Wednesday, June 6, 2012

jom jadik perigi cari timba


Ya ALLAH...permudahkan aku dalam setiap perkara..aamiin



"perigi mencari timba..salahkah kita mencari??..think positif awak..^__^"



Bismillah...


sambil-sambil menunggu classmate siapkan keje yang diberi (QA dah siap..)..gunekan kesempatan bila sensei keluar..mengupdate belog yang suram muram...syukran sahabat kerana sudi singgah belog QA yang tak setanding kecomelannya dengan belog anda...huwaaaaaa~


ukkeh..kenapa tajuk entri harini PERIGI CARI TIMBA???...mesti ade yg dok pikir-pikir yang QA tengah usha pakwe-pakwe hensem kat jepun ni kan???...heipppppp...tidak sama sekali...alhamdulillah..sampai sekarang niat dan tujuan QA di sini masih sama dan insyaALLAH QA takkan biarkan apapun menjadi penghalang niat dan tujuan QA disini...semoga ALLAH redha..insyaALLAH..


bila sebut soal perigi cari timba...otomatik fikiran kita akan terarah ke sudut negatif...macam-macam andaian dikeluarkan..maksud perigi cari timba juga difahami dengan maksud seorang wanita yang terhegeh-hegeh @ mengorat @ merisik seorang lelaki...kiranya wanita tu gentlewoman...sbb ape dikatakan perigi cari timba??..sebab lelaki rasa terancam dan hilang sifat gentleman beliau..hahahah~ukkeh..QA gurau.. -_-"


tapi QA tanak share ilmu tentang kisah cintan cintun lalu meruntun...tapi QA cuba cari arah positif perigi cari timba dari segi pencarian ilmu insyaALLAH..asik cerita cintan cintun...lame-lame sahabat pon diangaukan dengan makhluk bernama cinta pulak kan???...heeeeeee ^__^


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." 


kenapa QA kate mencari ilmu adalah perigi cari timba???...sebenarnya QA sedang mempositifkan peribahasa ini...kita kene hilangkan fikiran negatif agar kita dapat menjadi manusia yang positif dan akan sentiasa redha dengan ketetapan dari ALLAH SWT..insyaALLAH...kita boleh menganggap yang kita ni sebagai perigi...dan timba itu seperti ilmu...ilmu ada dimana-mana sahaja...tetapi ilmu tidak akan datang sendiri kalau kita tidak mencari...macamtulah jugak dengan perigi..timba ada pelbagai jenis terdapat di sekeliling perigi..tapi perigi harus bijak sepadankan dirinya dengan timba supaya memudahkan pengambilan air dari perigi...got it???..


kita di zaman dunia di hujung jari ni teramat-amatlah malas...maklumlah...semuanya di hujung jari...nak makan nasi..tekan je rice cooker..nak air..masuk duit tekan pilihan air...nak berhubung dengan manusia..tekan je handphone canggih tu...nak bersua muka..tekan je webcam...bersekaip lah sampai ke subuh...makanya...qiam entah kemana...subuh pun agaknya entah kemana...


kalau kita bijak menggunakan kelebihan yang ada pada zaman ini..insyaALLAH kita takkan jadi hamba ALLAH yang alpa kepada dunia...haaaa...macamane???..gunekanlah IT dengan merujuk tentang ilmu...facebook pon boleh mendatangkan ilmu jika kita bijak memilih kawan di facebook...carilah sahabat yang selalu berkongsi ilmu agama di facebook...jangan asyik tengok kehenseman dan kecantikan kawan-kawan di facebook tu je..kecantikan luaran takkan kekal lama..


Para sahabat dan solafus soleh di zaman Rasulullah SAW dahulu berjuang mencari ilmu hingga ke titisan darah mereka yang terakhir..sebab tu orang kate...selagi hidup..kita timba ilmu..seimbangkan ilmu dunia dan akhirat supaya kita tak loser di akhirat nanti..


come..QA share sedikit siapa sahabat dan solafus soleh yang dimaksudkan..


AL NAISABURI.....membaca kitab Sahih Muslim sebanyak 100 kali.

IBN SINA...membaca buku Al Farabi sebanyak 40 kali.

IBN Hazim...selepas semua bukunya terbakar,beliau mula menulis kembali melalui apa yang di ingat dan di hafalnya.

