaq 2- 3

Maka? tidak layak lagikah ALLAH sebagai tempat bergantung harap ? (^^)

#senyum








Tuesday, March 5, 2013

berniqab melalui keikhlasan hati bukan utk mencari jodoh hati


"ALLAH ya ALLAH.."






Sedih hati ini tatkala melihat seorang gadis berniqab meng-upload sekeping foto dengan aksi yang kurang 'cantik' untuk tatapan mata lelaki bukan mahram di Facebook, satu laman sosial yang cukup terkenal. Pedih kembali apabila mengingatkan diri ini yang hanya bisa menatap matanya yang galak dan bundar kerana wajahnya ditutupi itu juga tidak mempunyai jalinan 'friend' dengannya, apatah lagi yang lain. Terutamanya kaum Adam yang mungkin tidak semua menguatkan hati agar menundukkan pandangan daripada terus menatap mata cantik itu.

Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil. Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus 'berbunyi' di belakang. Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara seakidah. Maka dengan itu, bingkisan ini kucoretkan khusus buatmu. Muslimahku sayang, dengarkan...

Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka "Jangan Main-Main"

Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.

Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya dilihat tinggi pada kita. Bukan, sayang. Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila memakai niqab dan tudung labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it seriously, my love. Memetik kata-kata Phua Chu Kang, "Don't play play." Jangan main-main.

Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam. Bukan makin menjatuhkan.

Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah. Apabila hanya segelintir yang tidak begitu menjaga akhlak sejajar dengan cara pemakaiannya, ada manusia yang kurang memahami mula berbunyi...

"Saya tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan baik sangat. Trust me. Saya dah pernah jumpa. Yang penting hati..."

"Apa la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Astarghfirullah ...Wei, tak payah pakai niqab lah wei..."

"Ala, yang berniqab semua tu bukan cantik sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu, dah macam ninja dah aku tengok. Ceitt. Blah la"

Bukan semua orang mahu faham kita yang begini tidak semestinya terlihat sempurna tetapi kitalah sendiri harus menjaga sedaya mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.

Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.

Sememangnya perempuan berniqab dan bertudung labuh ini baik. Baik dengan erti kata sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang diajar Islam. Usah jadikan diri kita pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga turut terkena tempias menjadi mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka yang berniqab dan bertudung labuh. Kasihan.

Namun, tidaklah pula bermakna harus menukar meter tudung menjadi semakin pendek kerana bimbang diri hanya membawa fitnah. Malah seharusnya hati semakin nekad memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga iman. Begitu, sayang. Apabila punya keazaman sebegitu maka diri telah pun membuka langkah menuju kebaikan.

Sayangku, jangan memilih memakai begini kerana lelaki.

Bertudunglah seperti yang diri mahu. Asal sahaja tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada. Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri, sayang. Jagalah ia selalu. Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.

Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu. Bukan mahu mengatakan, "Wahai Adam, lihatlah. Akulah wanita yang paling solehah. Moga sahaja kau jatuh cinta padaku".

Apabila itu yang terlintas, fikirlah apakah itu juga yang dipandang Allah? Tidak, sayang! Dia hanya ingin melihat ketulusan dan keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah keranaNya. Apabila hatimu terdetik berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah amalan ini juga terhitung di sisiNya. Apabila diri memilih untuk memakai begini, jagalah niat itu sentiasa. Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung menjadi abu hanya kerana niat yang terpesong. Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya kita manusia yang pelupa dan berdosa.

Utamakan yang lebih penting daripada yang penting.

Sayangku, pakailah niqab andai diri mahu. Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun ingat, sayang, lihatlah yang lebih penting daripada keinginanmu untuk menutup muka bersama secebis kain indah itu. Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf. Lihatlah yang lebih penting.

Lihatlah solat lima waktu kita. Apakah berusaha didirikan awal waktu seperti mana usaha keinginan untuk berniqab? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu diri fahami maknanya? Apakah solat itu bisa membuatkan diri merasa terlalu dekat dengan Allah?

Lihatlah hubungan yang terjalin antara manusia. Apakah ada api permusuhan yang belum terpadam? Apakah hati sering berprasangka buruk terhadap orang lain? Apakah hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan kebahagiaan orang lain? Apakah diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan pertolongan? Apakah hati itu sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik dengan manusia tiap ketika?

Lihatlah akhlak dalam diri. Nilailah dan hisablah diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan? Apakah hati itu dididik untuk menyemai rasa rindu terhadap Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah diri diajar untuk tekad dalam menimba ilmu daripada melayan cinta manusia? Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat tabah dan gigih dalam menjalani ujian daripada Allah?

Sayang, lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.

Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab, maka tiada yang keliru dalam permasalahan "mak ayah saya tak bagi saya berniqab". Pilih ibu bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqab itu hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?

Andai kita muslimah yang berniqab maka usah dipandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. Andai kita memakai tudung labuh maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung melilit. Masih sehingga kini diri tiada mengetahui bagaimana pandanganNya. Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu. Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri.

Apabila benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih memakai begini, percayalah itu yang akan memberi kekuatan berterusan. Walaupun ramai yang memandang serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun ramai melihat diri sebagai 'kamu-orang-pelik-ewww'. Kerana pemakaian hanya diniatkan kerana Allah. Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan kepada hati seandainya benar ikhlas. Right? So, just go with what you're doing now, my love!

Andai terasa lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat, sayang!

Sayangku, pakailah dan hiasi bersamanya dengan ilmu dan akhlak.

Pakailah niqab itu. Pakailah tudung labuh itu. Pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut garisan Islam. Andai pandai menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi begitu sempurna tetapi usaha itu mesti ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna pada tiap sudut inci seperti meter kainnya, tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman dan keinginan menjadi lebih baik. Bersama ilmu dan akhlak.

Yang kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan keazaman pembaikan akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai niqab dan tudung labuh. Kerana itu niat amat dititikberatkan. Apabila niat benar, tindakan yang diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu. Jadikan niqab sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. That's the best. Namun, andai diri bukan daripada kalangan niqabis, it's alright dear. Kita semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.

Jaga akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak akan bertanya, "Tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?" tetapi manusia akan mula menilai melalui peribadi. Akhlak. Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah ilmu yang benar dan secara sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang juga benar. Kerana ilmu itu berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut kepada Allah sehingga melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama akhlak dan tudung.

Tidak semestinya berniqab lebih baik daripada yang memakai pashmina. Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit. Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab. Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.

Dan kerana setiap daripada kita punya peluang berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih terhela. Jangan persiakannya. Maka sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang lain dan bantu. Sebarkan kecintaan terhadap sesama muslimah. Padamkan segala prasangka andai ada ternyala.

Jadi baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada hati yang ikhlas. Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan walaupun ada yang terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula menjernihkan hati yang kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya. Believe me!

Mari kita sama-sama. Tolong ajari diri yang menulis ini. Kerana sungguh, diri ini juga pemakai tudung labuh yang hanya bijak berkata-kata namun masih banyak kekurangan yang mesti diperbaiki. Terlalu.

Wallahua'lam. Last word. Uhibbukunna fillah ya akhowat!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...