Friday, June 29, 2012

setelah menjejak dunia..barzakh memanggil pulang

Bismillahirrohmanirrahim.

Ya Rahman..Ya Rahim..peliharalah ukhuwah kami agar tiada perpisahan melainkan perpisahan atas kehendak-MU..

Assalamualaikum sahabat-sahabat QA yang soleh dan solehah..apa khabar iman??..apa khabar rohani??sudah di isi rohani dengan makanan yang secukupnya??..jangan fikirkan soal kenyang jasad..tapi rohani harus dimantapkan..inshaALLAH..

alhamdulillah..ALLAH sering mendampingi kita saat kita hampir membenam..ALLAH menggapai tangan kita saat kita lemas dalam derita..ALLAH sering peringatkan kita tentang adanya DIA..harini tugasan sebagai pelajar agak lengang..aktiviti dan kuliah berhenti sehingga jam 2 petang..selebihnya masa untuk sang jasad berehat..sang rohani melepaskan lelah..jari digerak gerakkan di papan lappy..sebuah artikel yang begitu mengusik hati..mengusik iman..mengusik jiwa..akhirnya pandangan dibawa jauh untuk menelusuri masa lalu..

"ana telah dikhitbah dan akan menikah"..begitulah tajuknya...permulaan baca yang disangkakan kisah si dia dikhitbah oleh seorang pemuda yang hebat agamanya..yang luhur budinya..tapi..di akhir perenggan..ianya mampu merentap perasaan setiap jiwa yang baru menyedarinya..link ana dikhitbah dan akan menikah

"khitbah" yang dimaksudkan ialah saat dia telah dikhitbah oleh ALLAH dengan sakit yang akan membawa kepada kematian..dalam jangka waktu dikhitbah dia mempersiapkan diri untuk menjadi hamba-NYA yang perfect supaya saat hari nikahnya..majlis yang tiada tangisan..majlis yang diredhai..


memang ALLAH sedang mengur QA melalui artikel ini..hari ni QA menjejakkan kaki di rumah kedua QA disini..seperti di Msia juga QA punya rumah kedua..hari ini bukan seperti biasa..hari ini ujian diperketatkan..ALLAH tegur QA dengan ujian yang lebih berat agar hamba-NYA ini tak lepas dari mengingati-NYA..

QA juga sudah dikhitbah oleh DIA..cuma QA seperti seorang gadis yang dipaksa bernikah dengan seorang pemuda yang tak dikenali..yang tak dicintai..sepanjang dikhitbah hanyalah tahu memberontak..menafikan pengkhitbah itu..menolak segala yang telah ALLAH rencanakan..itulah yang QA rasa..bukan tidak mendekatkan diri kepada-NYA..tapi adakala tetap lalai dengan kisah dunia..kerana apa??..kerana tempoh sampai majlis nikah masih panjang..jadi persiapan ditolak tepi..

QA masih dalam tahap masih tidak cukup keperluan dalam menempuh hari itu..lalai!! lupa!! lupa yang ALLAH sudah memanggil agar QA kembali pada-NYA...ALLAH..QA takut kembali kepada-NYA dalam keadaan orang yang tewas dalam peperangan..tetapi QA ingin kembali kepada-NYA dalam keadaan yang tenang kerana QA berjaya meletakkan dunia di tangan bukan di hati..
saat ini QA masih lagi berfikir..bilakah giliran majlis QA akan berlangsung??..adakah sehebat gadis di dalam artikel??..atau akan menyusahkan pengurus majlis dalam mempersiapkan QA untuk mendandan diri pada hari majlis itu??..adakah ketika itu perut ini mengosong untuk memudahkan pengurusan??adakah ketika itu kalamullah sudah semadi di hati agar dapat mudah dibawa..tidak perlu mengendong al-quran..kerana semua kalamullah itu letak dihati..adakah begitu??..dan adakah sempat untuk QA mempersiapkan jubah putih yang akan menjadi pakaian ketika majlis itu??ALLAH..alpa sungguh hamba-MU ini dalam mengingati mati..kerana hamba-MU ini sungguh terpikat dengan manisnya kepalsuan duniawi..kerana aku takut akan pahitnya kebenaran tentang ukhrawi..

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
 (Ali Imran: 185)

itulah hakikat paling pahit terpaksa ditelan bagi yang berjiwa yang belum bersedia menghadapi mati..masih tidak tahu pengakhiran sebuah kisah..masih banyak episod atau sudah sampai di episod pengakhiran..hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..ALLAH SWT telah memberitahukan kepada kita bahwa hikmah dari kematian adalah perpindahan dari darul amal(rumah kerja) menuju darul jaza’ (rumah balasan), setiap orang mendapatkan balasan dari apa yang pernah dikerjakan.

