...Ya Allah..satukanlah hatiku..dengan-MU..aaminn..
"Dunia ini umpama lautan perhiasan yang indah
sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah
yang telah terpateri jiwa ilmu dan mahabbah
kaulah sesungguhnya insan bernama wanita solehah"
sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah
yang telah terpateri jiwa ilmu dan mahabbah
kaulah sesungguhnya insan bernama wanita solehah"
..Bismillah...bersyukur masih diberi peluang terus berada di bumi Allah SWT...aminn ya RABB /please ..harini usai pengajian bahasa di institut bahasa..aliya dan farah mengajak ke ceramah oleh ustaz mahdi..ustaz mahdi adalah ketua fasi kami...isi yang mantap harini..jadi..izinkan sy berkongsi di sini untuk manfaat kita bersama..insyaALLAH...
tajuk ceramah harini tentang WANITA PADA PANDANGAN PRA ISLAM @ ZAMAN JAHILIAH..
..masih belum habis tajuk yang disampaikan oleh ustaz mahdi..jadi..input yang sikit ini boleh dimanfaatkan bersama..insyaALLAH...pada zaman pra islam atau lebih diketahui sebagai zaman jahiliah...taraf wanita itu tersangatlah rendah dipandang oleh lelaki-lelaki...
..kaum lelaki pada zaman itu menganggap wanita sebagai kaum yang lemah...pembawa sial...tidak berguna..
..kaum wanita juga pada masa itu dijadikan hamba...disuruh melakukan pekerjaan yang berat-berat..malahan..wanita juga dijadikan tempat pemuas nafsu...nauzubillah...sangat rendah dan dipandang hina wanita itu sehingga apabila ada kelahiran bayi wanita..maka si ayah akan merah padam mukanya..ini ada disebut di dalam al-Quran..
“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. “ Surah An Nahl : Ayat 58
...betapa hinanya mereka memandang seorang wanita...tetapi..dengan kehadiran agama ISLAM..taraf wanita sangat tinggi..si bapa diminta menjaga anak perempuannya dengan sebaik mungkin...suami,adik lelaki,abang dan saudara-saudara lelaki WAJIB melindungi insan bergelar WAnITA..ini juga terdapat di dalam beberapa hadis tentang tingginya taraf wanita itu disisi ALLAH SWT..
"Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab."
"Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga."
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga."
..subhanallah...ALLAH maha Berkuasa atas tiap satunya...dan dunia hari ini telah berpatah kembali ke zaman jahiliah...malah mungkin lebih teruk..jika pada zaman jahiliah dulu mereka hanya menanam anak perempuan mereka hidup-hidup...namun zaman moden kini menanam atau hanya mencampakkan saja di tong-tong sampah,di dalam sungai anak yang baru lahir tanpa mengira jantinanya apa..mungkin lebih teruk kali ini...hanya mencampakkan sahaja anak itu dari tingkat 18.. /omg ..nampakkan???..kita dah kembali pada zaman jahiliah..dan makin teruk dari mereka..anak yang lahir itu tidak berdosa..mereka lahir atas dosa yang dilakukan oleh kedua pasangan yang tidak layak digelar 'ibu bapa' ...nauzubillah...
...zaman moden ini juga telah merendahkan semula taraf seorang wanita dimana wanita dijadikan pemuas nafsu...tidak kira oleh siapa..mungkin ayahnya...abangnya..atau saudara-saudaranya..perlukah salahkan si lelaki???...hmmm.. /hmm ...sy suggestkan anda membaca buku BUMI CINTA...dimana AYAS yang imannya tetap teguh walaupun terpaksa menetap bersama seorang wanita cantik...hebat bukan???kenapa boleh teguh imannya???..kerana dia ada ALLAH...Allahuakbar..
..saya teringat pesan terakhir ustaz mahdi kepada kami semua..."wanita..jangan jadikan diri sebagai JAMBAN kepada lelaki...membiarkan mereka datang kepada kamu bila berhajat..dan meninggalkan kamu apabila puas melepaskan hajatnya...dan lelaki...jangan jadikan wanita itu jamban untuk kamu...jangan datang kepadanya jika kamu berhajat inginkan kecantikannya sahaja..lindungilah wanita..kerana mereka adalah lemah"...
..syukran ustaz atas input yang diberikan dalam ceramah tadi..usai ceramah..ustaz mahdi sekali lagi memberi pesan kepada kami..."gapai dan kejar title wanita syurga"...aaminn ya RABB...semoga entri kali ini memberi manfaat buat kita bersama..yang baik kita jadikan pengajaran..yang kurang itu..kita sempadankan..insyaALLAH selami jiwa,selami akal...selami lautan dalam...hihihi.. /bye
No comments:
Post a Comment