Tuesday, December 25, 2012

この冬休みで~ (kono fuyu yasumi de) -During winter break-


"warna indah yang mengelilingi hari hari ku"




heippp!!!stop talking..now lets read..!!

Bismillah...syukur nikmat atas nikmat-nikmat yang KAU titipkan pada kami Ya Rabb..apa khabar sahabat QA yang soleh dan solehah semua?? iman pula mcmane...sudah diupgrade atau masih sekitar dalam proses memulakan pengupgradekan??? hadoiiiii...rosak bahasa gini QAoiiiii..

Minggu lepas QA terserempak dengan bekas jiran QA sewaktu di gombak..yup..in Tokyo..teringat masa terserempak tu...lebih kurang cmnih la situasinye..
ukkeh...begitulah flashback sy..actually QA kenal nazmi ni dari kecik lagi sebab die penah berjiran dengan QA..then her wife QA kenal mase darjah dua..kami bertiga ni memang rapat..Seha atau name penuh die Nurul Fasiha ni orangnye sangatlah lembut nak dibandingkan dengan QA mase kecik2..so,nazmi ni terpaksalah layan karenah BFF die yg lain2 minatnye..yg si Seha lebih suke main masak2..kawen2..cikgu2 gitulah..tapi kalau si QA ni gemarnye main lastik2..perang2..gusti2..ekekekek..alhamdulillah..berjodoh jugak mereka..

so,pagi tadi disebabkan cuti seminggu..QA rancangkan hari ini hari bersantai bersama keluarga Seha dan Nazmi and their anak lelaki namenye hqeem. 6years old now...


seronok bersama dengan keluarga ini..si kecil haqeem sangat petah dalam berbicara...ade sahaja yang nak diceritakan n setiap perkataan yang keluar dari mulut haqeem semuanya Japanese...wowww!! QA jadik terkesima...QA masih lagi merangkak dalam mempelajari Japanese tapi si kecil Haqeem sudah petah..cume kadangkala ade jugak Haqeem menggunakan bahasa ibunda kita..si kecil Haqeem ni sudah bersekolah dan telah habis ketiga-tiga sem darjah satu..jadi..segala repor card dikeluarkan dan diceritakan satu persatu...


jom QA nak share seket tentang sistem pendidikan awal kanak-kanak di Jepun

gambar atas ni gambar report card Haqeem..Dalam kad kemajuan ni pun dicatatkan perkembangan fizikal, terkini . tinggi Haqeem 121cm dan berat 22.2kg. Peratusan kenaikan adalah rendah, maknanya Haqeem semakin kurus, penat berjalan kaki tiap hari ke sekolah agaknya. Sebelah tu contoh kertas peperiksaan (bulat tu tanda betul), sama seperti kerja rumah yang diberi tiap hari oleh sensei. Keputusan peperiksaan tak ada markah ABC pun. Cuma kolum, boleh buat dengan cemerlang, baik dan sederhana. Haqeem ni budak pintar...mamanya Seha bgtau yang si Haqeem ni pernah ajar budak Jepun yang dok sebelah die macamane nak tulis bahasa Jepun... hehe.. Matapelajaran yang di ajar adalah Bahasa Jepun, Matematik, Life Study, Muzik, Lukisan dan Pendidikan Jasmani.Seronoknya subjek yang diberikan..rase nk g darjah satu pulokkk..


Ini pulak perkara yang Haqeem buat sendiri tiap hari, seperti bangun pagi, gosok gigi, makan pagi, ucap selamat sebelum keluar rumah, balik rumah dan sebelum tido, bermain, menonton tv, basuh tangan, guna tisu dan towel, dan tolong emak. Kene tanda tiap hari. Antara komen sensei yang ditulis atas ni, Haqeem boleh buat semua benda, baik dengan kawan2. Masa aktiviti masak2 sweet potato Haqeem paling cemerlang, (diorang ada aktiviti tanam keledek kat sekolah, dah masak cabut dari pokok dan masak sama2 dengan sensei). 

Seronok kan sekolah sini, budak2 having fun, takde la stress sangat asyik suruh baca buku 24 jam,buat homework yang banyak tiap hari, berlumba2 sapa paling pandai. Homework Haqeem ni pulak mamanya kate sehari cuma sehelai kertas je, kadang2 2 helai. Sensei pun takde la paksa2 suruh budak terus jadi pandai. Konsep diorang mungkin masa umur gini kene belajar hidup berdikari dulu, timbulkan minat untuk belajar sesuatu, dan satu saya nampak dia nak semua budak adalah sama, tak ada yang terlebih pandai dan tak ada yg tak pandai. QA tak pasti sistem pendidikan dia macamana, tapi memang nampak budak2 seronok nak ke sekolah. Bila minat ke sekolah tu ada, dengan sendiri budak akan terbuka hati nak study betul2. Contohnya Haqeem mamanya kate kat rumah kalau ada masa dia suka baca buku cerita sendiri tanpa disuruh pun, suka menulis dan melukis (in Japanese) Tapi kalau kene baca buku BM memang kene naik suaralah..

so,to Haqeem..onee chan doakan semoga Haqeem bakal menjadi anak yang soleh buat papa Nazmi n mama Fasiha dan moga menjadi abang yang baik buat bakal adik2 dan bakal menjadi Da'ie buat Addin kita iaitu Islam..


Ibnu Sina berpesan: 
“Ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk.”

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan.” 
(Riwayat Imam Muslim) 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...