Majlis QA bakal berlangsung tidak lama lagi..cepat atau lambat itu urusan DIA yang telah mengkhitbah QA..sungguh QA panjatkan syukur kerana ALLAH sudah menyedarkan QA tentang status QA..

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka apabila Telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.”
 (Al-A’raf: 34)

Majlis itu kian menghampir..bukan menjauh..mari bersama persiapkan diri agar majlis itu berjalan lancar tanpa menyusahkan pengurus-pengurus majlis..moga ALLAH redha..

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

“Ya ALLAH, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian 

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan 
Kini Aku Merasakan 
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,











Tuesday, June 26, 2012

Bila yang tempatan jadi Foreigner..MAHAL!!!

Bismillah..

Assalamualaikum sahabat yang soleh dan solehah..
moga dalam redha ALLAH SWT..


Cuaca harini sangat baik..dan pagi ini di isi dengan panggilan dari insan tercinta..Abi wa Mama..alhamdulillah ALLAH bagi nikmat yang sangat indah dengan adanya dua insan hebat ini di sisi QA..kadangkala apabila merungutkan sesuatu..hati pantas mengingatkan sepotong ayat dalam Surah Ar Rahman Ayat 13 yang bermaksud  "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" ..jadi..hati pantas beristighfar dan terus memanjat kesyukuran atas nikmat yang ALLAH berikan..


"adik..semalam abi bawak balik durian dari dusun Tok Walid..Tok Walid kirim Assalamualaikum kt adik.."

..hati QA dipagut rindu mengenangkan Tok Walid di kampung..sudah lama tak bertanya khabar..ALLAH..

"wahhhh..sedapnye..Waalaikumussalam..harini adik nak cari durian plus manggis la.."

..tibe-tibe perut dok mengidam sakan nak kan durian dan manggis..aduhaiii..sedangkan QA dah maklum harga buah yang diimport melampau harganya..tapi tawakkal sahaja untuk mendapatkannya..

jadi harini selepas kuliah..QA lekas tutup buku dan tarik tangan si cantik manis NurHani temankan ke TESCO untuk sambar DURIAN dan MANGGIS..



Masuk ke tesco dengan niat yang satu...iaitu...GRAB THE DURIAN AND MANGGIS..and...unfortunately...hampir-hampir saja QA bersilat dalam TESCO kerana harga durian dan manggis agak melampau...


Duduk depan durian dan manggis sambil membuat kira-kira..dan..unfortunately lagi sekali..duit yang ade tak mencukupi..aduhaaaaaaaiiiii...QA pandang durian yang ada di rak dan tangan mengusap-usap durian tersebut sambil berkata..


"amboiiii..datang jepun hang terus naik harga naaa..kalau hang kt Msia..mesti hang baru RM6 sekilo..belagak hang dok sini"

dan..seolah-olah durian tu menjawab balik dengan senyuman mengejek dan sombong..

"nasib hang la..sapa suruh hang mai sini..la ni hang ngidam aku..tapi duit takdak..no money no talk la..."



2980 yen..hemmm..nak tau dalam Ringgit Malaysia berapa...haaaa...setelah di convertkan..harga sebiji durian ini berjumlah RM 119.77 sen..murah tak???murah sangat kan...kalau kat Msia patutnye adela dalam sepuluh ringgit..aduhaaaaaiiiii durian...naik taraf betul bila sampai Jepun ye...dilayan bak puteri beradu..di jual seperti menjual intan permata..


itulah hakikat yang terpaksa ditelan di Jepun...di Msia..harga sayur sayuran...buah buahan adalah sangat murah.,..dan harga kereta,laptop,handphone pula mahal..tapi di Jepun semuanya terbalik..bagi bahan untuk mengisi perut perlulah mempunyai duit yang banyak..apetah lagi bagi kamu yang tak boleh telan makanan di JEpun dan terpaksa memasak makanan Msia...di Jepun bahan import dari Msia dan Thailand sangatlah mahal..mungkin untuk masak asam pedas kos yg anda perlukan sekitar rm50???..tak ke mahal gitu???


kereta di jepun pula sangat membuatkan mata-mata kami student Msia terbeliak dan sering berangan-angan untuk memiliki sebuah kereta bayar guna duit Scholarship...huhuhuhu...so,let's see




RM 40000 = 1jutayen dah boleh beli estima 2nd cash
kalau kat malaysia estima 2nd = rm150000 = 4jutayen 
5jutayen boleh beli estima hybrid baru siap ade autoparking assitance... ^__^"



so,sekarang tetibe je dok bercita-cita nak beli Caldina..kekekeke~tapi Abi awal-awal dah bagi warning..ukkeh..simpan saje hasrat dihati..