QATADAH.....menghafal buku seberat kaldai.


AL SYA'BI berkata, Aku tidak pernah menuliskan tinta hitam ke atas kertas putih tentang sesuatu ilmu kecuali aku menghafalnya terlebih dahulu.

SUFYAN AL TSAURI....berdiri lama untuk solat sampai ke pagi

IBN MUBARAK...mengulangkaji dan menghafal hadis sampai ke pagi sambil berdiri.

MUHAMAD AL AMIN AL SYINQITHI...meneliti satu permasalahan selama sehari semalam.


ABU HANIFAH...menjual perabot rumahnya untuk pergi mencari ilmu.

SUFYAN AL TSAURI...sanggup berlapar selama tiga hari kerana mencari hadis.

IMAM NAWAWI selalu belajar,menulis,menghafal,solat dan bertasbih. Apabila mengantuk,beliau tidur sebentar sambil duduk.


IMAM GHAZALI....telah menghafal AlQuran pada usia 6 tahun. Menjadi ulamak besar yang mengajar ulamak seluruh negara pada usia 9 tahun.

IBN HIBBAN..meriwayatkan hadis daripada dua ribu orang syeikh. Mengarang kitab soheh hingga menjadi kitab yang menakjubkan. Beliau menguasai banyak ilmu sehingga menjadi 'bintang' pada
zamannya.

ABU ISHAQ AL SYIRAZI....mengulang ulang pelajarannya sebanyak seratus kali dan mempelajari setiap qiyas sebanyak seribu kali dan menulis seratus jilid buku.

IBN AL ANBARI....sepanjang hidupnya pernah menghafal 400 tafsir.


ABU HURAIRAH ...menghafal sebahagian besar hadis dan membahagikan malamnya kepada 3 bahagian.. satu pertiga yang pertama : belajar. satu pertiga yang kedua: solat.
satu pertiga yng ketiga: tidur.

AHMAD BIN HANBAL....berjalan sejauh 30 000 batu untuk mencari hadis. Menghafal sejuta atsar. Mewariskan 40 000 hadis dalam Musnad.

JABIR BIN ABDULLAH....sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata mata mencari satu hadis.



ukkeh...itulah antara sahabat dan solafus soleh yang berjuang dalam menimba ilmu..kita bagaimana???baru bukak satu muka surat kitab dah menguap lebih dari sepuluh kali...astaghfirullah...moga ALLAH permudahkan urusan kita semua..insyaALLAH.."orang dahulu mencipta kejayaan dengan menakluk dunia..kita bagaimana sahabat???...


lagi satu...dari kecil lagi kita sudah terbiasa dengan kata-kata seperti "menuntut ilmu biarlah hingga ke negeri china"...kita dah terbiasa dengan kata-kata itu...tapi kita umpamakan seperti angin lalu sahaja..masuk telinga kanan...keluar telinga kiri..kita tidak ambil sebagai kata-kata semangat dalam menuntut ilmu..QA ambil kata-kata itu sebagai suatu impian QA...QA nak carik ilmu bukan di tempat QA sahaja...malah kalau ALLAH panjangkan umur...ALLAH tingkatkan rezeki..nak saja QA pergi seluruh dunia untuk mengutip ilmu yang tersebar..


jadi..permulaannya alhamdulillah QA sudah menapak setapak kehadapan dalam menggapai impian QA tu..teringat kata-kata dari seorang ustaz ketika sekolah dulu.. "Terdapat dua cara kita untuk menyebarkan cahaya iaitu menjadi lilin atau menjadi cermin yang memancarkan ke segenap sudut.Jadilah seperti cermin.."..jadi kekuatan QA untuk menuntut ilmu datang dari kata-kata itu..menjadi cermin dalam menuntut ilmu....


ukkeh sahabat...sampai di sini dahulu QA share ilmu yang sedikit QA ade..mohon kalau ada salah silap QA dalam menyebarkan ilmu harap sahabat-sahabat dapat tegur..insyaALLAH kita sama-sama memperbaiki diri dalam mengejar ilmu..wallahualam bissawab.. ^__^





2 comments:

  1. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 97 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...syukran ya Fariz reza...insyaALLAH nanti ana tinggalkan link..

    insyaALLAH..ukhuwah fillah abadan abada.. ^__^"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...