Tuesday, December 25, 2012

この冬休みで~ (kono fuyu yasumi de) -During winter break-


"warna indah yang mengelilingi hari hari ku"




heippp!!!stop talking..now lets read..!!

Bismillah...syukur nikmat atas nikmat-nikmat yang KAU titipkan pada kami Ya Rabb..apa khabar sahabat QA yang soleh dan solehah semua?? iman pula mcmane...sudah diupgrade atau masih sekitar dalam proses memulakan pengupgradekan??? hadoiiiii...rosak bahasa gini QAoiiiii..

Minggu lepas QA terserempak dengan bekas jiran QA sewaktu di gombak..yup..in Tokyo..teringat masa terserempak tu...lebih kurang cmnih la situasinye..
ukkeh...begitulah flashback sy..actually QA kenal nazmi ni dari kecik lagi sebab die penah berjiran dengan QA..then her wife QA kenal mase darjah dua..kami bertiga ni memang rapat..Seha atau name penuh die Nurul Fasiha ni orangnye sangatlah lembut nak dibandingkan dengan QA mase kecik2..so,nazmi ni terpaksalah layan karenah BFF die yg lain2 minatnye..yg si Seha lebih suke main masak2..kawen2..cikgu2 gitulah..tapi kalau si QA ni gemarnye main lastik2..perang2..gusti2..ekekekek..alhamdulillah..berjodoh jugak mereka..

so,pagi tadi disebabkan cuti seminggu..QA rancangkan hari ini hari bersantai bersama keluarga Seha dan Nazmi and their anak lelaki namenye hqeem. 6years old now...


seronok bersama dengan keluarga ini..si kecil haqeem sangat petah dalam berbicara...ade sahaja yang nak diceritakan n setiap perkataan yang keluar dari mulut haqeem semuanya Japanese...wowww!! QA jadik terkesima...QA masih lagi merangkak dalam mempelajari Japanese tapi si kecil Haqeem sudah petah..cume kadangkala ade jugak Haqeem menggunakan bahasa ibunda kita..si kecil Haqeem ni sudah bersekolah dan telah habis ketiga-tiga sem darjah satu..jadi..segala repor card dikeluarkan dan diceritakan satu persatu...


jom QA nak share seket tentang sistem pendidikan awal kanak-kanak di Jepun

gambar atas ni gambar report card Haqeem..Dalam kad kemajuan ni pun dicatatkan perkembangan fizikal, terkini . tinggi Haqeem 121cm dan berat 22.2kg. Peratusan kenaikan adalah rendah, maknanya Haqeem semakin kurus, penat berjalan kaki tiap hari ke sekolah agaknya. Sebelah tu contoh kertas peperiksaan (bulat tu tanda betul), sama seperti kerja rumah yang diberi tiap hari oleh sensei. Keputusan peperiksaan tak ada markah ABC pun. Cuma kolum, boleh buat dengan cemerlang, baik dan sederhana. Haqeem ni budak pintar...mamanya Seha bgtau yang si Haqeem ni pernah ajar budak Jepun yang dok sebelah die macamane nak tulis bahasa Jepun... hehe.. Matapelajaran yang di ajar adalah Bahasa Jepun, Matematik, Life Study, Muzik, Lukisan dan Pendidikan Jasmani.Seronoknya subjek yang diberikan..rase nk g darjah satu pulokkk..


Ini pulak perkara yang Haqeem buat sendiri tiap hari, seperti bangun pagi, gosok gigi, makan pagi, ucap selamat sebelum keluar rumah, balik rumah dan sebelum tido, bermain, menonton tv, basuh tangan, guna tisu dan towel, dan tolong emak. Kene tanda tiap hari. Antara komen sensei yang ditulis atas ni, Haqeem boleh buat semua benda, baik dengan kawan2. Masa aktiviti masak2 sweet potato Haqeem paling cemerlang, (diorang ada aktiviti tanam keledek kat sekolah, dah masak cabut dari pokok dan masak sama2 dengan sensei). 

Seronok kan sekolah sini, budak2 having fun, takde la stress sangat asyik suruh baca buku 24 jam,buat homework yang banyak tiap hari, berlumba2 sapa paling pandai. Homework Haqeem ni pulak mamanya kate sehari cuma sehelai kertas je, kadang2 2 helai. Sensei pun takde la paksa2 suruh budak terus jadi pandai. Konsep diorang mungkin masa umur gini kene belajar hidup berdikari dulu, timbulkan minat untuk belajar sesuatu, dan satu saya nampak dia nak semua budak adalah sama, tak ada yang terlebih pandai dan tak ada yg tak pandai. QA tak pasti sistem pendidikan dia macamana, tapi memang nampak budak2 seronok nak ke sekolah. Bila minat ke sekolah tu ada, dengan sendiri budak akan terbuka hati nak study betul2. Contohnya Haqeem mamanya kate kat rumah kalau ada masa dia suka baca buku cerita sendiri tanpa disuruh pun, suka menulis dan melukis (in Japanese) Tapi kalau kene baca buku BM memang kene naik suaralah..

so,to Haqeem..onee chan doakan semoga Haqeem bakal menjadi anak yang soleh buat papa Nazmi n mama Fasiha dan moga menjadi abang yang baik buat bakal adik2 dan bakal menjadi Da'ie buat Addin kita iaitu Islam..


Ibnu Sina berpesan: 
“Ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk.”

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan.” 
(Riwayat Imam Muslim) 









Thursday, December 20, 2012

Niat itu...Niat ini..