lepas hampa dengan harga durian yang agak mengecewakan..QA singgaj di rak Manggis..dan seperti biasa..QA kecewa lagi dan lagi..hailaaaaa...nampaknye terpaksalah makan buah-buahan tempatan Jepun..



masih lagi rasa nak bersilat melihat harga manggis yang tak kurang hebatnya dengan harga durian..lebih kurang RM 40 untuk sekilo...hampa hatiku dengan buah buahan yang dah jadi foreigner di jepun seperti QA ni...



tertanya-tanya...kalau durian dan manggis boleh meningkat 10 kali ganda harganya apabila diimport..jadi,no wonder lah hantaran bagi gadis yang berkelulusan luar negara harganya melambung tinggi..hailaaaaa..teringat pula hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad



"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad ) 








Friday, June 22, 2012

sahabat...kamu hebat!!

Bismillahirrohmanirrahim..

Segala pujian bagi ALLAH pentadbir Alam Semesta..selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW..

Assalamualaikum..sahabat-sahabat yang soleh dan solehah..moga kita sentiasa dalam redha ALLAH..apa khabar dengam iman kita???makin mantap...atau semakin pudar??ALLAHUAKBAR..ayuh..pergiatkan lagi untuk mencapai kemanisan iman..inshaALLAH..

terharu...sebak..gembira...seronok...lompat-lompat...hoore hoore..pelbagai rasa singgah di hati...rindu???usah diperkatakan...sungguh...diri ini amat merindui sahabat-sahabat di sana..akibat sekeping warkah...habis bertebaran rindu buat kesemua sahabat...terima kasih adik Aishah Humairah...ingatkanku tentang rasa itu...jika tidak kesibukan telah membuat ku melupakan rasa itu..

mungkin ku lupa??tidak sama sekali...kita seumpama orang yang dimabuk cinta..cincang lah..potonglah..leraikanlah...tali ukhuwah kami seakan utuh...kalis dari segala ancaman...kerana kami bersahabat kerana ALLAH..perpisahan kami juga kerana ALLAH...kerana ALLAH telah peringatkan kami tentang tanggungjawab kami di bumi-NYA ini..

*time kanak-kanak ribena di sekolah

dari satu sudut ku terkenangkan saat kita bersua...pasti usikan berlaku..kerana mungkin kemahiranku hanya mengusik..tapi mengusik bukan saja-saja..cuma ku inginkan pagi ku di isi dengan senyuman dari sahabat-sahabatku..adakalanya tersalah tingkah..merajuk dan tidak bertegur sapa adalah resmi sesuatu hubungan..tapi itulah yang indah...dan memperindahkan lagi kerana kami saling bermaafan..


di suatu ketika sorotan waktu membawaku di saat kejatuhan ku...hidup itu bagaikan roda yang sedang berputar...bila kamu menang..kamu di atas..tapi..nantikanlah saat kejatuhanmu..kerana itulah yang bakal menguji sejauh mana ketabahanmu...dan..setelah itu..bangkitlah kembali menuju puncak itu..sahabat sentiasa berdampingan tika setiap bermasalah...adakala mereka tidak perlu bertanyakan mengapa??siapa???bagaimana???tapi cukup sekadar membuatku tersenyum...dan setelah itu..masalah pergi membawa diri..

dan suatu ketika ku berada di suatu fasa keindahan hidupku bila berada di jalan-NYA...bertemu dan berpisah dengan sahabat yang hebat...tutur kata memberi manfaat..dari satu kata ke satu kata penuh dengan isinya..umpama mengopek sebiji durian yang dalamnya penuh isi yang lazat..ukhuwah fillah..itulah yang sering diperkatakan...mungkin waktu itu belum saatnya ku mengerti..tapi kini..ALLAH lebih mengetahui..

Rencana ALLAH tu selalunya indah tanpa duka...di sini permulaan bagi sebuah kejayaan..di sini bertemu dengan insan yang tidak pernah kenal erti putus asa...bersama mengisi waktu agar waktu tidak dilompongkan dengan perkara yang sia-sia..bersama menjalin kasih dan sayang di saat memerlukan sokongan...walau berbeza dari segi budaya tetapi kerana ISLAM..kami boleh bersatu...kerana ISLAM itu bersaudara...itulah menjadi prinsip kami berukhuwah di sini..kerana disini kami hanya mempunyai saudara seakidah...pada mereka kami membantu...pada mereka kami meminta..kepada mereka kami mengadu..agar perasaan bagai sebuah keluarga itu wujud..

