Tuesday, December 25, 2012

この冬休みで~ (kono fuyu yasumi de) -During winter break-


"warna indah yang mengelilingi hari hari ku"




heippp!!!stop talking..now lets read..!!

Bismillah...syukur nikmat atas nikmat-nikmat yang KAU titipkan pada kami Ya Rabb..apa khabar sahabat QA yang soleh dan solehah semua?? iman pula mcmane...sudah diupgrade atau masih sekitar dalam proses memulakan pengupgradekan??? hadoiiiii...rosak bahasa gini QAoiiiii..

Minggu lepas QA terserempak dengan bekas jiran QA sewaktu di gombak..yup..in Tokyo..teringat masa terserempak tu...lebih kurang cmnih la situasinye..
ukkeh...begitulah flashback sy..actually QA kenal nazmi ni dari kecik lagi sebab die penah berjiran dengan QA..then her wife QA kenal mase darjah dua..kami bertiga ni memang rapat..Seha atau name penuh die Nurul Fasiha ni orangnye sangatlah lembut nak dibandingkan dengan QA mase kecik2..so,nazmi ni terpaksalah layan karenah BFF die yg lain2 minatnye..yg si Seha lebih suke main masak2..kawen2..cikgu2 gitulah..tapi kalau si QA ni gemarnye main lastik2..perang2..gusti2..ekekekek..alhamdulillah..berjodoh jugak mereka..

so,pagi tadi disebabkan cuti seminggu..QA rancangkan hari ini hari bersantai bersama keluarga Seha dan Nazmi and their anak lelaki namenye hqeem. 6years old now...


seronok bersama dengan keluarga ini..si kecil haqeem sangat petah dalam berbicara...ade sahaja yang nak diceritakan n setiap perkataan yang keluar dari mulut haqeem semuanya Japanese...wowww!! QA jadik terkesima...QA masih lagi merangkak dalam mempelajari Japanese tapi si kecil Haqeem sudah petah..cume kadangkala ade jugak Haqeem menggunakan bahasa ibunda kita..si kecil Haqeem ni sudah bersekolah dan telah habis ketiga-tiga sem darjah satu..jadi..segala repor card dikeluarkan dan diceritakan satu persatu...


jom QA nak share seket tentang sistem pendidikan awal kanak-kanak di Jepun

gambar atas ni gambar report card Haqeem..Dalam kad kemajuan ni pun dicatatkan perkembangan fizikal, terkini . tinggi Haqeem 121cm dan berat 22.2kg. Peratusan kenaikan adalah rendah, maknanya Haqeem semakin kurus, penat berjalan kaki tiap hari ke sekolah agaknya. Sebelah tu contoh kertas peperiksaan (bulat tu tanda betul), sama seperti kerja rumah yang diberi tiap hari oleh sensei. Keputusan peperiksaan tak ada markah ABC pun. Cuma kolum, boleh buat dengan cemerlang, baik dan sederhana. Haqeem ni budak pintar...mamanya Seha bgtau yang si Haqeem ni pernah ajar budak Jepun yang dok sebelah die macamane nak tulis bahasa Jepun... hehe.. Matapelajaran yang di ajar adalah Bahasa Jepun, Matematik, Life Study, Muzik, Lukisan dan Pendidikan Jasmani.Seronoknya subjek yang diberikan..rase nk g darjah satu pulokkk..


Ini pulak perkara yang Haqeem buat sendiri tiap hari, seperti bangun pagi, gosok gigi, makan pagi, ucap selamat sebelum keluar rumah, balik rumah dan sebelum tido, bermain, menonton tv, basuh tangan, guna tisu dan towel, dan tolong emak. Kene tanda tiap hari. Antara komen sensei yang ditulis atas ni, Haqeem boleh buat semua benda, baik dengan kawan2. Masa aktiviti masak2 sweet potato Haqeem paling cemerlang, (diorang ada aktiviti tanam keledek kat sekolah, dah masak cabut dari pokok dan masak sama2 dengan sensei). 

