“kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (azam), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertakwkkal kepadaNya”
(Surah Ali Imran : 159).
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Selawat dan salam buat Rasulullah SAW..alhamdulillah syukur nikmat atas segala nikmat yang Allah curahkan buat hamba-Nya yang kerdil..moga Allah redha..
Pagi ni, lepas kelas QA duduk di cafe untuk menyiapkan beberapa hal dan mengupdate azam mingguan sambil ditemani classmate dari Turki, Reyhan Sevgi namenye..cadangnya nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat Muslim Student Community tentang isu aurat seorang muslimah..sementara menanti sahabat2 yg lain, QA sibuk menaip dan memikirkan apa yang ingin QA capaikan sepanjang minggu ini??..ianya lebih berkisar kepada pelajaran QA dan juga amal ibadah QA..sungguh banyak yang perlu dibaiki dengan diri ini..banyak lompong2 kosong yg perlu dibaiki..moga Allah redha..
"mengapa awak perlu membuat azam setiap minggu?? bukankah orang berazam setahun sekali??berazam seminggu sekali bukankah sesuatu yang seukar dan terlalu rumit??"
hamboi...si cantik Reyhan dah bagi QA soalan dengan sekali lafaz..QA senyum melihat gadis cantik kelahiran Turki..teringat QA sewaktu mula mencri redha Allah..sewaktu ujian datang tanpa henti...sewaktu jiwa benar-benar kosong..sewaktu semua perkara diambil remeh..waktu itu, QA tak pernah meletakkan azam sebagai suatu perkara yang serius..QA sekadar meletakkan azam sebagai suatu adat bila masuknya permulaan tahun baru..azam yang dibuat juga jarang untuk QA capai..
Memang benar ada yang berazam setiap pembukaan awal tahun..tapi bagi QA..azam setiap awal pembukaan tahun baru itu adalah satu azam yang besar..dan azam mingguan atau bulanan adalah satu perkara atau proses untuk mencapai azam yang besar...ehhhh..macam tak paham je kan QA ni?
"Azam biar JELAS.." itu yang pernah ayah berpesan pada QA..bagaimana azam itu perlu jelas??
contoh azam yang tidak jelas :-
- Nak lebih berjaya
- Nak lebih bahagia
- Nak jadi solehah
Ini antara azam yang tak jelas..kenapa tak jelas eh?? bila kita sebut azam kita adalah untuk lebih berjaya..sejauh mana kita mampu ukur kejayaan kita??dari segi apa kita mahu berjaya?? sejauh mana kita mahu untuk berjaya??jika kita kata kita mahu lebih bahagia?? adakah sekarang kita dah cukup bahagia?? bila masa kita dapat lebih kebahagiaan tu?? sejauh mana kebahagiaan yang ada sekarang dan bagaimana mahu lebih bahagia?? banyak persoalan akan bermain dalam fikiran kita bila kita berazam sesuatu yang tak jelas..kita akan fikir ianya sukar untuk kita capai dan azam akan menjadi adat sahaja di tahun baru bila jarang azam dapat dicapai..
Bagaimana dengan azam yang jelas??
contoh azam yang jelas
- nak lebih berjaya dalam peperiksaan dengan pointer 3.88
- nak mempersediakan diri untuk pernikahan
- nak istiqamah dalam amalan sunat
azam yang jelas adalah azam yang dibuat secara teliti..tentang apa yang kita mahukan...membuat azam dengan mahukan pointer yang tinggi dalam peperiksaan akhir adalah azam yang jelas..bila azam dirancang, ditulis dan kita tampal di tempat yang sentiasa kita lihat..ianya akan lebih membantu..bila kita membaca azam yang kita tulis, kita akan lebih berusaha..jika kita berazam untuk dpatkan pointer yang tinggi..otomatik, bila tengok azam yg ditulis..kita akan berusaha lebih dalam study dan tekun dalam tugasan...begitu juga dengan azam yang lain..dan kita perlu sentiasa update dengan azam kita, maksudnya kita perlu ambil tahu proses kita dalam mencapai azam kita..kalau kita berazam nak istiqamah dlm amalan sunat, kita perlu update sekerap mana kita dapat buat amalan sunat, dan jenis amalan sunat yang macamane yg kita dpt buat??
lastly, tentang azam mingguan...
contoh azam bulanan:-
azam tahunan : nak lebih berjaya dalam peperiksaan tahun akhir dengan pointer 3.88
azam mingguan : test and quiz perlu score 92% keatas
azam tahunan : nak mempersediakan diri untuk pernikahan
azam mingguan : takleh tinggal majlis ilmu
azam tahunan : nak istiqamah dalam amalan sunat
azam mingguan : teruskan dhuha
Jumaat baca Khafi
gitu deh azam mingguan..satu proses dalam mencapai azam tahunan dan inshaAllah azam tahunan dapat dicapai..kalau kita buat azam yang tak jelas..kita akan rasa malas nak capai..sebab takde motivasi dalam azam yang ditulis itu..ianya sekadar adat di tahun baru...berazam biarlah jelas, supaya kita akan jelas dalam merancang masa hadapan kita..dan dengan berazam jugak kita dapat tengok sejauh mana kematangan kita dalam merancang masa hadapan..orang2 berjaya juga selalunya berazam sepuluh tahun kedepan..
Muhasabah diri mempunyai beberapa kelebihan kepada individu muslim. Orang yang sentiasa bermuhasabah akan sentiasa menginsafi kesalahan dan kekurangan lantas akan melakukan perubahan ke arah kebaikan. Secara tidak langsung apabila seseorang merasakan kelemahan dirinya, pasti dia akan cuba merangka strategi memperbaikki diri supaya kekurangan itu tidak selama-lamanya ada dalam dirinya. Ini hanya boleh dilakukan dengan menjauhkan perasaan ego dan sombong dalam diri. Jika fikiran, perasaan dan minda dikuasai perasaan bahawa dirinya baik tanpa kekurangan, maka selama itulah tiada perubahan yang dapat dilakukan ke arah pembaikkan diri yang lebih sempurna.
Maka, apabila semua kaedah ini dilaksanakan dengan baik, InsyaAllah azam yang tersemat di hati, yang dipasak kukuh di sanubari di awal tahun pasti akan menjanjikan kejayaan dan terlaksana dengan izin Yang Maha Esa.