"A journey of a thousand miles begins with a single step"



 "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". 
Imam Ali bin Abi Talib




Assalamualaikum sahabat-sahabat QA yang soleh dan solehah inshaALLAH..moga sentiasa dalam redha-NYA dan tak berhenti berusaha dalam mengejar redha-NYA biiznillah ya sahabat semua..^_____^"

lafaz tauhid didahulukan..syukur pada-MU ya RABB..

harini seronok QA sharekan satu tajuk iaitu "NIAT"..QA share pendapat QA dan mudah-mudahan sahabat-sahabat juga senang berkongsi dengan QA..gitu dehhhhhh...

Seperti yg kita tahu, bahawa niat itu merupakan penimbang tara dan aras sesuatu amalan hamba. Kebergantungan niat dan amalan ini tidak dapat di nafikan sama sekali kerana tanpa niat maka amalan kita tidak terima, tanpa amalan niat kita itu ibarat angan-angan sahaja. Tetapi melihat kemurahan ALLAH s.w.t kepada hambaNya :

“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.”

Allahuakbar..Pemurah sungguh Allah kepada hamba-NYA..Niat merupakan salah satu perkara utama yang perlu sebelum kita melakukan sesuatu perkara..

Niat akan membezakan sejauh mana kualiti amalan kita dalam kehidupan.Boleh jadi amalan yang besar pada pandangan manusia, menjadi kecil di sisi Allah, disebabkan niat.
Sebagai contoh, seorang yang memberi ucapan yang mengagumkan ramai pihak tetapi disebabkan niatnya untuk meraih popularati semata-mata, maka Allah tak pandang pun.
Dan boleh jadi amalan yang kecil pada pandangan manusia, boleh jadi besar di sisi Allah!
Mengutip sampah di tengah jalan kerana berniat menjaga kebersihan di bumi Allah serta meyakini kebersihan itu adalah sebahagian dari iman mungkin mengakibatkan amalan tersebut lebih bernilai.
Pastikan niat kita murni dan tulus nescaya Allah akan memudahkan apa yang kamu niatkan itu.
Kenapa niat tu Penting??
a.    untuk bezakan ibadat dengan adat.
b.    untuk tentukan qasad amal – adakah untuk Allah atau lainnya.
Secara ringkasnya, niat akan membezakan antara ibadat dengan adat. Antara ALLAH atau dunia semata-mata. Semua itu di landaskan kembali pada asal niat kita pada amalan yg kita lakukan. 

#jom rapatkan saf!!!






Wednesday, December 12, 2012

dia Najahh

"Najah,dah siap pack baju??"

"dah..sepupu Aufa duduk Jordan belah mana??"

""dekat Irbid..Uni Yarmouk"

"ukkeh..Najah ikot takpe kan..nak jalan-jalan before fly ke France"

"ikot mu la Najah..gune duit mu..kekeke~"

itulah permulaan kisah ana..dimana kisahnya tidaklah sehebat kisah filem tujuh petala cinta yang diagung-agungkan...yang diberi pujian gah..tapi kisah hanya sederhana..tapi bagi ana..ianya cukup sempurna buat gadis biasa seperti ana..ALLAH telah tetapkan bagaimana caranya kita bertemu dengan seseorang yang istimewa..

Seronok ingin turut serta dengan si Aufa untuk ke Jordan..sedangkan Aufa ada tugasnya sendiri..pakciknya meminta bantuan untuk menghantarkan sendiri barang kepada sepupunya si...hemmmm..entahla..ana pon tak ambil tahu siapa gerangannya..cuma ana terlalu excited dapat berpijak di bumi Jordan..sudah siap meng'google' untuk mencari info tentang Jordan dan tentang sejarah islamnya untuk di listkan di dalam notebook agar tahu kemana arah tujuannya apabila sampai di sana..

"Najah..taknak jumpe sepupu Aufa ke??"

"takmoh la Aufa..tak kenal..Najah kat sini je ye.."

sambil mengambil gambar panorama indah di syari' Jami'ah ..mata sempat mengerling si Aufa bersama sepupunya..mata lebih terarah ke Aufa..sepupunya??entahlah..tidak terdetik langsung untuk melihat sepupunya..barangkali takutkan akan kata-kata Aufa masa dalam flight semalam..

"sepupu Aufa tu jadi kegilaan masa dekat SAMT.."

"ye??hensem sangat letu.."

"kot..hehehe~"

disebabkan kata-kata Aufa..mata sedikit pon tidak menghala ke arah sepupunya itu..takut akan syaitan yang tidak berhenti menggoda..takut iman jatuh mencair tiba-tiba..sudahlah iman ana senipis kulit bawang..

.*************************************************************************

hari ini kami berjalan ke Pasar borong di Irbid..berjalan hingga lewat tengahari..lalu..kami singgah di Masjid Jameah Yarmouk..kebetulan pula kami sampai terdengar muazzin sedang melaungkan azan..Aufa berhenti sepertinya sedang menghayati suara azan..ana teruskan jalan dan membiarkan Aufa di belakang..fikir ana mungkin Aufa masih lagi menghayati suara muazzin yang lunak memanggil umat Islam agar segera solat dan meninggalkan seketika urusan dunia..tiba-tiba bahu ana diketuk..