Seronok kan sekolah sini, budak2 having fun, takde la stress sangat asyik suruh baca buku 24 jam,buat homework yang banyak tiap hari, berlumba2 sapa paling pandai. Homework Haqeem ni pulak mamanya kate sehari cuma sehelai kertas je, kadang2 2 helai. Sensei pun takde la paksa2 suruh budak terus jadi pandai. Konsep diorang mungkin masa umur gini kene belajar hidup berdikari dulu, timbulkan minat untuk belajar sesuatu, dan satu saya nampak dia nak semua budak adalah sama, tak ada yang terlebih pandai dan tak ada yg tak pandai. QA tak pasti sistem pendidikan dia macamana, tapi memang nampak budak2 seronok nak ke sekolah. Bila minat ke sekolah tu ada, dengan sendiri budak akan terbuka hati nak study betul2. Contohnya Haqeem mamanya kate kat rumah kalau ada masa dia suka baca buku cerita sendiri tanpa disuruh pun, suka menulis dan melukis (in Japanese) Tapi kalau kene baca buku BM memang kene naik suaralah..

so,to Haqeem..onee chan doakan semoga Haqeem bakal menjadi anak yang soleh buat papa Nazmi n mama Fasiha dan moga menjadi abang yang baik buat bakal adik2 dan bakal menjadi Da'ie buat Addin kita iaitu Islam..


Ibnu Sina berpesan: 
“Ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk.”

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan.” 
(Riwayat Imam Muslim) 









Thursday, December 20, 2012

Niat itu...Niat ini..




"A journey of a thousand miles begins with a single step"



 "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". 
Imam Ali bin Abi Talib




Assalamualaikum sahabat-sahabat QA yang soleh dan solehah inshaALLAH..moga sentiasa dalam redha-NYA dan tak berhenti berusaha dalam mengejar redha-NYA biiznillah ya sahabat semua..^_____^"

lafaz tauhid didahulukan..syukur pada-MU ya RABB..

harini seronok QA sharekan satu tajuk iaitu "NIAT"..QA share pendapat QA dan mudah-mudahan sahabat-sahabat juga senang berkongsi dengan QA..gitu dehhhhhh...

Seperti yg kita tahu, bahawa niat itu merupakan penimbang tara dan aras sesuatu amalan hamba. Kebergantungan niat dan amalan ini tidak dapat di nafikan sama sekali kerana tanpa niat maka amalan kita tidak terima, tanpa amalan niat kita itu ibarat angan-angan sahaja. Tetapi melihat kemurahan ALLAH s.w.t kepada hambaNya :

“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.”

Allahuakbar..Pemurah sungguh Allah kepada hamba-NYA..Niat merupakan salah satu perkara utama yang perlu sebelum kita melakukan sesuatu perkara..

Niat akan membezakan sejauh mana kualiti amalan kita dalam kehidupan.Boleh jadi amalan yang besar pada pandangan manusia, menjadi kecil di sisi Allah, disebabkan niat.
Sebagai contoh, seorang yang memberi ucapan yang mengagumkan ramai pihak tetapi disebabkan niatnya untuk meraih popularati semata-mata, maka Allah tak pandang pun.
Dan boleh jadi amalan yang kecil pada pandangan manusia, boleh jadi besar di sisi Allah!
Mengutip sampah di tengah jalan kerana berniat menjaga kebersihan di bumi Allah serta meyakini kebersihan itu adalah sebahagian dari iman mungkin mengakibatkan amalan tersebut lebih bernilai.
Pastikan niat kita murni dan tulus nescaya Allah akan memudahkan apa yang kamu niatkan itu.
Kenapa niat tu Penting??
a.    untuk bezakan ibadat dengan adat.
b.    untuk tentukan qasad amal – adakah untuk Allah atau lainnya.
Secara ringkasnya, niat akan membezakan antara ibadat dengan adat. Antara ALLAH atau dunia semata-mata. Semua itu di landaskan kembali pada asal niat kita pada amalan yg kita lakukan. 

#jom rapatkan saf!!!






Wednesday, December 12, 2012

dia Najahh

"Najah,dah siap pack baju??"

"dah..sepupu Aufa duduk Jordan belah mana??"

""dekat Irbid..Uni Yarmouk"

"ukkeh..Najah ikot takpe kan..nak jalan-jalan before fly ke France"

"ikot mu la Najah..gune duit mu..kekeke~"

itulah permulaan kisah ana..dimana kisahnya tidaklah sehebat kisah filem tujuh petala cinta yang diagung-agungkan...yang diberi pujian gah..tapi kisah hanya sederhana..tapi bagi ana..ianya cukup sempurna buat gadis biasa seperti ana..ALLAH telah tetapkan bagaimana caranya kita bertemu dengan seseorang yang istimewa..

