Wednesday, July 2, 2014

Akhir Sang Perantau

Berada di Perantauan..
aku sedang membetulkan jalan...
agar tak mudah tempang di hembus angin ujian..
agar tak mudah terduduk dicerca fitnah..
aku mahu kembali kepada Tuhan..
dalam keadaan aku beriman...


Pernah mereka bertanya..
bagaimana kau disana...
belajarkah atau sekadar bergembira..
mencari tempat kebebesan jiwa..

Pernah juga mereka berkata..
kalau di bumimu sendiri engkau sering futur..
mana mungkin di bumi orang kau mampu teguh..
sudah pasti kau tersungkur..

Jalan aku dan kamu pasti berbeda..
kerna Allah sudah mengaturkannya..
tapi tujuan kita tetap sama..
menghadap Pencipta bila sampai masa..


aku pandang kedepan...
jalan yang sempit sedang aku lalu..
membawa satu harapan yg teguh..
mahu tetap di jalan yang lurus..

aku sedang beristiqamah...
sedang terus menyemai cinta buat Pencipta..
walau tangan tertusuk teruk duri fitnah..
walau hati parah dihiris benci manusia..

aku pandang satu hal...
pada jalan yang sukar..
bahagia pasti mekar..

ku pejamkan mata dan lalui segala hal..
aku sudah nampak apa mahuku..
aku sedang menuju kepada Tuhanku..

Jalan istiqamah sedang aku perhebatkan...
lompong-lompong kosong sedang aku tampal..
moga Allah terima hamba penuh dosa ini..

Jauh di sana aku terlihat keluargaku,...
adakah aku masih bisa bertemu..
atau bertemu setelah pengakhiranku..

Oh Tuhan...
aku sedang menuju kepada-Mu..
peliharalah keluargaku...
moga cintaku terus bersama sampai Jannah-Mu..

Episod sang perantau sudah sampai pengakhirannya..
Moga indah bak tulip mekar di pengakhirannya...
Maafkan andai sering luka..
aku juga insan biasa...
tak lepas dari leka..

-Ramadhan4-





Tuesday, January 28, 2014

Berazam biar Jelas


“kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (azam), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertakwkkal kepadaNya” 
(Surah Ali Imran : 159).



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Selawat dan salam buat Rasulullah SAW..alhamdulillah syukur nikmat atas segala nikmat yang Allah curahkan buat hamba-Nya yang kerdil..moga Allah redha..

Pagi ni, lepas kelas QA duduk di cafe untuk menyiapkan beberapa hal dan mengupdate azam mingguan sambil ditemani classmate dari Turki, Reyhan Sevgi namenye..cadangnya nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat Muslim Student Community tentang isu aurat seorang muslimah..sementara menanti sahabat2 yg lain, QA sibuk menaip dan memikirkan apa yang ingin QA capaikan sepanjang minggu ini??..ianya lebih berkisar kepada pelajaran QA dan juga amal ibadah QA..sungguh banyak yang perlu dibaiki dengan diri ini..banyak lompong2 kosong yg perlu dibaiki..moga Allah redha..

"mengapa awak perlu membuat azam setiap minggu?? bukankah orang berazam setahun sekali??berazam seminggu sekali bukankah sesuatu yang seukar dan terlalu rumit??"

hamboi...si cantik Reyhan dah bagi QA soalan dengan sekali lafaz..QA senyum melihat gadis cantik kelahiran Turki..teringat QA sewaktu mula mencri redha Allah..sewaktu ujian datang tanpa henti...sewaktu jiwa benar-benar kosong..sewaktu semua perkara diambil remeh..waktu itu, QA tak pernah meletakkan azam sebagai suatu perkara yang serius..QA sekadar meletakkan azam sebagai suatu adat bila masuknya permulaan tahun baru..azam yang dibuat juga jarang untuk QA capai..

Memang benar ada yang berazam setiap pembukaan awal tahun..tapi bagi QA..azam setiap awal pembukaan tahun baru itu adalah satu azam yang besar..dan azam mingguan atau bulanan adalah satu perkara atau proses untuk mencapai azam yang besar...ehhhh..macam tak paham je kan QA ni?

