Thursday, June 14, 2012

abi...ai shi teru


"ALLAH...peliharalah hati-hati kami..aamiin"



"Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
  merasakan kepedihan yang tercermin di mata
                Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
                   Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia."
~Mata Ayah :Usman Awang~


Bismillah..


ting tong...kembali lagi..heeeee~..QA baru lepas borak dengan abi petang tadi...sempatlah bersekaip...sebelum ni abi dop reti bersekaip nih...tapi alhamdulillah..seronok dapat tengok wajah abi yang kacak lagi hensem tu...kalau bab-bab kacak..abi memang first class punye kacak...kalah Aaaron Aziz tahu!!..heeee ^__^..ALLAH..jagekan abi untukku..teringat dialog petang tadi bersama ayahnda tercinta..


"adik dah ade pakwe ke kat sane.."


"ehhhh..pakwe adik abi ngn abg je..pastu takde dah..tak hensem"


"carilah sorang buat menantu abi ni..balik nnti bawak ye.."


"errr...abi cariklah..biar hensem kacak macam abi..perangai first class mcm abi.."


"kalau takde??"


"carik yang hensem kacak macam abang...perangai first class mcm abang"


"demand!! malas abi nak cakap pasal ni.."


"hekhekhekhek.."



..itulah topik abi kalau dapat berbual dengan QA...maaflah abi..puteri mu ini masih belum lelah mengejar impian supaya dapat membalas sedikit jasa abi yang terlalu banyak pengorbanannya untuk anakmu ini...bukan tidak mahu berfikir soal jodoh...tapi sekadar berehat sebentar dari memikirkannya..insyaALLAH lepas ni anakmu ini akan berusaha mencari ADAM yang suke benoo main nyorok-nyorok..then,sampai masenye kalau jodoh itu malu nak datang minang adik..kita pergi je minang dia..ok kan abi???...heeeee... ^__^"


hemmm...bile berjalan-jalan di bandar Tokyo ni..seronok bila tengok si anak dan si ayah..pelbagai karenah yang dapat QA lihat....sebab itu rasa rindu dengan abi semakin membuak...dan tiap kali rindu..pasti QA mesej abi menyatakan rasa rindu itu...agar abi tahu anaknya ini sentiasa meletakkanya di hati ini selepas ALLAH dan RASULULLAH SAW..


ukkeh...sempena QA tengah merindui abi dan mama di Msia sana tu...QA seronok nak kongsikan cerita tentang Kisah Nabi Sulaiman AS dan pemuda yang berbakti kepada orang tuanya..insyaALLAH..moga-moga kita dapat manfaat bersama..


Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal.

Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”.

Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian.

Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”.

Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman.

Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah.

Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?”

Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”.

Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya.

Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu suasana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang.

Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”.

Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya.

Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.



...ukkeh..lepas bace kite muhasabah balik diri kita ni..kat mane tahap kita di sisi ALLAH..adakah kita anak yang taat akan kedua ibu bapa atau tidak..


..semoga kita semua peroleh manfaat dengan kisah yang menakjubkan..sesunggunya ALLAH itu Maha Mendengar..Maha Melihat..dan Maha Pengampun..dan kita harus ingat..doa dari kedua orang tua kita adalah antara doa orang yang ALLAH makbulkan..sampai sini je entri QA malam ni..tegurlah QA jika ada silap..dalam berukhuwah harus saling menegur jika berlakunya kesilapan..insyaALLAH>>



Ayah
Terima kasih di atas segalanya
Kau tidah pernah mengeluh
Malah sentiasa tersenyum
Walau digamit keperitan

Ayah 
Kini segala pengorbananmu
Hampir terbalas
Anakmu kini berjaya ke menara gading 

Dan percayalah
Akan kujunjung setiap pengorbananmu itu
Yang pasti aku tak pernah lupakanya

Dan kini
Aku begitu merinduimu
Walaupun kita berjauhan
Kerna aku perlu meneruskan perjuangan ini
Demi masa depanku dan harapanmu

Namun percayalah ayah
Anakmu dirantauan ini
Tidak pernah sesekali melupakanmu
Dan percayalah aku begitu menyayangimu.
dari puterimu abi... ^__^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...