Seronok ingin turut serta dengan si Aufa untuk ke Jordan..sedangkan Aufa ada tugasnya sendiri..pakciknya meminta bantuan untuk menghantarkan sendiri barang kepada sepupunya si...hemmmm..entahla..ana pon tak ambil tahu siapa gerangannya..cuma ana terlalu excited dapat berpijak di bumi Jordan..sudah siap meng'google' untuk mencari info tentang Jordan dan tentang sejarah islamnya untuk di listkan di dalam notebook agar tahu kemana arah tujuannya apabila sampai di sana..

"Najah..taknak jumpe sepupu Aufa ke??"

"takmoh la Aufa..tak kenal..Najah kat sini je ye.."

sambil mengambil gambar panorama indah di syari' Jami'ah ..mata sempat mengerling si Aufa bersama sepupunya..mata lebih terarah ke Aufa..sepupunya??entahlah..tidak terdetik langsung untuk melihat sepupunya..barangkali takutkan akan kata-kata Aufa masa dalam flight semalam..

"sepupu Aufa tu jadi kegilaan masa dekat SAMT.."

"ye??hensem sangat letu.."

"kot..hehehe~"

disebabkan kata-kata Aufa..mata sedikit pon tidak menghala ke arah sepupunya itu..takut akan syaitan yang tidak berhenti menggoda..takut iman jatuh mencair tiba-tiba..sudahlah iman ana senipis kulit bawang..

.*************************************************************************

hari ini kami berjalan ke Pasar borong di Irbid..berjalan hingga lewat tengahari..lalu..kami singgah di Masjid Jameah Yarmouk..kebetulan pula kami sampai terdengar muazzin sedang melaungkan azan..Aufa berhenti sepertinya sedang menghayati suara azan..ana teruskan jalan dan membiarkan Aufa di belakang..fikir ana mungkin Aufa masih lagi menghayati suara muazzin yang lunak memanggil umat Islam agar segera solat dan meninggalkan seketika urusan dunia..tiba-tiba bahu ana diketuk..

"Najah..ana rasa ni suara sepupu ana..tapi mustahillah..takkan lah dia nak azan kat masjid besar mcmnih.."

ana sekadar menjungkit bahu..kalau benar..ia benar sajalah..kalau tidak..ia makanya tidak..aduhhh..Aufa ni memang suke memeningkan kepalanya sendiri..laungan azan sudah berakhir...ALLAH!!..hampir lupa pulak ana untuk berdoa ketika menjejak di rumah ALLAH yang indah ini....gara-gara si Aufa la ni..sambil hati sibuk mengomel sendiri..terdengar si Aufa sedang bercakap dengan telefonnya..

"Ijam..tadi kau azan eh kat Masjid Jameah ni??"

"..........."

"aku dah agak dah.."

..pasti si Aufa sudah dapat jawapan apa yang menganggu fikirannya..bebel ana seorang dalam hati..

"Najah..betullah..tadi tu suara Ijam.."

"Ijam??who ijam??"

"Ijam sepupu ana lah.."

"ohh..ok..ehh..cepatlah Aufa..karang masbuk pulak kite.."

****************************************************************************

lagi sebulan ana nak berangkat ke France..mama sudah bising-bising sebab suatu persiapan pun masih belum dibuat..aduhhh..malasnya ana untuk buat semua itu..hati masih lagi tanak berpisah dengan keluarga..tetapi..apakan daya..ini salah satu impian ana untuk menuntut ilmu di negara lain setelah 12 tahun sudah mengorek sekian banyaknya ilmu di Malaysia..

sambil merenung jauh memikirkan kehidupan yang bakal berlangsung di sana..handphone yang diletakkan di sisi berbunyi..melihat di skrin terpampang nama Aufa Najla..tahu benar sahabat ini yang ana rindu benar dengannya..sungguh bizi dengan kuliahnya sampai sukar untuk menghubungi ana..

"assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam ya jamilah Safinnatun Najah..kaifahal ya ukhti??"

"hamboiii...alhamdulillah ana bikhoir..ada apa cerita ceria sungguh ni Aufa??ade org dtg merisik ya??"

"aiwah..!! ada org merisik..tapi bukan merisik ana..tapi merisik enti ya jamilah Najah.."

rasa bagai jantung jatuh berguguran..walaupun belum pasti kesahihannya..tapi apabila mendengar perkataan merisik..segala urat sendi seakan berhenti menjalankan tugasnya..

"enti ni Aufa..tak berhenti mengusiknya.."