"Persahabatan sejati layaknya seperti kesihatan; Nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya "..itulah ayat yang sesuai untuk sahabat...tapi ku tidak mahu menjadi sahabat yang lambat menyedari akan hadirnya sahabat yang hebat begini...ku ingin sama-sama berjuang dalam agama-NYA..ku ingin ada saat dia sedang sulit..ku ingin selalu berdamping bersama sahabat..


sahabat...


"Jangan kamu berjalan didepanku, aku tak dapat mengikuti mu.
Jangan kamu berada di belakangku ,aku tak bisa Memimpinmu. Berjalanlah disampingku, jadilah temanku."



sahabat...dimana sahaja kamu berada..sungguh..aku cintakan sahabatku...aku rindukan sahabatku..ana uhibbukum fillah...syukran atas hadirnya kamu semua disisi insan yang kerdil ini...lambat dalam menggilap cita-cita..perlahan dalam memahami setiap jiwa...tapi janjiku..akan ku selalu bersama SAHABATKU..inshaALLAH
-dari sudut jauh merindui SAHABAT : Qurratun 'Ain-

Thursday, June 14, 2012

abi...ai shi teru


"ALLAH...peliharalah hati-hati kami..aamiin"



"Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
  merasakan kepedihan yang tercermin di mata
                Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
                   Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia."
~Mata Ayah :Usman Awang~


Bismillah..


ting tong...kembali lagi..heeeee~..QA baru lepas borak dengan abi petang tadi...sempatlah bersekaip...sebelum ni abi dop reti bersekaip nih...tapi alhamdulillah..seronok dapat tengok wajah abi yang kacak lagi hensem tu...kalau bab-bab kacak..abi memang first class punye kacak...kalah Aaaron Aziz tahu!!..heeee ^__^..ALLAH..jagekan abi untukku..teringat dialog petang tadi bersama ayahnda tercinta..


"adik dah ade pakwe ke kat sane.."


"ehhhh..pakwe adik abi ngn abg je..pastu takde dah..tak hensem"


"carilah sorang buat menantu abi ni..balik nnti bawak ye.."


"errr...abi cariklah..biar hensem kacak macam abi..perangai first class mcm abi.."


"kalau takde??"


"carik yang hensem kacak macam abang...perangai first class mcm abang"


"demand!! malas abi nak cakap pasal ni.."


"hekhekhekhek.."



..itulah topik abi kalau dapat berbual dengan QA...maaflah abi..puteri mu ini masih belum lelah mengejar impian supaya dapat membalas sedikit jasa abi yang terlalu banyak pengorbanannya untuk anakmu ini...bukan tidak mahu berfikir soal jodoh...tapi sekadar berehat sebentar dari memikirkannya..insyaALLAH lepas ni anakmu ini akan berusaha mencari ADAM yang suke benoo main nyorok-nyorok..then,sampai masenye kalau jodoh itu malu nak datang minang adik..kita pergi je minang dia..ok kan abi???...heeeee... ^__^"


hemmm...bile berjalan-jalan di bandar Tokyo ni..seronok bila tengok si anak dan si ayah..pelbagai karenah yang dapat QA lihat....sebab itu rasa rindu dengan abi semakin membuak...dan tiap kali rindu..pasti QA mesej abi menyatakan rasa rindu itu...agar abi tahu anaknya ini sentiasa meletakkanya di hati ini selepas ALLAH dan RASULULLAH SAW..


ukkeh...sempena QA tengah merindui abi dan mama di Msia sana tu...QA seronok nak kongsikan cerita tentang Kisah Nabi Sulaiman AS dan pemuda yang berbakti kepada orang tuanya..insyaALLAH..moga-moga kita dapat manfaat bersama..


Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal.

Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”.

Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian.

Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”.

Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman.

Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah.

Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?”

Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”.

Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya.

Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu suasana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang.

Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”.

Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya.

Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.



...ukkeh..lepas bace kite muhasabah balik diri kita ni..kat mane tahap kita di sisi ALLAH..adakah kita anak yang taat akan kedua ibu bapa atau tidak..


..semoga kita semua peroleh manfaat dengan kisah yang menakjubkan..sesunggunya ALLAH itu Maha Mendengar..Maha Melihat..dan Maha Pengampun..dan kita harus ingat..doa dari kedua orang tua kita adalah antara doa orang yang ALLAH makbulkan..sampai sini je entri QA malam ni..tegurlah QA jika ada silap..dalam berukhuwah harus saling menegur jika berlakunya kesilapan..insyaALLAH>>



Ayah
Terima kasih di atas segalanya
Kau tidah pernah mengeluh
Malah sentiasa tersenyum
Walau digamit keperitan

Ayah 
Kini segala pengorbananmu
Hampir terbalas
Anakmu kini berjaya ke menara gading 

Dan percayalah
Akan kujunjung setiap pengorbananmu itu
Yang pasti aku tak pernah lupakanya

Dan kini
Aku begitu merinduimu
Walaupun kita berjauhan
Kerna aku perlu meneruskan perjuangan ini
Demi masa depanku dan harapanmu

Namun percayalah ayah
Anakmu dirantauan ini
Tidak pernah sesekali melupakanmu
Dan percayalah aku begitu menyayangimu.
dari puterimu abi... ^__^


Monday, June 11, 2012

Euro VS Tahajjud...