"Najah..ana rasa ni suara sepupu ana..tapi mustahillah..takkan lah dia nak azan kat masjid besar mcmnih.."

ana sekadar menjungkit bahu..kalau benar..ia benar sajalah..kalau tidak..ia makanya tidak..aduhhh..Aufa ni memang suke memeningkan kepalanya sendiri..laungan azan sudah berakhir...ALLAH!!..hampir lupa pulak ana untuk berdoa ketika menjejak di rumah ALLAH yang indah ini....gara-gara si Aufa la ni..sambil hati sibuk mengomel sendiri..terdengar si Aufa sedang bercakap dengan telefonnya..

"Ijam..tadi kau azan eh kat Masjid Jameah ni??"

"..........."

"aku dah agak dah.."

..pasti si Aufa sudah dapat jawapan apa yang menganggu fikirannya..bebel ana seorang dalam hati..

"Najah..betullah..tadi tu suara Ijam.."

"Ijam??who ijam??"

"Ijam sepupu ana lah.."

"ohh..ok..ehh..cepatlah Aufa..karang masbuk pulak kite.."

****************************************************************************

lagi sebulan ana nak berangkat ke France..mama sudah bising-bising sebab suatu persiapan pun masih belum dibuat..aduhhh..malasnya ana untuk buat semua itu..hati masih lagi tanak berpisah dengan keluarga..tetapi..apakan daya..ini salah satu impian ana untuk menuntut ilmu di negara lain setelah 12 tahun sudah mengorek sekian banyaknya ilmu di Malaysia..

sambil merenung jauh memikirkan kehidupan yang bakal berlangsung di sana..handphone yang diletakkan di sisi berbunyi..melihat di skrin terpampang nama Aufa Najla..tahu benar sahabat ini yang ana rindu benar dengannya..sungguh bizi dengan kuliahnya sampai sukar untuk menghubungi ana..

"assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam ya jamilah Safinnatun Najah..kaifahal ya ukhti??"

"hamboiii...alhamdulillah ana bikhoir..ada apa cerita ceria sungguh ni Aufa??ade org dtg merisik ya??"

"aiwah..!! ada org merisik..tapi bukan merisik ana..tapi merisik enti ya jamilah Najah.."

rasa bagai jantung jatuh berguguran..walaupun belum pasti kesahihannya..tapi apabila mendengar perkataan merisik..segala urat sendi seakan berhenti menjalankan tugasnya..

"enti ni Aufa..tak berhenti mengusiknya.."

"usik??ape usik??ni sepupu ana..Khairil Nizam nak merisik enti dan terus bertunang kalau enti setuju??"

akal berfikir ligat mengingatkan nama yang baru sebentar disebut Aufa yang kononnya mahu merisik ana..ana tak pernah dengar nama hamba-MU itu ya ALLAH..

"siapa??"

"Ijam lah..yang kite g jordan tu.."

"ohhh..oklah Aufa..ana ada kerja..assalamualaikum"

ana menghentikan perbualan..tidak sanggup rasanya ingin dengar si Aufa terus berkata-kata tentang si jejaka itu..otak masih terus ligat berfikir..apa yang patut dilakukan??

malam itu ana berbaring di riba ibunda tercinta...sambil mama mengelus lembut muka ana..ana mulakan bicara..

"mama..ada org merisik Najah..sepupu aufa yang kt jordan"

"amboi..angin takde..ribut takde..tup-tup nak merisik da..sepanjang kt sane selalu dating ye??"

"nauzubillah..taklah mama..najah tak kenal dia..tengok dia pon tak mase kat sane.."

dengan lafaz bismillah ana ceritakan apa yg ana buat sepanjang ana di Irbid..apa aktiviti ana sepanjang di sana..

"mama rase mcmnilah najah..ALLAH tu dah tentukan bagaimana caranya kita bertemu seseorang..najah jumpa dia ditempat yang baik..najah pelihara mata najah agar tidak tunduk desakan nafsu untuk melihat dia..mungkin ALLAH dah tetapkan jodoh najah permulaan kisahnya di sana..di tempat yang baik..sayang..istikharalah..mama teringat hadis Nabi Muhammad SAW..Menerusi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud : “ Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi." Jadinye sayang...mama yakin dia seorang lelaki yang baik dan jujur..mama serahkan sepenuhnya kepada Najah..do istikharah ukkeh dear.."

Istikharah berlangsung...ana tidak henti berusaha kerana ana yakin ALLAH akan beri jawapan yang terbaik buat ana..akhirnya ALLAH jawab doa ana pada suatu malam..ana yakin dengan keputusan ana kerana ALLAH yang telah memutuskan segalanya..dan segala yang datang dari-NYA adalah yang terbaik..

*******************************************************************************
Majlis yang sederhana..dengan sekadar berbaju kurung merah jambu dan bertudung putih..ana duduk di sisi mama..majlis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak..ana tak mengerti..tapi bibir ana tak berhenti mengukir senyuman..

saat ibu si dia datang menghampiri hati jantung ana berdebar hebat..wajah si ibu yang hampir sebaya mama ini ku tatap..inilah ibu si dia..bakal ibu ku jua..tidak pernah bersua..tapi ini kali pertama..si ibu mengukir senyuman manis..ana senyum membalas..

"mafkan ummi nak..mungkin anak ummi nakal..maafkan anak ummi kalau dia memaksa.."

ana cuma tersenyum mengangguk..si ibu memeluk ana dan dicum kedua pipi ana. .ALLAHUAKBAR. .indahnya perasaan ini..