"usik??ape usik??ni sepupu ana..Khairil Nizam nak merisik enti dan terus bertunang kalau enti setuju??"

akal berfikir ligat mengingatkan nama yang baru sebentar disebut Aufa yang kononnya mahu merisik ana..ana tak pernah dengar nama hamba-MU itu ya ALLAH..

"siapa??"

"Ijam lah..yang kite g jordan tu.."

"ohhh..oklah Aufa..ana ada kerja..assalamualaikum"

ana menghentikan perbualan..tidak sanggup rasanya ingin dengar si Aufa terus berkata-kata tentang si jejaka itu..otak masih terus ligat berfikir..apa yang patut dilakukan??

malam itu ana berbaring di riba ibunda tercinta...sambil mama mengelus lembut muka ana..ana mulakan bicara..

"mama..ada org merisik Najah..sepupu aufa yang kt jordan"

"amboi..angin takde..ribut takde..tup-tup nak merisik da..sepanjang kt sane selalu dating ye??"

"nauzubillah..taklah mama..najah tak kenal dia..tengok dia pon tak mase kat sane.."

dengan lafaz bismillah ana ceritakan apa yg ana buat sepanjang ana di Irbid..apa aktiviti ana sepanjang di sana..

"mama rase mcmnilah najah..ALLAH tu dah tentukan bagaimana caranya kita bertemu seseorang..najah jumpa dia ditempat yang baik..najah pelihara mata najah agar tidak tunduk desakan nafsu untuk melihat dia..mungkin ALLAH dah tetapkan jodoh najah permulaan kisahnya di sana..di tempat yang baik..sayang..istikharalah..mama teringat hadis Nabi Muhammad SAW..Menerusi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud : “ Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi." Jadinye sayang...mama yakin dia seorang lelaki yang baik dan jujur..mama serahkan sepenuhnya kepada Najah..do istikharah ukkeh dear.."

Istikharah berlangsung...ana tidak henti berusaha kerana ana yakin ALLAH akan beri jawapan yang terbaik buat ana..akhirnya ALLAH jawab doa ana pada suatu malam..ana yakin dengan keputusan ana kerana ALLAH yang telah memutuskan segalanya..dan segala yang datang dari-NYA adalah yang terbaik..

*******************************************************************************
Majlis yang sederhana..dengan sekadar berbaju kurung merah jambu dan bertudung putih..ana duduk di sisi mama..majlis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak..ana tak mengerti..tapi bibir ana tak berhenti mengukir senyuman..

saat ibu si dia datang menghampiri hati jantung ana berdebar hebat..wajah si ibu yang hampir sebaya mama ini ku tatap..inilah ibu si dia..bakal ibu ku jua..tidak pernah bersua..tapi ini kali pertama..si ibu mengukir senyuman manis..ana senyum membalas..

"mafkan ummi nak..mungkin anak ummi nakal..maafkan anak ummi kalau dia memaksa.."

ana cuma tersenyum mengangguk..si ibu memeluk ana dan dicum kedua pipi ana. .ALLAHUAKBAR. .indahnya perasaan ini..

"Aufa kate Najah tak pernah tengok anak ummi..ini..ummi bawakan gambarnya..agar Najah berpuas hati..dan pesan Khairil Nizam dengan ummi..setelah Najah tengok gambarnya dan Najah tak dapat menerimanya..dia sudah redha dengan setiap keputusan Najah.."

ana memegang gambar yang diberi..perlahan ana membuka kelopak mata..satu..dua..tiga..perlahan ana pejamkan kembali lalu menyerahkan kepada ibunya..

"Bismillah..Najah yakin dengan keputusan Najah dan tak mungkin Najah berpatah balik kerana jawapan Najah datangnya dari ALLAH SWT"

sekali lagi si ibu memeluk dengan tangisan yang dapat ana dengar...ana sungguh terharu dengan kasih sayang si ibu kepada ana walaupun tidak sampai 2 jam kami bertemu..

cincin disarung ke jari manis..ana memandang cincin di jari manis dengan senyuman..cincin yang kecil itu mampu merubah status seseorang..dan ianya telah merubah status ana..ana tersenyum lagi..

******************************************************************************

malam itu setelah selesai mengemas di dapur menolong mama dan makcik..ana naik ke atas rumah untuk cek email..sudah lama tak berbalas email dengan sahabat di perantauan..mungkin kerana sibuknya ana dengan persiapan ke medan ilmu dan juga persiapan mengejut untuk majlis yang satu ini..

sedang sibuk cek email..satu email masuk..dari unknown..amboi..berahsia benar pemilik email ini..apa sajalah yang dihantarkan kepada ana...hati ana mengomel panjang..baru suku pembacaan..ana mula mengukir senyuman..

