Segala pujian bagi ALLAH pentadbir Alam Semesta..selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW..
Assalamualaikum..sahabat-sahabat yang soleh dan solehah..moga kita sentiasa dalam redha ALLAH..apa khabar dengam iman kita???makin mantap...atau semakin pudar??ALLAHUAKBAR..ayuh..pergiatkan lagi untuk mencapai kemanisan iman..inshaALLAH..
terharu...sebak..gembira...seronok...lompat-lompat...hoore hoore..pelbagai rasa singgah di hati...rindu???usah diperkatakan...sungguh...diri ini amat merindui sahabat-sahabat di sana..akibat sekeping warkah...habis bertebaran rindu buat kesemua sahabat...terima kasih adik Aishah Humairah...ingatkanku tentang rasa itu...jika tidak kesibukan telah membuat ku melupakan rasa itu..
mungkin ku lupa??tidak sama sekali...kita seumpama orang yang dimabuk cinta..cincang lah..potonglah..leraikanlah...tali ukhuwah kami seakan utuh...kalis dari segala ancaman...kerana kami bersahabat kerana ALLAH..perpisahan kami juga kerana ALLAH...kerana ALLAH telah peringatkan kami tentang tanggungjawab kami di bumi-NYA ini..
*time kanak-kanak ribena di sekolah
dari satu sudut ku terkenangkan saat kita bersua...pasti usikan berlaku..kerana mungkin kemahiranku hanya mengusik..tapi mengusik bukan saja-saja..cuma ku inginkan pagi ku di isi dengan senyuman dari sahabat-sahabatku..adakalanya tersalah tingkah..merajuk dan tidak bertegur sapa adalah resmi sesuatu hubungan..tapi itulah yang indah...dan memperindahkan lagi kerana kami saling bermaafan..
dan suatu ketika ku berada di suatu fasa keindahan hidupku bila berada di jalan-NYA...bertemu dan berpisah dengan sahabat yang hebat...tutur kata memberi manfaat..dari satu kata ke satu kata penuh dengan isinya..umpama mengopek sebiji durian yang dalamnya penuh isi yang lazat..ukhuwah fillah..itulah yang sering diperkatakan...mungkin waktu itu belum saatnya ku mengerti..tapi kini..ALLAH lebih mengetahui..
Rencana ALLAH tu selalunya indah tanpa duka...di sini permulaan bagi sebuah kejayaan..di sini bertemu dengan insan yang tidak pernah kenal erti putus asa...bersama mengisi waktu agar waktu tidak dilompongkan dengan perkara yang sia-sia..bersama menjalin kasih dan sayang di saat memerlukan sokongan...walau berbeza dari segi budaya tetapi kerana ISLAM..kami boleh bersatu...kerana ISLAM itu bersaudara...itulah menjadi prinsip kami berukhuwah di sini..kerana disini kami hanya mempunyai saudara seakidah...pada mereka kami membantu...pada mereka kami meminta..kepada mereka kami mengadu..agar perasaan bagai sebuah keluarga itu wujud..
"Persahabatan sejati layaknya seperti kesihatan; Nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya "..itulah ayat yang sesuai untuk sahabat...tapi ku tidak mahu menjadi sahabat yang lambat menyedari akan hadirnya sahabat yang hebat begini...ku ingin sama-sama berjuang dalam agama-NYA..ku ingin ada saat dia sedang sulit..ku ingin selalu berdamping bersama sahabat..
sahabat...
"Jangan kamu berjalan didepanku, aku tak dapat mengikuti mu.
Jangan kamu berada di belakangku ,aku tak bisa Memimpinmu. Berjalanlah disampingku, jadilah temanku."
sahabat...dimana sahaja kamu berada..sungguh..aku cintakan sahabatku...aku rindukan sahabatku..ana uhibbukum fillah...syukran atas hadirnya kamu semua disisi insan yang kerdil ini...lambat dalam menggilap cita-cita..perlahan dalam memahami setiap jiwa...tapi janjiku..akan ku selalu bersama SAHABATKU..inshaALLAH
-dari sudut jauh merindui SAHABAT : Qurratun 'Ain-
No comments:
Post a Comment