"Aufa kate Najah tak pernah tengok anak ummi..ini..ummi bawakan gambarnya..agar Najah berpuas hati..dan pesan Khairil Nizam dengan ummi..setelah Najah tengok gambarnya dan Najah tak dapat menerimanya..dia sudah redha dengan setiap keputusan Najah.."

ana memegang gambar yang diberi..perlahan ana membuka kelopak mata..satu..dua..tiga..perlahan ana pejamkan kembali lalu menyerahkan kepada ibunya..

"Bismillah..Najah yakin dengan keputusan Najah dan tak mungkin Najah berpatah balik kerana jawapan Najah datangnya dari ALLAH SWT"

sekali lagi si ibu memeluk dengan tangisan yang dapat ana dengar...ana sungguh terharu dengan kasih sayang si ibu kepada ana walaupun tidak sampai 2 jam kami bertemu..

cincin disarung ke jari manis..ana memandang cincin di jari manis dengan senyuman..cincin yang kecil itu mampu merubah status seseorang..dan ianya telah merubah status ana..ana tersenyum lagi..

******************************************************************************

malam itu setelah selesai mengemas di dapur menolong mama dan makcik..ana naik ke atas rumah untuk cek email..sudah lama tak berbalas email dengan sahabat di perantauan..mungkin kerana sibuknya ana dengan persiapan ke medan ilmu dan juga persiapan mengejut untuk majlis yang satu ini..

sedang sibuk cek email..satu email masuk..dari unknown..amboi..berahsia benar pemilik email ini..apa sajalah yang dihantarkan kepada ana...hati ana mengomel panjang..baru suku pembacaan..ana mula mengukir senyuman..

"Assalamualaikum Safinnatun Najah Bt Ahmad..alhamdulillah..alhamdulillah ya ALLAH atas rahmat-MU yang tak terkira hari ini..maaf jika email ana menganggu enti..ana cuma ingin melahirkan rasa terima kasih ana kepada enti kerana sudi menerima kekurangan diri ana ini..

kita pernah bersua..tapi tidak bertentang mata..ana tahu..enti begitu menjaga pandangan enti..kita berselisih..tapi ana yakin enti tidak pernah rasa kehadiran ana..siapalah ana..sepanjang disana kita kerap berselisih..ALLAH..hebatnya perancangan ALLAH..

Aufa bagitahu ana lagi 2minggu enti akan ke France..ana percayakan enti dalam membawa diri..ana yakin enti sentiasa bawa ALLAH bersama enti selalu..cukup sampai di sini ya enti..banyak sbenarnya ingin diceritakan..tapi bagi ana..inshaALLAH lepas nikah itu yang terbaik untuk berkongsi semuanya..biiznillah..Assalamualaikum

Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
 meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...
kata-kata pecah berkeping-keping,begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

-anna althafunnisa:ketika cinta bertasbih-


ana mengukir senyuman dan menaip sekadar untuk membalas agar tiada yang menanti di sana..

"waalaikumussalam Khairul Nizam B. Zafri...alhamdulillah..datangnya tidak diundang..tapi hadirnya menghiburkan hati dan disambut penuh syukur...

benar..kita pernah bersua..tapi tidak bertentang mata..kerana ana takut akan tergoda dengan bisikan syaitan..ana hanya seorang gadis biasa yang mudah tertarik dengan ketampanan seorang lelaki..jadi..ana tundukkan pandangan dan memohon ALLAH menjaga pandangan ana..benar kita tidak berbicara..tapi kita saling mendengar..suara yang berbual dengan aufa adalah suara yang sama melaungkan azan di Masjid Jameah..tak perlu berbicara kerana hati lebih dulu berbicara bukan??

Rabbi Yassir Wa La Tu'assir...allahumma aamiin..

tenang saja disana..inshaALLAH dengan berkat didikan abi dan mama ana..ana pasti boleh menjalankan kehidupan yang baik..dengan redha-NYA juga...biiznillah..jazakallahu khairan khatira..waalaikumussalam..barakallahu fiq..

gerimis turun perlahan
wajah kekasih membayang
dalam daun-daun yang basah
diriku resah
menanti pertemuan
yang tenang
cinta kasih dan sayang
Tuhan
tolong damaikan
hatiku yang gamang 

-Abdullah Khairul Azzam: Ketika Cinta Bertasbih-

*********************************************************************************

kini hampir setahun usia hubungan yang telah melangkah setapak..dan bermakna..semakin hampir saatnya untuk hubungan ini melangkah lagi setapak..

sepanjang tempoh ini...baru dua kali kami berbalas email..sampaikan ada sahabat yang pelik dengan cara kami..kata sahabat..sepertinya kami ini pasangan yang dipaksa bertunang,dipaksa berhubung,dipaksa bernikah tidak lama lagi..ana sekadar tergelak..ana lebih senang begini..dia begitu menghormati ana..menghormati keluarga ana..tidak perlu berhubung selalu kerana ana takut redha ALLAH makin menjauh..ana perlukan cinta-NYA lebih dari cintanya..

Kita pernah bersua..
tapi pandangan kita dijaga..

Kita pernah berbicara..
tapi hati wakil segalanya..

Kita pernah berjumpa..
tapi sekadar doa kupanjangkan kepada-NYA..

ku hanya ingin hubungan diredhai-NYA..
bukan murka dari-NYA..

dan kau mengerti..
lebih dari apa yang ku mengerti..

moga ianya tidak berhenti di sini..
tapi terus mekar dihati..







soal hati yang pasti


Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu..

