"ALLAH..kepada-MU aku mohon keredhaan..aamin.."
"You see, in the final analysis, it is between you and your GOD;
It was never between you and them anyway"
It was never between you and them anyway"
Bismillah…
Petang indah..…Subhanallah…langit seolah terbentang luas..kuasa-MU ALLAH tiada yang mampu tandingi…
Teringat kisah lama membuat hati tersenyum…ALLAH..terima kasih masih memeliharaku walau dulu suruhan-MU ku pandang sepi…
Bila dah susah baru tahu ALLAH itu ada..bila terluka baru fikirkan ALLAH itu ada..
“kenapa tak senyum harini..??”
“senyum dalam hati..”
“dalam hati tak Nampak..senyumlah..”
“takpe..sy senyum kepada PENCIPTA..kepada yang MAHA KUASA..yang mentadbir alam ini..”
Haaa..dialog siapa pulak QA ambik ni…hemm..QA baru sudah menghabiskan episode akhir perjalanan seorang mualaf dalam mengejar cinta ALLAH..ALLAH..besarnya cinta-MU buat hamba-MU…
Hari ni entri bout “MENCARI REDHA MANUSIA DALAM MURKA ALLAH..ATAU..MENCARI REDHA ALLAH..”
Teringat usai KEM IBADAH di Gopeng,Perak..adik-adik bertalu-talu memberikan soalan tentang apa yang belum mereka jelas..dalam banyak-banyak soalan adik-adik kem..satu soalan yang betul-betul membuatkan QA senyum..mungkin arah perjalanan si adik lebih kurang sama dengan QA..
“kak Ain..fiqa nak berubah..fiqa taknak berubah slow-slow..fiqa nak berubah terus..perubahan drastik..fiqa taknak tinggal yang wajib..fiqa nak amalkan yang sunat..fiqa nak pakai tudung labuh..fiqa nak pakai stoking…”
“Alhamdulillah..tapi kenapa nak drastik..?? taknak slow-slow”
“fiqa takut kak..ALLAH nak tarik kita kembali kepada-NYA pun drastik..tak lambat semnit..tak cepat seminit..kalau masa ALLAH tarik nyawa fiqa..time tu fiqa belum pakai stoking..fiqa belum pakai tudung menutup dada..yang fiqa dah buat time tu fiqa tak tinggal yang wajib je..fiqa taknak macamtu..fiqa taknak buat satu-satu..”
“SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR…teruskan niat fiqa tu..semoga ALLAH permudahkan..”
“tapi kak..fiqa malu dengan kawan-kawan..fiqa tau diorang akan mengata fiqa tengok fiqa berubah..”
“fiqa nak REDHA MANUSIA DALAM MURKA ALLAH ke..REDHA ALLAH..??”
“………”
Kehidupan kita sekarang lebih mementingkan REDHA MANUSIA DALAM MURKA ALLAH..REDHA ALLAH sudah tidak dipeduli lagi..mungkin sebab kita di bumi ini hidup dengan manusia..tapi kene ingat..yang menghidupkan kita ALLAH SWT..jadi mane yang penting??
Bagaimana REDHA MANUSIA dalam MURKA ALLAH..
Situasinya macamni..
“.. Ada seorang hamba ALLAH ni, kelas bermula jam 9 pagi, solat Subuh pukul 6 pagi tak bangun , tak buat pun. Tapi bila jam 8.40 pagi, kelam-kabut bangun mandi dan terus pergi kelas. Tak pelik ke? Kelas boleh pergi, tapi solat yang terang-terangan disebut dalam Al-Quran tentang kewajipan melaksanakannya tu boleh pula dipandang sebelah mata. Nak cari redha lecturer (keberkatan katanya..) tapi redha ALLAH terhadap kita dalam menunaikan kewajipan sebagai hambanya bagaimana? “
Macamtulah..kadang-kadang bile kite fikir balik..ehhh..kite ni takutkan ALLAH ke..takutkan manusia???..memang majoriti akan kate takutkan ALLAH..tapi..buktikan boleh??..
“pergi kelas tu kan dah jadik tanggungjawab student..tak pergi nanti kene merit..”
Betul statement tu..tapi SOLAT tu pun tanggungjawab dan PERINTAH ALLAH..
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah ibnu Samit (r.a) berkata:
‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda:
‘Lima solat yang mewajibkan Allah atas hamba-hambaNya. Maka barangsiapa datang (kepada Allah di akhirat kelak dengannya tidak kurang daripadanya sesuatu, tidak meremehkannya (yakni, meringankannya atau menganggap enteng akan solat-solat itu), maka sesungguhnya Allah mendatangkan baginya di hari qiamat nanti janji Allah bahawa dimasukkannya ke dalam syurga. Dan barangsiapa datang dengannya sungguh-sungguh kurang daripadanya sesuatu, meremehkannya dengan haqnya, tidak ada baginya di sisi Allah janji. Jika dikehendaki Allah diazabnya (maka diazabnya), dan jika berkehendakkan Allah mengampunkannya, (maka diampunkannya dosa-dosanya kerana meninggalkannya)’
[Hadith Ibnu Majah, Kitab Solat]
“SOLAT itu dah jadi tanggungjawab dan kewajipan kita menunaikannya..kalau tak solat..janji ALLAH pasti ada..”
Jadi..masih nak utamakan redha manusia ???
Redha manusia bakal berkekalan ke sampai akhirat??
Bukan maksudnya disini kelas yang wajib tu tak pergi takpe..tak boleh..itu tanggungjawab kita sebagai pelajar…maksudnya disini…kejar cinta ALLAH dahulu..cinta yang UTAMA..kalau cinta ALLAH pun kite taknak raih..agak-agak kite layakke dicintai penduduk bumi???
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia.”
Jom…kejar redha ALLAH..cari redha ALLAH..tapi dalam masa yang sama..elokkan perhubungan kite sesame manusia..insyaALLAH..cahaya cinta ALLAH akan lebih bersinar..
No comments:
Post a Comment