"ALLAH..mantapkan cinta kami kepada-MU"





"euro 2012 boleh memantapkan Tahajjud..insyaALLAH"

*Ozil

..Bismillah...

...Euro 2012 dah menjadi satu fenomena baru...sana sini orang sibuk berbicara soal euro..apekah euro ini???adekah sesedap sushi kt kedai oba-san tepi simpang tuh...huuuuuuu~maaflah QA sememangnya tak tahu menahu pasal bola..mane lawan mane..sape menang...kalau tanya nama pemain bola malaysia...insyaALLAH..kalau exam QA boleh dapat A++..kekekeke...alhamdulillah berbangga dengan pasukan negara sendiri..

kalau taktau nape sebok sangat nak tulis pasal bola????hemmmm...betul3...memang taknak tulis pasal bola..tapi serba sedikit kenangan atau sekadar berkongsi kisah bila musim-musim bola gini..

dlm hidup QA ade 2lelaki...iaitu abi dan abang...abi bukanlah peminat bola..tapi kalau malaysia menang...abi tetap jadi pengulas sukan terbaik..kalah pacik hasbullah tu...kekeke~abang pulak...peminat bola yang tersangat minat dan minat lagi...setiap perlawanan bola pasti tak miss..dan pasukan kegemarannya MU stand for Muslim United i guess..heeeee~ dop2..stand for Manchester United..sehinggakan keretanya pon warna ala-ala MU..ohhh...abang ku...

*bolooo pink!!! i want it!!

musim bola yang agak membengangkan apabila berlakunya zaman world cup...aduhhhh!!! terseksa jiwa QA..jiwa raga...raga pon entah kemane..seolah-olah mase tu..para lelaki tiada di dunia...semua lelaki di World cup...malam kalau tak bertenggek di kedai mamak tak sah..kalau hok bola..semua dok pakat..abang asik bola..kawan asik bola...boypreng pulak memang terus lupe aweknye..tengok Kaka pon dah macam aweknye..kekekeke~bolooooo sokmo..

ukkeh...sebenarnya bukan nak cerita sangat...sekadar selingan...QA nak share kebaikan bagi anda penunggu Euro 2012...ye anda!!..anda bakal peroleh pahala jika anda bijak seimbangkan dunia anda dengan akhirat anda..insyaALLAH..guane????..

bagi QA lah..boloo ni selalu start lewat malam..around 2-3 pagi baru nak start...so,kalau take euro..jangan haraplah badan kita ni rajin nak bangun pagi-pagi buta..tapi bila musim bola..badan otomotik cerdas dan cergas bila jam bergerak ke angka 2-3pagi...tanpa bunyi jam loceng pun takpe..mate otomatik bukak sendiri...wahhhh..hebatnya kalau bangun qiam pon cemtuh..alhamdulillah.. ^__^"

sambil-sambil nak layan hobi dan minat kita..tak salah kiranya kita gunakan untuk dapatkan pahala dan ganjaran dari ALLAH...katekan boloo setat pukul 3 pagi...kite bangun awal 10 minit...ambik wuduk..buat solat sunat...tak lame mane pun...2rakaat pon dah ukkeh...kalau tiap malam ade boloo..tiap malam tu jugak kite buat solat sunat...Allahuakbar..tak terkira ganjarannya..insyaALLAH...tapi yang penting...NIAT ye sahabat.. ^__^"

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”
(Al-Isra’: 79)

rugilah kalau peluang dah ada depan mata tapi kita tak rebut..rugi teramatlah rugi...umpamanya..kita haus..depan kita ada air sejuk...tapi kita tanak minum sebab nak air lain...kire rugilah kan...haaaa...anda dah besaa bukan?????..pikir deh mane yang baik..^__^"

Sabda Rasulullah s.a.w.:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Daripada Abi Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang bangun malam Ramadhan beribadat dalam keadaan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan dosanya yang telah lalu” 
(Hadith riwayat Bukhari)


macam yang QA pesan...yang penting niat kita ikhlas dalam beribadah...jangan kerana euro...tapi..kita jadikan euro tu sebagai pengganti alarm jam kita...bangun dan beribadahlah sebelum kita meneruskan hal-hal dunia kita...insyaALLAH segala yang kita lakukan moga dapat redha-NYA..