- (Syed Qutb)
 Assalamualaikum sahabat-sahabat QA yg soleh dan solehah..moga kita semua sentiasa dalam redha ALLAH dan sentiasa mengejar akan keredhaan-NYA..
ehhhh...baru muncul ye QA ni selepas menyepi se sepi sepi dan sepi yang berkurun lame..aicehhhh...ade sahabat yang mula bertanya-tanya...bilelah agaknya QA ni nak update belog yg dah berhabuk bersawang sampaikan ade spider mula buat sarang...ehhhhh..betul ke??
maaflah sahabat yang buka belog QA 2-3 kali tapi tiada update dari QA...bukan QA perasan sesorang pemes..tapi sahabat tu dapat berhubung dengan pelbagai cara dan berbagai situasi..tak dinafikan ade sesetengah sahabat-sahabat QA yg gemar mengetahui perkembangan sahabatnya melalui belog...kenapa??mungkin segan agaknye...fitrah manusia punya rasa malu..
let's go to my topic..harini QA didatangi dua junior QA seusrah dengan QA..yang seorang nampak lesu dan tak bermaya lagi...aduhhh...kenapa adik yg sorang ni..punya masalah ape sampaikan QA yg dihadapannya pun seolah-olah tidak wujud..jadi, sahabatnya sahaja bercerita tentang masalah rakannya ini..QA pandang ke dalam mata si cantik ini..mahu sedikit merasakan apa yang dirasai..biasalah bagi kami pelajar yang merantau..sahabat,junior mahupun senior inilah keluarga kami..kepada mereka kami merujuk memujuk dan dipujuk..kepada mereka kami bercerita soal maslaah..jadi..demi ikatan ukhuwah yang dibina..rasa kasih dan sayang kepada sahabat kian kukuh..
masalah hati..yup..itulah dia salah satu perkara yang pemes dikalangan remaja termasuklah si QA ni..ada saje perkara yang membabitkan hati buat QA mula rasa bengkok lutut..lemau tulang temulang..amboi..kemain hiperbola sungguh ayat QA ni..kekeke~
jadi QA cube dengar dan rapat kepada si gadis cantik ini..dia bercerita tanpa noktah..segala isi dari pendahuluan sampai ke penutup ceritanya...ohhh..jadi inilah yang membuatkan adik QA bermuram durja bagaikan kehilangan segalanya di dunia ini..
QA tidak terus memberikan pandangan..lebih senang bg QA untuk gunakan kaedah step by step...biar harini dia lega apabila sudah meluahkan segalanya..mungkin esok QA akan cube memberikan sedikit pandangan..
kita terlalu leka bila ALLAH menyenangkan hati kita...ALLAH memberi apa sahaja yang kita mahukan..sewaktu meminta kepada-NYA...bersungguh-sungguh kita meminta..apabila ALLAH telah berikan...kita mula senyap dengan-NYA..tiada interaksi antara kita dengan-NYA..jadi ALLAH beri teguran dengan cara paling lembut...tapi kita memberontak dengan kasar..itu tidak adil..ini tidak patut..mulalah terjadi ketidak puasan hati dan sakit hati...lalu si hati mula merudum lesu..
teringat pesan abi ketika mula-mula QA berasa kecewa..."adik tahu cinta boleh menyakitkan...tapi adik taknak tahu kenapa cinta itu boleh menyakitkan..jadi,adik ambil risiko dengan bercinta pada usia yang semuda ini.."
sejak dari itu QA sentiasa menjaga hati agar luka yang telah dijahit dengan kekuatan dan ketabahan itu tidak akan terkoyak lagi..
jadi...pilihlah untuk bahagia luar dan dalam...bukan senyum diluar tapi hati renyuk-renyuk di dalam..usah hipokrit dalam kehidupan..kerana yang dalam tak dapat menipu diluar..

 Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]

teringat pula QA akan kata-kata ust Pahrol dalam blognya.."Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?” Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). "

haaaa...acane tuh..maksudnya begini..bila kite sesak dalam memikirkan masalah hati yang kecewa..lantas kita mengucapkan kalimah zikir iaitu subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..tapi kalimah itu bukan sekadar meniti di tepi bibir..hati kite peru rasai apa yang lidah kita tuturkan..contohnya allahuakbar..Allah Maha Besar..hati kita perlu merasai Kebesaran Allah SWT..begitu juga dengan perlakuan kite..perlulah mengakui kebesaran-NYA..inshaALLAH hati kita akan menjadi lebih tenang..

Jika rasa tenang itu seketika sahaja..maka teruskan dengan zikrullah itu...jangan pernah putus asa dengan-NYA..kerana dari-NYA sumber kebahagiaan kita..inshaALLAH..

Pada redup renung dan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia

Kembalilah pada hidup lebih bermakna



Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA 













Tuesday, October 2, 2012

aku hamba-NYA


ALLAH..ajarkan ku agar sentiasa bersyukur atas segala pemberian-MU..allahumma aamiin



"mecuba yang terbaik.."