"Azam biar JELAS.." itu yang pernah ayah berpesan pada QA..bagaimana azam itu perlu jelas??

contoh azam yang tidak jelas :-

- Nak lebih berjaya
- Nak lebih bahagia
- Nak jadi solehah

Ini antara azam yang tak jelas..kenapa tak jelas eh?? bila kita sebut azam kita adalah untuk lebih berjaya..sejauh mana kita mampu ukur kejayaan kita??dari segi apa kita mahu berjaya?? sejauh mana kita mahu untuk berjaya??jika kita kata kita mahu lebih bahagia?? adakah sekarang kita dah cukup bahagia?? bila masa kita dapat lebih kebahagiaan tu?? sejauh mana  kebahagiaan yang ada sekarang dan bagaimana mahu lebih bahagia?? banyak persoalan akan bermain dalam fikiran kita bila kita berazam sesuatu yang tak jelas..kita akan fikir ianya sukar untuk kita capai dan azam akan menjadi adat sahaja di tahun baru bila jarang azam dapat dicapai..

Bagaimana dengan azam yang jelas??

contoh azam yang jelas

- nak lebih berjaya dalam peperiksaan dengan pointer 3.88
- nak mempersediakan diri untuk pernikahan
- nak istiqamah dalam amalan sunat 

azam yang jelas adalah azam yang dibuat secara teliti..tentang apa yang kita mahukan...membuat azam dengan mahukan pointer yang tinggi dalam peperiksaan akhir adalah azam yang jelas..bila azam dirancang, ditulis dan kita tampal di tempat yang sentiasa kita lihat..ianya akan lebih membantu..bila kita membaca azam yang kita tulis, kita akan lebih berusaha..jika kita berazam untuk dpatkan pointer yang tinggi..otomatik, bila tengok azam yg ditulis..kita akan berusaha lebih dalam study dan tekun dalam tugasan...begitu juga dengan azam yang lain..dan kita perlu sentiasa update dengan azam kita, maksudnya kita perlu ambil tahu proses kita dalam mencapai azam kita..kalau kita berazam nak istiqamah dlm amalan sunat, kita perlu update sekerap mana kita dapat buat amalan sunat, dan jenis amalan sunat yang macamane yg kita dpt buat??

lastly, tentang azam mingguan...

contoh azam bulanan:-

azam tahunan : nak lebih berjaya dalam peperiksaan tahun akhir dengan pointer 3.88
azam mingguan : test and quiz perlu score 92% keatas

azam tahunan : nak mempersediakan diri untuk pernikahan
azam mingguan : takleh tinggal majlis ilmu 

azam tahunan : nak istiqamah dalam amalan sunat
azam mingguan : teruskan dhuha
                         Jumaat baca Khafi

gitu deh azam mingguan..satu proses dalam mencapai azam tahunan dan inshaAllah azam tahunan dapat dicapai..kalau kita buat azam yang tak jelas..kita akan rasa malas nak capai..sebab takde motivasi dalam azam yang ditulis itu..ianya sekadar adat di tahun baru...berazam biarlah jelas, supaya kita akan jelas dalam merancang masa hadapan kita..dan dengan berazam jugak kita dapat tengok sejauh mana kematangan kita dalam merancang masa hadapan..orang2 berjaya juga selalunya berazam sepuluh tahun kedepan..

Seperkara yang penting juga dalam merealisasikan azam suatu kenyataan ialah sentiasa membuat penilaian dan muhasabah secara berterusan agar perancangan dan perlaksanaan tidak lari serta tersasar dari matlamat yang ingin dicapai.

Muhasabah diri mempunyai beberapa kelebihan kepada individu muslim. Orang yang sentiasa bermuhasabah akan sentiasa menginsafi kesalahan dan kekurangan lantas akan melakukan perubahan ke arah kebaikan. Secara tidak langsung apabila seseorang merasakan kelemahan dirinya, pasti dia akan cuba merangka strategi memperbaikki diri supaya kekurangan itu tidak selama-lamanya ada dalam dirinya. Ini hanya boleh dilakukan dengan menjauhkan perasaan ego dan sombong dalam diri. Jika fikiran, perasaan dan minda dikuasai perasaan bahawa dirinya baik tanpa kekurangan, maka selama itulah tiada perubahan yang dapat dilakukan ke arah pembaikkan diri yang lebih sempurna.

Maka, apabila semua kaedah ini dilaksanakan dengan baik, InsyaAllah azam yang tersemat di hati, yang dipasak kukuh di sanubari di awal tahun pasti akan menjanjikan kejayaan dan terlaksana dengan izin Yang Maha Esa.


Monday, January 13, 2014

Insyirah setenang namanya..

Bismillah..Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani jiwa hamba-hamba-Nya..selawat dan salam buat Baginda Rasulullah s.a.w..alhamdulillah atas segala nikat yang Allah berikan..