so,jangan lupe rebut peluang selagi roh masih dalam jasad...jangan terhantuk baru terngadah...heeeee... ^__^"


teringat kata-kata housemate QA...musim bola juga penyebab banyak couple putus...betul ehhh???kenape???sebab kate housemate QA..time tulah baru tau perangai sebenar boypreng diorang yang sebenarnya kalau dah dpt bola..awek semua dah macam bola..kasi tendang saja!!!..ish3...nauzubillah..


kalau kita tak mampu jaga hati orang...kita ambillah hati dia..jangan buat dia kecewa...jangan pernah mengecewakan jika tidak mahu kecewa..huuuuuu~


ukkeh..sampai sini dahulu..moga ada manfaatnya...kalau QA ada salah dalam berbicara..mohon sahabat tegur kerana kita berukhuwah kerana ALLAH..sama-sama tegur untuk raih Jannah-NYA bersama..insyaALLAH..

*ujian dari ALLAH bertamu lagi..doakan QA ye sahabat..
moga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dari-NYA..
syukran..LOVE for ALL.. <3 <3





Wednesday, June 6, 2012

jom jadik perigi cari timba


Ya ALLAH...permudahkan aku dalam setiap perkara..aamiin



"perigi mencari timba..salahkah kita mencari??..think positif awak..^__^"



Bismillah...


sambil-sambil menunggu classmate siapkan keje yang diberi (QA dah siap..)..gunekan kesempatan bila sensei keluar..mengupdate belog yang suram muram...syukran sahabat kerana sudi singgah belog QA yang tak setanding kecomelannya dengan belog anda...huwaaaaaa~


ukkeh..kenapa tajuk entri harini PERIGI CARI TIMBA???...mesti ade yg dok pikir-pikir yang QA tengah usha pakwe-pakwe hensem kat jepun ni kan???...heipppppp...tidak sama sekali...alhamdulillah..sampai sekarang niat dan tujuan QA di sini masih sama dan insyaALLAH QA takkan biarkan apapun menjadi penghalang niat dan tujuan QA disini...semoga ALLAH redha..insyaALLAH..


bila sebut soal perigi cari timba...otomatik fikiran kita akan terarah ke sudut negatif...macam-macam andaian dikeluarkan..maksud perigi cari timba juga difahami dengan maksud seorang wanita yang terhegeh-hegeh @ mengorat @ merisik seorang lelaki...kiranya wanita tu gentlewoman...sbb ape dikatakan perigi cari timba??..sebab lelaki rasa terancam dan hilang sifat gentleman beliau..hahahah~ukkeh..QA gurau.. -_-"


tapi QA tanak share ilmu tentang kisah cintan cintun lalu meruntun...tapi QA cuba cari arah positif perigi cari timba dari segi pencarian ilmu insyaALLAH..asik cerita cintan cintun...lame-lame sahabat pon diangaukan dengan makhluk bernama cinta pulak kan???...heeeeeee ^__^


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." 


kenapa QA kate mencari ilmu adalah perigi cari timba???...sebenarnya QA sedang mempositifkan peribahasa ini...kita kene hilangkan fikiran negatif agar kita dapat menjadi manusia yang positif dan akan sentiasa redha dengan ketetapan dari ALLAH SWT..insyaALLAH...kita boleh menganggap yang kita ni sebagai perigi...dan timba itu seperti ilmu...ilmu ada dimana-mana sahaja...tetapi ilmu tidak akan datang sendiri kalau kita tidak mencari...macamtulah jugak dengan perigi..timba ada pelbagai jenis terdapat di sekeliling perigi..tapi perigi harus bijak sepadankan dirinya dengan timba supaya memudahkan pengambilan air dari perigi...got it???..


kita di zaman dunia di hujung jari ni teramat-amatlah malas...maklumlah...semuanya di hujung jari...nak makan nasi..tekan je rice cooker..nak air..masuk duit tekan pilihan air...nak berhubung dengan manusia..tekan je handphone canggih tu...nak bersua muka..tekan je webcam...bersekaip lah sampai ke subuh...makanya...qiam entah kemana...subuh pun agaknya entah kemana...


kalau kita bijak menggunakan kelebihan yang ada pada zaman ini..insyaALLAH kita takkan jadi hamba ALLAH yang alpa kepada dunia...haaaa...macamane???..gunekanlah IT dengan merujuk tentang ilmu...facebook pon boleh mendatangkan ilmu jika kita bijak memilih kawan di facebook...carilah sahabat yang selalu berkongsi ilmu agama di facebook...jangan asyik tengok kehenseman dan kecantikan kawan-kawan di facebook tu je..kecantikan luaran takkan kekal lama..