Assalamualaikum sahabat QA yang comel soleh dan solehah...seronoknya QA harini baru dpt mengakses dengan tenang...selalu ade saje gangguan si akachan yang seronok sangat tekan-tekan keypad lappy QA ni..tak menang tangan layan si Ismail Miyoku ni..



alhamdulillah..ALLAH masih mengurniakan nafas dan umur..masih berpeluang untuk memantapkan iman..kadang-kadang melepuk kepala sendiri kerana sering lalai dalam berurusan dengan ALLAH..saja melewat-lewatkan..sedangkan tiada yang lebih penting..urusan dengan ALLAH adalah perkara yang paling penting perlu dilaksanakan..

baru-baru ni ALLAH menegur QA dengan memberi ujian yang sedikit..ALLAHUAKBAR...kerdilnya QA rasa...susahnya nak hadapi ujian ini..terasa berat..terasa bebanan yang melampau...sedangkan ALLAH telah uji lagi hebat hamba-NYA di zaman nabi dulu..bila kita diuji sedikit dan orang datang memberi nasihat.."sabarlah..zaman nabi dulu lagi hebat hamba-NYA diuji" ape kite jawab??.."itu zaman nabi..orangnya kuat iman..kental..aku ni manusia biasa..!!" itulah alasan yang paling tak munasabah kita bagi..ALLAH tak pernah memilih kasihkan hamba-NYA..cuma kita yang terlalu susah kata kasihkan ALLAH..jadi jangan jadikan alasan untuk kita jatuh tersungkur dalam menghadapi ujian-NYA..kalau sahabat-sahabat nabi zaman dulu boleh mengharungi ujian yang lebih hebat..kenapa ujian yang seKECIL ini kita tak mampu???..sesekali kepala perlu dihantuk kedinding supaya sedar diri di atas bumi siapa kita berpijak...supaya kita sedar siapa yang lebih BERKUASA..

QA masih dalam ujian-NYA...seolah-olah dilanda ombak akal dan perasaan QA..untuk membuat sesuatu keputusan bukanlah senang..perlu sangat diambil kira perasaan beberapa pihak..heshhhh QA ni..ayat macam nak buat keputusan nak kawen!!!..heeee~bukan macamtu..keputusan ni lagi besar dari kawen..hehehe~jadi QA istikharah..panjangkan kepada DIA setelah QA berusaha..sebab QA percayakan konsep USAHA,DOA,TAWAKKAL..kenapa perlu meminta kepada ALLAH??kerana kita hamba-NYA yang perlukan DIA sentiasa dalam susah dan senang..

sahabat...dalam meniti hidup..jangan pernah sedetik pon kita lari dari ingat ALLAH..kerana kita milik-NYA..kita pasti tidak mahu kembali kepada-NYA dalam keadaan tidak sedikit pun mengingati-NYA..nauzubillah..moga kita sentiasa dalam redha-NYA..assalamualaikum..

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antar kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama’ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama’ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkianYa ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya






Sunday, July 1, 2012

buat si dia insan istimewa

Bismillahirrohmanirrahim...

Assalamualaikum ya sahabat yang soleh dan solehah..apa khabar iman kita hari ini??update dah sampai 100% atau sekadar 50%???moga ALLAH meredhai setiap urusan kitta di bumi ini inshaALLAH..

sejak akhir-akhir ni kehidupan QA di isi dengan insan-insan yang istimewa..bersyukur pada ALLAH yang mengirimkan kasih sayang yang melimpah..seronok benar bila berbicara soal ukhuwah...ada sahaja yang nak dicerita..ada sahaja yang mampu buat bibir mengukir senyuman..ada sahaja kenangan yang mampu buat hati sebak..dan kadang kala mata pun berhabukkk..

sahabat-sahabat sentiasa mendapat tempat di hati ini..sahabat lama atau baru..mereka sungguh istimewa..baru-baru ni ada seorang gadis comel yang gemar ziarah belog QA dan rajin meninggalkan kesan-kesan ziarahannya..QA jadi tertarik dengan gadis ini..suke bace celoteh si gadis di belognye yang secomel tuannya..QA pantang lihat kejadian ALLAH yang comel-comel ni..suke sangat QA..fitrah perempuan yang sukakan kecantikan kan.

sekarang..gadis comel ni peneman QA setiap hari tatkala kerja yang diberi sensei terpaksa dibuat hinggal lewat pagi..adakalanya tertidur di depan lappy...sedar2..dah pagi..huweeeeee~QA jadi teringat akan gambaran yang diberi oleh Saidina Ali B. Abi Talib RA tentang persahabatan orang yang beriman di akhirat..

“Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang di antara keduanya meninggal lebih dahulu dan dia mendapat berita gembira dengan syurga. Ketika itu dia mengingati teman akrabnya di kala di dunia lalu dia berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia yang menganjurkanku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyadarkanku akan pertemuan dengan-Mu. Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau memperlihatkan kepada-nya kenikmatan yang Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha kepadaku,” Maka Allah berkata kepadanya, “Pergilah, seandainya engkau tahu yang Aku berikan kepadanya pasti engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis. “
Kemudian teman akrabnya itu meninggal dan ruh mereka bertemu. Dikatakan pada mereka, “Saling memujilah kalian kepada sahabat kalian.” Maka masing-masing mereka mengatakan, “Dia adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik saudara, sebaik-baik sahabat….

Duhai indahnya. Pertemuan yang sangat mengesankan dan penuh kegembiraan.seronok benar berukhuwah kerana ALLAH..ukhuwah fillah abadan abada..