Semester break lepas QA bercuti kat M'sia..Allahurabbi..seronok yang amat seronok..dapat jumpa keluarga yang asyik dok rindu rinduan...alhamdulillah..rutin wajib bila balik m'sia, QA akan melawat 'rumah kedua' a.k.a hospital tempat QA dapatkan rawatan semasa di m'sia..menziarahi sahabat..menziarahi adik-adik yang kuat..tabah..

kali ni QA sempat berkenalan dengan sorang adik perempuan..baru 7 tahun..atas penerangan doktor..kesihatan adik ni sangat tak stabil..tak dapat aktif macam kawan2 sebaya..kalau lebih aktif..adik ni akan jatuh pengsan..jantungnya tak stabil..saluran semakin sempit...sekecil itu wayar dan tiub sudah lali untuknya..Allahurabbi..tapi adik ni suka senyum..suka menyantuni orang..QA cuba mendekati adik itu..

"nama kite Nur Insyirah Bt Fauzi..kakak panggil kite syira je..umur 7 tahun..ummi kate kite sakit sejak umur 5 tahun.."

"syira rasa sakit ke kt dada??"

"sakit..tapi ummi kate sakit kejap je..nanti kat syurga semua tak rase sakit..betulkan kakak??"

"betul cakap ummi syira..syurga tu indah..takde kesedihan..kesakitan.."

"kakak pon sakit kan??nanti kat syurga..kakak ngn syira tak sakit lg.."

senyum...dan senyum lagi..seawal umur 7 tahun..Insyirah tahu tentang ujian itu datang dari Allah yang punya segala...bercakap tanpa mengeluh...senyumnya membuatkan orang rasa tenang..petah bicaranya membuatkan QA tak berhenti senyum..

"syira tau maksud nama Insyirah??"

"tau..Insyirah maksudnye berlapang dada..ayah suruh syira ingat maksud nama syira n suruh syira sentiasa tenang dengan ujian Allah.."

ayat 5 dari surah Al - Insyirah, "Fa inna ma'al 'usri yusra". Yang membawa maksud "kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan"..Sungguh...setiap kesulitan itu ada jalan keluarnya..dan setiap penyakit ada penawarnya..

Allah menutup surah Al Insyirah ini dengan sepotong ayat .."Wa ilaa rabbika farghab" yang membawa maksud.. "dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap"..Allah tempat kita bergantung harap...kepada Dia untuk kita mengadu..Dia takkan pernah meninggalkan hamba-Nya...tetapi hamba-Nya seringkali lalai dan lupa akan Penciptanya..

"Syira selalu doa dan ngadu kt Allah??"

"selalu..kalau sakit sangat syira cakap kat Allah macamni.."Allah..syira sakit...syira mintak tolong Allah kurangkan sakit syira ye..nanti ummi ayah sedih".."

QA terkedu dengan doa Insyirah..jarang sekali kita mengadu bile kesakitan menimpa..yang selalu keluar dari mulut kita.."aduhhh..sakitnya..."..."makkkk..sakittt!!.."..sungguh kita tak sedar atau jarang menyedari nikmat kesihatan dan kesakitan itu datang dari Dia..Dia berhak keatas diri kita..

sebelum QA balik..syira mengusap perlahan belakang QA sambil berkata..

"kakak...syira tau kakak sakit..tapi kakak kuat kan??ayah ummi selalu suruh syira ingat Allah bila sakit..kakak pun ingat Allah ye.."

QA senyum dengan kata-kata Insyirah..sebelum kelua dari wad Insyirah..sempat QA berjumpa dengan ummi dan ayah Insyirah...dua insan yang hebat yang dapat menenangkan hati anaknya untuk redha dengan ujian Allah..yang mengajar anaknya supaya terus bersyukur..

"Insyirah anak akak satu-satunya Nur..akak tak boleh mengandung lagi..Allah bagi ujian dengan kesakitan Insyirah..hati ibu mana tak hancur..tapi akak tahu..zuriat tu rezeki dan nikmat...dan zuriat juga sebagai ujian..akak dan ayah insyirah redha dengan apa yang Allah beri..dan kami redha jika Allah ambil Insyirah semula.."

QA sekadar membalas untuk membuat jiwa ibu itu tenang..

