"ya ALLAH..jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan kemurkaan-MU..aamin.."
"insan bernama kekasih"
..nak kahwin tak???..semua orang pasti mengangguk sambil buat muke merah-merah tahan malu...alhamdulillah jika semua berperasaan nak kahwin...ingin meramaikan umat NABI MUHAMMAD S.A.W..fitrah jika seorang wanita berperasaan kepada seorang lelaki...begitu juga sebaliknya...dan bukan fitrah jika kamu suke kepada yang same jantina dengan kamu...faham!!! /shock ... ok...kalau nak kahwin..mesti tau ape maksud nikah..NIKAH dari sudut bahasa ialah datang/bertaut/bercantum..dari sudut istilah pula ialah akad, ijab dan kabul diantara bakal suami dan bakal isteri yang menghalalkan hubungan suami isteri yang dibenarkan syarak..ok faham dah???..jom kite tengok MATLAMAT PERKAHWINAN pulak.. /hmm
MATLAMAT PERKAHWINAN
- Memenuhi keperluan fitrah manusia
- Mengembangkan masyarakat islam dengan zuriat yang soleh.
- Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani
..dikatakan perkahwinan mampu menenagkan jiwa dan mententeramkan hati...jika matlamat kamu sama dengan matlamat perkahwinan di atas...tapi kamu boleh belum nikah jika kamu tak tahu kamu di 'level' mane..so,jom kite semak hukum nikah pulak..
HUKUM NIKAH
~Sunat berkahwin
-sunat berkahwin bagi yang berkeinginan dan mempunyai nafkah dan perbelanjaan
~Sunat tidak berkahwin
-makruh bagi seseorang yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perbelanjaan.Sehubungan dengan itu hendaklah menjaga diri
~Makruh
-hukum ini terjadi apabila seseorang itu tak berkeinginan hendak berkahwin (faktor penyakit)
~Afdal berkahwin
-beribadat tak sempurna, pelajaran tak sempurna tapi berkemampuan.
..haaa..anda di level mane???..ok..sekarang banyak kite dengar tentang kahwin muda..kahwin ketika masih belajar..ye..boleh...siapa kate tak boleh..tapi jika kamu punyapendapatan yang mampu menanggung nafkah isteri..tapi jika kamu sekadar dapat PTPTN,MARA..tak usahlah..teringat akan kata-kata ustaz..fakir dan miskin mempunyai pendapatan..tetapi,pendapatan sehari mereka kurang daripada perbelanjaan mereka sehari..tapi jika kita ni yang masih belajar...yang tak mempunyai pendapatan langsung..yang bergantung ehsan dari mak ayah dan pinjaman dari PTPTN dan MARA..kite ni kategori FAKIR MISKIN PAPA KEDANA... /wahaha tergelak-gelak kami mendengar kata-kata ustaz Tahir..jadi,maksudnya disini..jika kita belum punya pendapatan yang mampu untuk beri nafkah kepada isteri...so, JANGAN BERANGAN!!!!
..kahwin mengelakkan maksiat...yup..tepat-tepat...tapi kamu kene tahu perkahwinan itu bukan sekadar lafaz akad nikah sahaja..dan bukan hanya kisah antara kamu dan dia..tetapi antara kamu,dia dan mereka(anak-anak)...pastikan niat kamu betul jika kamu ingin segera nikah...jika kamu ingin menikah,tetapi tak mampu..hendaklah kamu berpuasa...serahkan segalanya pada ALLAH jika ianya soal jodoh..."lemah lelaki di matanya,lemah wanita di telinganya"..jadi buat lelaki..janganlah hanya percaya pada pandangan mata sahaja..dan buat wanita..jangan percaya apabila kamu hanya mendengar sahaja....pandanglah melalui hati.. /hmm
...Nabi Muhammad S.A.W melarang sesorang itu berbujang kerana beribadat...sesungguhnya kamu perlu tahu perkahwinan juga adalah ibadat...
.."kahwinilah wanita yg subur dan penyayang"...carilah bakal ibu kepada anak-anakmu seorang wanita yang subur dan penyayang..semoga kasih dan sayang sentiasa subur dalam rumahtangga..insyaALLLAH.. /blush
...jagalah maruah kamu..ingatlah yang auratmu hanya buat isteri/suami kamu sahaja...apa yang terlindung itu hanya buat suami/isteri kamu sahaja.."KEMALUAN ADALAH AMANAH"...kalau sudah amanah...janganlah pecah amanah..jika kamu berzina, sampai kamu sudah mati...keturunan kamu akan TERCEMAR..nauzubillah...peliharalah kami YA RABB...ok,kalau lah ade yang cube mengajak kamu mendekati zina..katakan kepada orang itu..."INNI AKHAFULLAH"..maksudnya "MINTA MAAF, SAYA TAKUTKAN ALLAH"
..semoga bermanfaat ye..apa yang baik kita jadikan pengajaran..yang buruk sempadankanlah..semoga kita semua mendapat keredhaan ALLAH..selami jiwa,selami akal,selami lautan dalam.. hehehe /bye
saudari..
ReplyDeleteSunat - Ada kemampuan dan ingin berkahwin
Harus - Ada kemampuan tapi tak rasa nak berkahwin
Makruh - Tidak ada kemampuan tapi ingin berkahwin
Haram - Kahwin untuk menginaya isteri
Wajib - Kalau tak kahwin dia akan melakukan maksiat
terima kasih falah...
ReplyDeleteentri ni hasil dari sy dengar ceramah ustaz sy..