Buat adik kakak Nur Shohwatul Islam...syukran ya jamilah kakak sebab hadir dalam hidup akak dan buatkan akak rasa hari-hari akak berbunga selalu...sampaikan akak rasa akak tengah mabuk cinta..mungkin kerana kita saling berkasih sayang kerana ALLAH..jadi ALLAH perindahkan ukhuwah kita..


ya jamilah kakak..Bersahabat dengan mereka, akan mendekatkan kita pada Allah. Dan ketaatan kita pada Allah, juga akan mendekatkan kita pada mereka. Ibnu Asakir meriwayatkan, Abu Darda‘ menulis surat pada Maslamah bin Makhlad. “Seorang hamba jika ia telah berbuat kebajikan untuk taat kepada Allah, maka Allah mencintainya. Bila Allah telah mencintainya, Allah akan menjadikan makhluk cinta padanya. Dan bila ia bermaksiat pada Allah, maka Allah akan memarahinya. Bila ia telah dimarahi olehNya, Maka Allah akan menjadikan seluruh makhluk benci padanya.”
 (Al Kanz, 8/255)

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …


Nabi SAW bersabda :

“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” 
(Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)

Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :

“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … 
(Riyadhus Salihin)



Semoga Allah menghimpun kita dalam golongan orang-orang yang mendapat ridha-Nya di akhirat.
Amin Allahuma amin..

Friday, June 29, 2012

setelah menjejak dunia..barzakh memanggil pulang

Bismillahirrohmanirrahim.

Ya Rahman..Ya Rahim..peliharalah ukhuwah kami agar tiada perpisahan melainkan perpisahan atas kehendak-MU..

Assalamualaikum sahabat-sahabat QA yang soleh dan solehah..apa khabar iman??..apa khabar rohani??sudah di isi rohani dengan makanan yang secukupnya??..jangan fikirkan soal kenyang jasad..tapi rohani harus dimantapkan..inshaALLAH..

alhamdulillah..ALLAH sering mendampingi kita saat kita hampir membenam..ALLAH menggapai tangan kita saat kita lemas dalam derita..ALLAH sering peringatkan kita tentang adanya DIA..harini tugasan sebagai pelajar agak lengang..aktiviti dan kuliah berhenti sehingga jam 2 petang..selebihnya masa untuk sang jasad berehat..sang rohani melepaskan lelah..jari digerak gerakkan di papan lappy..sebuah artikel yang begitu mengusik hati..mengusik iman..mengusik jiwa..akhirnya pandangan dibawa jauh untuk menelusuri masa lalu..

"ana telah dikhitbah dan akan menikah"..begitulah tajuknya...permulaan baca yang disangkakan kisah si dia dikhitbah oleh seorang pemuda yang hebat agamanya..yang luhur budinya..tapi..di akhir perenggan..ianya mampu merentap perasaan setiap jiwa yang baru menyedarinya..link ana dikhitbah dan akan menikah

"khitbah" yang dimaksudkan ialah saat dia telah dikhitbah oleh ALLAH dengan sakit yang akan membawa kepada kematian..dalam jangka waktu dikhitbah dia mempersiapkan diri untuk menjadi hamba-NYA yang perfect supaya saat hari nikahnya..majlis yang tiada tangisan..majlis yang diredhai..


memang ALLAH sedang mengur QA melalui artikel ini..hari ni QA menjejakkan kaki di rumah kedua QA disini..seperti di Msia juga QA punya rumah kedua..hari ini bukan seperti biasa..hari ini ujian diperketatkan..ALLAH tegur QA dengan ujian yang lebih berat agar hamba-NYA ini tak lepas dari mengingati-NYA..

QA juga sudah dikhitbah oleh DIA..cuma QA seperti seorang gadis yang dipaksa bernikah dengan seorang pemuda yang tak dikenali..yang tak dicintai..sepanjang dikhitbah hanyalah tahu memberontak..menafikan pengkhitbah itu..menolak segala yang telah ALLAH rencanakan..itulah yang QA rasa..bukan tidak mendekatkan diri kepada-NYA..tapi adakala tetap lalai dengan kisah dunia..kerana apa??..kerana tempoh sampai majlis nikah masih panjang..jadi persiapan ditolak tepi..

QA masih dalam tahap masih tidak cukup keperluan dalam menempuh hari itu..lalai!! lupa!! lupa yang ALLAH sudah memanggil agar QA kembali pada-NYA...ALLAH..QA takut kembali kepada-NYA dalam keadaan orang yang tewas dalam peperangan..tetapi QA ingin kembali kepada-NYA dalam keadaan yang tenang kerana QA berjaya meletakkan dunia di tangan bukan di hati..
saat ini QA masih lagi berfikir..bilakah giliran majlis QA akan berlangsung??..adakah sehebat gadis di dalam artikel??..atau akan menyusahkan pengurus majlis dalam mempersiapkan QA untuk mendandan diri pada hari majlis itu??..adakah ketika itu perut ini mengosong untuk memudahkan pengurusan??adakah ketika itu kalamullah sudah semadi di hati agar dapat mudah dibawa..tidak perlu mengendong al-quran..kerana semua kalamullah itu letak dihati..adakah begitu??..dan adakah sempat untuk QA mempersiapkan jubah putih yang akan menjadi pakaian ketika majlis itu??ALLAH..alpa sungguh hamba-MU ini dalam mengingati mati..kerana hamba-MU ini sungguh terpikat dengan manisnya kepalsuan duniawi..kerana aku takut akan pahitnya kebenaran tentang ukhrawi..

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
 (Ali Imran: 185)

itulah hakikat paling pahit terpaksa ditelan bagi yang berjiwa yang belum bersedia menghadapi mati..masih tidak tahu pengakhiran sebuah kisah..masih banyak episod atau sudah sampai di episod pengakhiran..hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..ALLAH SWT telah memberitahukan kepada kita bahwa hikmah dari kematian adalah perpindahan dari darul amal(rumah kerja) menuju darul jaza’ (rumah balasan), setiap orang mendapatkan balasan dari apa yang pernah dikerjakan.