"Allah mendidik dengan penuh hikmah..setiap perkara ada sebab..setiap sakit ada penawarnya..setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..Allah takkan beri kalau akak tak mampu..Allah dah tunjukkan pada sy..hasil didikan akak dan ayah Insyirah, sy kagum..Insyirah cerdik..petah...setiap kata-kata yang keluar ada pengajaran untuk sy..Allahuakbar..

QA keluar dari wad tu membawa pelbagai pengajaran yang diambil dari petahnya kata-kata si kecil Insyirah..redha akan ujian dari Allah..itu yang QA pegang sungguh2...bila sakit dan sehat ingat Allah sokmo2..sentiasa mengadu dengan-Nya..

Matlamat kita ada di dunia ini adalah satu...untuk berpindah dari alam dunia ke alam akhirat...tetapi bagaimana persediaan kita untuk berpindah itu terpulang kepada sejauh mana kesedaran kita tentang singkatnya hidup kita di dunia ini..kalau kita berpindah dengan sehelai sepinggang..mana mungkin kita mampu survive kan???...jadi kumpul sebanyak mungkin bekalan...Jannah Allah itu indah...subhanallah..

Friday, January 10, 2014

Abang sahabat terbaik


Assalamualaikum...syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan..yang Allah sediakan..tiada satu sebab untuk kita mendustakan nikmat-Nya..Allahurabbi..

"Muaz dah pandai senyum sekarang ni.."

Muaz...sikecil buah hati abang QA..baru lagi melihat dunia..dengan izin-Nya..comel..hensem..mahu saja mencium lama wajah si kecik yg tulus suci itu..

"abang..bisik kat Muaz..Ucu Muaz rindu Muaz sesangattttttt!!..nanti ucu balik kite beli mainan bebanyak..yeayy!!"

Allahurabbi....tak terhitung rindukan keluarga di Msia..mahu sahaja tempah tiket pulang sesegera mungkin..tapi teringatkan tanggungjawab masih belum diselesaikan..Allah..sabarlah duhai hati..untuk senang dunia akhirat jalannya bukan mudah..biarlah susah..biarlah perih..biarlah kurang rehat..moga-moga segala senang lenang dapat di syurga-Nya nanti..inshaAllah.

"adik...abg dah ada kak aufa dan yang terbaru si Muaz..alhamdulillah..cepat sangat masa tu berjalan..selalu abg throwback ingat time kite kecik2..sekarang adik abg selalu dok jejauh..tak boleh nk buli..hehe"

QA senyum lagi...mengingatkan masa lalu membesar bersama seorang abang..umur setahun berbeza membuatkan kami rapat benar...apa yang abang buat..QA pasti ikot buat...dengan siapa abang berkawan..otomatik dia juga kawan QA..


"mama..adik nak ikot abang pegi tadika ye??"

abang waktu tu dah berumur 6 tahun..QA baru 5 tahun..masa tu mama abi memang tak galakkan kami mula tadika umur 5 tahun..takut kami bosan tadika sampai 2 tahun..tapi bagi QA..QA nak ikot abang...nanti abang sekolah QA tggal dgn mama..kakak n kakngah dah besaa, diorang tanak main dgn QA..tapi mama n abi tetap tak bagi QA ikot abang ke tadika.Tapi untuk memuaskan hati ni..setiap pagi QA mesti ikot mama hantar abang pegi tadika..macam gambar kat atas ni..abang yang akan pimpin QA..

"adik..pegang tangan abg elok-eloklah..nanti adik jatuh.."

walaupun masih kecik..QA tahu abang memang sentiasa bersifat melindungi..kata abang..QA ni adik dia satu-satunya..mana mungkin dia sanggup lihat adik dia ni sakit..jatuh..kecewa..selagi mampu abang melindungi QA..abang akan cuba melindungi QA..

Bila dah masuk darjah satu...baru QA rasa suka sangat sebab dapat sekolah dengan abang..sampai di sekolah, abang akan hantar QA di depan pintu kelas QA..dan balik abang akan ambik QA di kelas QA jugak..kalau2 abang lambat, QA sendiri akan tunggu abang dkat kelas abang..Bila bulan puasa, mula belajar puasa penuh start darjah satu..aduhaiiii..perut cepat sakit..bila perut sakit..terus ke kelas abang nak mengadu..nanti abang bawak pergi kantin..tapi tak terus makan..kene kol mama bgtahu tak larat nak puasa..abang akan ambik kerusi kantin dan panjat untuk kol mama..hehehe..pendek time tu..