Para sahabat dan solafus soleh di zaman Rasulullah SAW dahulu berjuang mencari ilmu hingga ke titisan darah mereka yang terakhir..sebab tu orang kate...selagi hidup..kita timba ilmu..seimbangkan ilmu dunia dan akhirat supaya kita tak loser di akhirat nanti..


come..QA share sedikit siapa sahabat dan solafus soleh yang dimaksudkan..


AL NAISABURI.....membaca kitab Sahih Muslim sebanyak 100 kali.

IBN SINA...membaca buku Al Farabi sebanyak 40 kali.

IBN Hazim...selepas semua bukunya terbakar,beliau mula menulis kembali melalui apa yang di ingat dan di hafalnya.

QATADAH.....menghafal buku seberat kaldai.


AL SYA'BI berkata, Aku tidak pernah menuliskan tinta hitam ke atas kertas putih tentang sesuatu ilmu kecuali aku menghafalnya terlebih dahulu.

SUFYAN AL TSAURI....berdiri lama untuk solat sampai ke pagi

IBN MUBARAK...mengulangkaji dan menghafal hadis sampai ke pagi sambil berdiri.

MUHAMAD AL AMIN AL SYINQITHI...meneliti satu permasalahan selama sehari semalam.


ABU HANIFAH...menjual perabot rumahnya untuk pergi mencari ilmu.

SUFYAN AL TSAURI...sanggup berlapar selama tiga hari kerana mencari hadis.

IMAM NAWAWI selalu belajar,menulis,menghafal,solat dan bertasbih. Apabila mengantuk,beliau tidur sebentar sambil duduk.


IMAM GHAZALI....telah menghafal AlQuran pada usia 6 tahun. Menjadi ulamak besar yang mengajar ulamak seluruh negara pada usia 9 tahun.

IBN HIBBAN..meriwayatkan hadis daripada dua ribu orang syeikh. Mengarang kitab soheh hingga menjadi kitab yang menakjubkan. Beliau menguasai banyak ilmu sehingga menjadi 'bintang' pada
zamannya.

ABU ISHAQ AL SYIRAZI....mengulang ulang pelajarannya sebanyak seratus kali dan mempelajari setiap qiyas sebanyak seribu kali dan menulis seratus jilid buku.

IBN AL ANBARI....sepanjang hidupnya pernah menghafal 400 tafsir.


ABU HURAIRAH ...menghafal sebahagian besar hadis dan membahagikan malamnya kepada 3 bahagian.. satu pertiga yang pertama : belajar. satu pertiga yang kedua: solat.
satu pertiga yng ketiga: tidur.

AHMAD BIN HANBAL....berjalan sejauh 30 000 batu untuk mencari hadis. Menghafal sejuta atsar. Mewariskan 40 000 hadis dalam Musnad.

JABIR BIN ABDULLAH....sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata mata mencari satu hadis.



ukkeh...itulah antara sahabat dan solafus soleh yang berjuang dalam menimba ilmu..kita bagaimana???baru bukak satu muka surat kitab dah menguap lebih dari sepuluh kali...astaghfirullah...moga ALLAH permudahkan urusan kita semua..insyaALLAH.."orang dahulu mencipta kejayaan dengan menakluk dunia..kita bagaimana sahabat???...


lagi satu...dari kecil lagi kita sudah terbiasa dengan kata-kata seperti "menuntut ilmu biarlah hingga ke negeri china"...kita dah terbiasa dengan kata-kata itu...tapi kita umpamakan seperti angin lalu sahaja..masuk telinga kanan...keluar telinga kiri..kita tidak ambil sebagai kata-kata semangat dalam menuntut ilmu..QA ambil kata-kata itu sebagai suatu impian QA...QA nak carik ilmu bukan di tempat QA sahaja...malah kalau ALLAH panjangkan umur...ALLAH tingkatkan rezeki..nak saja QA pergi seluruh dunia untuk mengutip ilmu yang tersebar..


jadi..permulaannya alhamdulillah QA sudah menapak setapak kehadapan dalam menggapai impian QA tu..teringat kata-kata dari seorang ustaz ketika sekolah dulu.. "Terdapat dua cara kita untuk menyebarkan cahaya iaitu menjadi lilin atau menjadi cermin yang memancarkan ke segenap sudut.Jadilah seperti cermin.."..jadi kekuatan QA untuk menuntut ilmu datang dari kata-kata itu..menjadi cermin dalam menuntut ilmu....


ukkeh sahabat...sampai di sini dahulu QA share ilmu yang sedikit QA ade..mohon kalau ada salah silap QA dalam menyebarkan ilmu harap sahabat-sahabat dapat tegur..insyaALLAH kita sama-sama memperbaiki diri dalam mengejar ilmu..wallahualam bissawab.. ^__^





Friday, June 1, 2012

dalam kenangan...Al-Fatihah


ALLAH..tenangkan diriku dalam menerima takdir-MU..aamiin



"dari pada-NYA kita datang..kepada-NYA kita kembali"




Bismillah..