"Assalamualaikum Safinnatun Najah Bt Ahmad..alhamdulillah..alhamdulillah ya ALLAH atas rahmat-MU yang tak terkira hari ini..maaf jika email ana menganggu enti..ana cuma ingin melahirkan rasa terima kasih ana kepada enti kerana sudi menerima kekurangan diri ana ini..

kita pernah bersua..tapi tidak bertentang mata..ana tahu..enti begitu menjaga pandangan enti..kita berselisih..tapi ana yakin enti tidak pernah rasa kehadiran ana..siapalah ana..sepanjang disana kita kerap berselisih..ALLAH..hebatnya perancangan ALLAH..

Aufa bagitahu ana lagi 2minggu enti akan ke France..ana percayakan enti dalam membawa diri..ana yakin enti sentiasa bawa ALLAH bersama enti selalu..cukup sampai di sini ya enti..banyak sbenarnya ingin diceritakan..tapi bagi ana..inshaALLAH lepas nikah itu yang terbaik untuk berkongsi semuanya..biiznillah..Assalamualaikum

Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
 meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...
kata-kata pecah berkeping-keping,begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

-anna althafunnisa:ketika cinta bertasbih-


ana mengukir senyuman dan menaip sekadar untuk membalas agar tiada yang menanti di sana..

"waalaikumussalam Khairul Nizam B. Zafri...alhamdulillah..datangnya tidak diundang..tapi hadirnya menghiburkan hati dan disambut penuh syukur...

benar..kita pernah bersua..tapi tidak bertentang mata..kerana ana takut akan tergoda dengan bisikan syaitan..ana hanya seorang gadis biasa yang mudah tertarik dengan ketampanan seorang lelaki..jadi..ana tundukkan pandangan dan memohon ALLAH menjaga pandangan ana..benar kita tidak berbicara..tapi kita saling mendengar..suara yang berbual dengan aufa adalah suara yang sama melaungkan azan di Masjid Jameah..tak perlu berbicara kerana hati lebih dulu berbicara bukan??

Rabbi Yassir Wa La Tu'assir...allahumma aamiin..

tenang saja disana..inshaALLAH dengan berkat didikan abi dan mama ana..ana pasti boleh menjalankan kehidupan yang baik..dengan redha-NYA juga...biiznillah..jazakallahu khairan khatira..waalaikumussalam..barakallahu fiq..

gerimis turun perlahan
wajah kekasih membayang
dalam daun-daun yang basah
diriku resah
menanti pertemuan
yang tenang
cinta kasih dan sayang
Tuhan
tolong damaikan
hatiku yang gamang 

-Abdullah Khairul Azzam: Ketika Cinta Bertasbih-

*********************************************************************************

kini hampir setahun usia hubungan yang telah melangkah setapak..dan bermakna..semakin hampir saatnya untuk hubungan ini melangkah lagi setapak..

sepanjang tempoh ini...baru dua kali kami berbalas email..sampaikan ada sahabat yang pelik dengan cara kami..kata sahabat..sepertinya kami ini pasangan yang dipaksa bertunang,dipaksa berhubung,dipaksa bernikah tidak lama lagi..ana sekadar tergelak..ana lebih senang begini..dia begitu menghormati ana..menghormati keluarga ana..tidak perlu berhubung selalu kerana ana takut redha ALLAH makin menjauh..ana perlukan cinta-NYA lebih dari cintanya..

Kita pernah bersua..
tapi pandangan kita dijaga..

Kita pernah berbicara..
tapi hati wakil segalanya..

Kita pernah berjumpa..
tapi sekadar doa kupanjangkan kepada-NYA..

ku hanya ingin hubungan diredhai-NYA..
bukan murka dari-NYA..

dan kau mengerti..
lebih dari apa yang ku mengerti..

moga ianya tidak berhenti di sini..
tapi terus mekar dihati..







soal hati yang pasti


Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu..