"mama..adik tak larat puasa..abang bawak adik beli makanan kat kantin..pastu abang pon tak larat puasa.."

heeeee..agenda abang memang terbaik..Bila balik sekolah QA memang selalu comot-comot..tambah2 bila pakai tudung..darjah satu memang tak pandai nak jaga kebersihan lagi..dengan kain tudunglah QA buat lap mulut...lap tangan..haihhhh..sampaikan mama tak bagi pakai tudung sampai QA dah betul2 pandai jaga kebersihan..darjah dua baru pakai tudung ke sekolah..selalunya balik memang mama selalu marah2 bila tudung comot..sampaikan abang cakap dengan mama..

"mama nak tau adik makan apa kat sekolah harini??..senang je..mama tengok kt tudung adik..kalau ade kotor coklat..adik makan donat coklat..kalau ada sos, adik makan nugget le tu.."

cehhhhhh...baik punye perli si abang ni...bila malam kami mengaji same2 dekat rumah nenek jiran kami...mengaji sama level..kalau QA or abang terlebih sikit..mesti kene fight balik untuk sama level..heeee..macam main candy crush pulak..Quran pon same..beza warna je..QA pakai warna biru..abang pakai Quran merah..

Quran ni QA bawak sampai Tokyo ni haaa..sejadah kami pon abi belikan corak yang sama tapi warna lain2..sejadah QA warna biru..abang warna merah..ehhhh..dah macam upin ipin je..hehehe..memang abi suke belikan untuk kami dua warna ni..tapi QA pon tak pasti cemane QA jadik suke warna pink..eheh..faktor keperempuanan mungkin..bila abi belikan abang kapal terbang mainan..QA dapat helikopter..kalau beli tamiya..QA pon mesti dapat..kebanyakan mainan QA dari kecik mainan lelaki..kalau abi belikan QA anak patung macam barbie tu..esoknya kompem barbie tu botak dikerjakan abang..haihhhh..abang memang tak senang hati kalau QA ade mainan perempuan..

cuti aidilfitri lepas balik m'sia..sempat QA kemas barang2 lama masa kecik2 dulu..terjumpa pemadam yang belambak-lambak..memang tu fevret game abang dengan QA..lawan pemadam..lawan dengan kengkawan sekolah atau anak jiran..selalunya kami champion..tu yang jadik belambak pemadam tu..bila dah besar sikit main ps2 pulak..selalunya kami main kungfu fighter, grand turismo,night for speed, n game bola..dan selalunya QA kalah dan merajuk..untuk memujuk QA, abang mesti kene kalah untuk 3 game..heeee...bijok2..

bila dah masuk menengah atas..abang apply sekolah teknik..QA sedih...entah..memang sedih bila bespren kat rumah nak sekolah jauh...nangis sungguh2 bila hantar abang..abang jadik tak senang..tiap 2 minggu sekali abang mesti balik..bila sampai masa QA dah start dok asrama..sampai la sekarang ni..jarang QA ada kat rumah..belajar di tempat orang..abang masih rapat dengan QA..tapi bukan serapat dulu lagi..abang masih pendengar setia masalah QA..abang masih bersifat melindungi..


Hari abang bernikah hari yang gembira dan sedih...gembira sebab abang mendapat wanita yang baik yang Allah hadiahkan untuk abang..wanita solehah..wanita yang akan menjadi penyejuk mata abang..yang akan melahirkan bakal khalifah2 yang comel,soleh dan solehah..sedih bila fokus abang kini lebih meluas buat isteri dan bakal anak-anaknya..sedih mungkin susah untuk mengadu dengan abang lagi..tapi sungguh syukur ya Rabb..

Kini Muaz hadir dalam hidup abang dan kak Aufa..tanggungjawab makin melebar..ujian semakin mencengkam..kebahagiaan makin kuat dirasai..

Kawan-kawan dan anak jiran sepermainan dengan QA pon alhamdulillah semuanya hebat-hebat belaka..ada ustaz..ada engineer..ada cikgu..dan kesemuanya sudah berkahwin..alhamdulillah..senang melihat kebahagiaan sahabat-sahabat..bila dah besar terjumpa kawan2 sepermainan masa kecik2 ni mulelah segan..sedangkan time kecik..habis kesemuanya QA pernah tampaq tanpa alasan yang jelas..eheeehhh..ampun dehhh..

dia abang..dialah teman terbaik..dialah susah payah..dialah pelindung..moga Allah merahmati abang, kak aufa dan Muaz..dan inshaAllah adik2 Muaz..bahagia dengan redha-Nya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...