Majlis QA bakal berlangsung tidak lama lagi..cepat atau lambat itu urusan DIA yang telah mengkhitbah QA..sungguh QA panjatkan syukur kerana ALLAH sudah menyedarkan QA tentang status QA..

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka apabila Telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.”
 (Al-A’raf: 34)

Majlis itu kian menghampir..bukan menjauh..mari bersama persiapkan diri agar majlis itu berjalan lancar tanpa menyusahkan pengurus-pengurus majlis..moga ALLAH redha..

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

“Ya ALLAH, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian 

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan 
Kini Aku Merasakan 
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,











Tuesday, June 26, 2012

Bila yang tempatan jadi Foreigner..MAHAL!!!

Bismillah..

Assalamualaikum sahabat yang soleh dan solehah..
moga dalam redha ALLAH SWT..


Cuaca harini sangat baik..dan pagi ini di isi dengan panggilan dari insan tercinta..Abi wa Mama..alhamdulillah ALLAH bagi nikmat yang sangat indah dengan adanya dua insan hebat ini di sisi QA..kadangkala apabila merungutkan sesuatu..hati pantas mengingatkan sepotong ayat dalam Surah Ar Rahman Ayat 13 yang bermaksud  "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" ..jadi..hati pantas beristighfar dan terus memanjat kesyukuran atas nikmat yang ALLAH berikan..


"adik..semalam abi bawak balik durian dari dusun Tok Walid..Tok Walid kirim Assalamualaikum kt adik.."

..hati QA dipagut rindu mengenangkan Tok Walid di kampung..sudah lama tak bertanya khabar..ALLAH..

"wahhhh..sedapnye..Waalaikumussalam..harini adik nak cari durian plus manggis la.."

..tibe-tibe perut dok mengidam sakan nak kan durian dan manggis..aduhaiii..sedangkan QA dah maklum harga buah yang diimport melampau harganya..tapi tawakkal sahaja untuk mendapatkannya..

jadi harini selepas kuliah..QA lekas tutup buku dan tarik tangan si cantik manis NurHani temankan ke TESCO untuk sambar DURIAN dan MANGGIS..



Masuk ke tesco dengan niat yang satu...iaitu...GRAB THE DURIAN AND MANGGIS..and...unfortunately...hampir-hampir saja QA bersilat dalam TESCO kerana harga durian dan manggis agak melampau...


Duduk depan durian dan manggis sambil membuat kira-kira..dan..unfortunately lagi sekali..duit yang ade tak mencukupi..aduhaaaaaaaiiiii...QA pandang durian yang ada di rak dan tangan mengusap-usap durian tersebut sambil berkata..


"amboiiii..datang jepun hang terus naik harga naaa..kalau hang kt Msia..mesti hang baru RM6 sekilo..belagak hang dok sini"

dan..seolah-olah durian tu menjawab balik dengan senyuman mengejek dan sombong..

"nasib hang la..sapa suruh hang mai sini..la ni hang ngidam aku..tapi duit takdak..no money no talk la..."



2980 yen..hemmm..nak tau dalam Ringgit Malaysia berapa...haaaa...setelah di convertkan..harga sebiji durian ini berjumlah RM 119.77 sen..murah tak???murah sangat kan...kalau kat Msia patutnye adela dalam sepuluh ringgit..aduhaaaaaiiiii durian...naik taraf betul bila sampai Jepun ye...dilayan bak puteri beradu..di jual seperti menjual intan permata..


itulah hakikat yang terpaksa ditelan di Jepun...di Msia..harga sayur sayuran...buah buahan adalah sangat murah.,..dan harga kereta,laptop,handphone pula mahal..tapi di Jepun semuanya terbalik..bagi bahan untuk mengisi perut perlulah mempunyai duit yang banyak..apetah lagi bagi kamu yang tak boleh telan makanan di JEpun dan terpaksa memasak makanan Msia...di Jepun bahan import dari Msia dan Thailand sangatlah mahal..mungkin untuk masak asam pedas kos yg anda perlukan sekitar rm50???..tak ke mahal gitu???


kereta di jepun pula sangat membuatkan mata-mata kami student Msia terbeliak dan sering berangan-angan untuk memiliki sebuah kereta bayar guna duit Scholarship...huhuhuhu...so,let's see




RM 40000 = 1jutayen dah boleh beli estima 2nd cash
kalau kat malaysia estima 2nd = rm150000 = 4jutayen 
5jutayen boleh beli estima hybrid baru siap ade autoparking assitance... ^__^"



so,sekarang tetibe je dok bercita-cita nak beli Caldina..kekekeke~tapi Abi awal-awal dah bagi warning..ukkeh..simpan saje hasrat dihati..


lepas hampa dengan harga durian yang agak mengecewakan..QA singgaj di rak Manggis..dan seperti biasa..QA kecewa lagi dan lagi..hailaaaaa...nampaknye terpaksalah makan buah-buahan tempatan Jepun..



masih lagi rasa nak bersilat melihat harga manggis yang tak kurang hebatnya dengan harga durian..lebih kurang RM 40 untuk sekilo...hampa hatiku dengan buah buahan yang dah jadi foreigner di jepun seperti QA ni...



tertanya-tanya...kalau durian dan manggis boleh meningkat 10 kali ganda harganya apabila diimport..jadi,no wonder lah hantaran bagi gadis yang berkelulusan luar negara harganya melambung tinggi..hailaaaaa..teringat pula hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad



"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad ) 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...