- (Syed Qutb)
 Assalamualaikum sahabat-sahabat QA yg soleh dan solehah..moga kita semua sentiasa dalam redha ALLAH dan sentiasa mengejar akan keredhaan-NYA..
ehhhh...baru muncul ye QA ni selepas menyepi se sepi sepi dan sepi yang berkurun lame..aicehhhh...ade sahabat yang mula bertanya-tanya...bilelah agaknya QA ni nak update belog yg dah berhabuk bersawang sampaikan ade spider mula buat sarang...ehhhhh..betul ke??
maaflah sahabat yang buka belog QA 2-3 kali tapi tiada update dari QA...bukan QA perasan sesorang pemes..tapi sahabat tu dapat berhubung dengan pelbagai cara dan berbagai situasi..tak dinafikan ade sesetengah sahabat-sahabat QA yg gemar mengetahui perkembangan sahabatnya melalui belog...kenapa??mungkin segan agaknye...fitrah manusia punya rasa malu..
let's go to my topic..harini QA didatangi dua junior QA seusrah dengan QA..yang seorang nampak lesu dan tak bermaya lagi...aduhhh...kenapa adik yg sorang ni..punya masalah ape sampaikan QA yg dihadapannya pun seolah-olah tidak wujud..jadi, sahabatnya sahaja bercerita tentang masalah rakannya ini..QA pandang ke dalam mata si cantik ini..mahu sedikit merasakan apa yang dirasai..biasalah bagi kami pelajar yang merantau..sahabat,junior mahupun senior inilah keluarga kami..kepada mereka kami merujuk memujuk dan dipujuk..kepada mereka kami bercerita soal maslaah..jadi..demi ikatan ukhuwah yang dibina..rasa kasih dan sayang kepada sahabat kian kukuh..
masalah hati..yup..itulah dia salah satu perkara yang pemes dikalangan remaja termasuklah si QA ni..ada saje perkara yang membabitkan hati buat QA mula rasa bengkok lutut..lemau tulang temulang..amboi..kemain hiperbola sungguh ayat QA ni..kekeke~
jadi QA cube dengar dan rapat kepada si gadis cantik ini..dia bercerita tanpa noktah..segala isi dari pendahuluan sampai ke penutup ceritanya...ohhh..jadi inilah yang membuatkan adik QA bermuram durja bagaikan kehilangan segalanya di dunia ini..
QA tidak terus memberikan pandangan..lebih senang bg QA untuk gunakan kaedah step by step...biar harini dia lega apabila sudah meluahkan segalanya..mungkin esok QA akan cube memberikan sedikit pandangan..
kita terlalu leka bila ALLAH menyenangkan hati kita...ALLAH memberi apa sahaja yang kita mahukan..sewaktu meminta kepada-NYA...bersungguh-sungguh kita meminta..apabila ALLAH telah berikan...kita mula senyap dengan-NYA..tiada interaksi antara kita dengan-NYA..jadi ALLAH beri teguran dengan cara paling lembut...tapi kita memberontak dengan kasar..itu tidak adil..ini tidak patut..mulalah terjadi ketidak puasan hati dan sakit hati...lalu si hati mula merudum lesu..
teringat pesan abi ketika mula-mula QA berasa kecewa..."adik tahu cinta boleh menyakitkan...tapi adik taknak tahu kenapa cinta itu boleh menyakitkan..jadi,adik ambil risiko dengan bercinta pada usia yang semuda ini.."
sejak dari itu QA sentiasa menjaga hati agar luka yang telah dijahit dengan kekuatan dan ketabahan itu tidak akan terkoyak lagi..
jadi...pilihlah untuk bahagia luar dan dalam...bukan senyum diluar tapi hati renyuk-renyuk di dalam..usah hipokrit dalam kehidupan..kerana yang dalam tak dapat menipu diluar..

 Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]

teringat pula QA akan kata-kata ust Pahrol dalam blognya.."Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?” Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). "

haaaa...acane tuh..maksudnya begini..bila kite sesak dalam memikirkan masalah hati yang kecewa..lantas kita mengucapkan kalimah zikir iaitu subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..tapi kalimah itu bukan sekadar meniti di tepi bibir..hati kite peru rasai apa yang lidah kita tuturkan..contohnya allahuakbar..Allah Maha Besar..hati kita perlu merasai Kebesaran Allah SWT..begitu juga dengan perlakuan kite..perlulah mengakui kebesaran-NYA..inshaALLAH hati kita akan menjadi lebih tenang..

Jika rasa tenang itu seketika sahaja..maka teruskan dengan zikrullah itu...jangan pernah putus asa dengan-NYA..kerana dari-NYA sumber kebahagiaan kita..inshaALLAH..

Pada redup renung dan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia

Kembalilah pada hidup lebih bermakna



Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA 













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...