"adik nak ikot pakcik pegi minum??? pegi mandi dulu.."

"adik teman pakcik pegi sogo jom"

"adik..nanti pakcik belikan kasut tu.."

"adik jangan sedih..abi marah sebab sayang.."

"adik sini..mengaji dengan pakcik..abi balik lambat harini.."

semalam...ingatan berputar balik ke zaman kanak-kanak..zaman dimana QA dimanjakan oleh insan bergelar pakcik..di saat abi terpaksa bekerja lebih masa..pakcik pasti menemani..adakalanya pakcik juga digelar abi..tapi itulah hakikatnya..kasih kepada dua insan ini sungguh berbeza..mereka sentiasa di hati..tiap hari menggemburkan rasa kasih dan cinta kepada mereka..

saat pakcik menyatakan hasrat kepada mama untuk bernikah...QA orang paling sedih..siapalah yang mahu merampas kasih QA kepada pakcik..pasti lepasni pakcik tak manjakan QA..saat akad nikah..QA terus-terusan merajuk disebabkan pakcik bukan milik QA lagi..takde siapa yang akan melayan karenah QA..takde siapa yang akan pujuk QA bila abi tegas dalam mendidik anaknya ini..

suatu hari..mama QA call dan bagitahu pakcik masuk hospital..pengsan sesak nafas..mungkin ade kaitan dengan jantung..benar..pakcik sakit jantung..hati rasa dipagut bila org yang kita sayang sedang sakit...tambah pula kita jauh dan tak mungkin dapat menziarahinya..jadi QA sekadar call pakcik untuk bertanya khabar..alhamdulillah seronok dengar suara pakcik yang ceria..tapi pesanan pakcik buat QA teringat-ingat selalu.."adik,jage diri kat sane..jaga hati..jaga iman..jaga ikhtilat..jaga batasan sebagai muslimah.."..jarang sekali pakcik berpesan seperti itu..bila ditanya..pakcik jawab.."pesan awal-awal takut tak sempat.."..hati rasa gelisah..tapi QA tak ambik series..sebab sikap pakcik memang suka bergurau...

kali kedua..pakcik rebah lagi ketika membaca khutbah jumaat lepas..hati ini..semakin risau..tapi..mama dan abi berpesan supaya jangan risau sangat...pakcik dah ok..biasalah..sakit jantung memang menyerang bila-bila masa..

tapi semalam..pakcik rebah lagi ketika hendak ke masjid..tapi kali ini..pakcik rebah tidak bangun lagi..nafas pakcik terhenti dan nadi tidak berdenyut lagi..inikah pengakhirannya???yaaa...inilah pengakhiran pakcik sebagai hamba-NYA di bumi ini..ketika masa ALLAH memerintahkan malaikat mencabut nyawanya..dia pergi tanpa sebarang tanda..


ALLAH..QA tersungkur duduk..rindukan pakcik..rindukan untuk melihat wajahnya..minggu ini terlalu banyak dugaan dalam mematangkan diri dan memantapkan iman...tapi yang ini..QA rase seperti hilang..seakan jasad dan roh tak bersatu..jasad di sini tetapi hati dan roh sudah sampai di Msia untuk menemani pakcik..

pakcik..maaf..anakmu ini sangat tak mengenang budi..di saat pakcik sakit..anakmu ini tak dapat menziarahi..sekadar bertanya khabar melalui telefon...anak mu ini sangat tak mengenang budi..dulu pakciklah  yang selalu memujuk...maafkan anakmu ini kerana tak menziarahimu sampai ke saat pakcik di masukkan ke liang lahad...maafkan anakmu pakcik..janjiku..doa dari anakmu ini untukmu di setiap usai solat pasti ada buat pakcik untuk bertemu ALLAH ya Rahman..

dulu...dialah yang mengajar ku bertatih...

dulu..dialah yang mengajar ku berbasikal..

dulu...dialah yang mengajar ku minum teh tarik di mamak...

dulu...dialah peganti abi semasa abi bekerja lebih masa...

kini..dia pergi menghadap ILLAHI..

kini..tiada lagi suara lantangnya dalam menegakkan kebenaran..

kini...tiada lagi suaranya menjadi imam...

kini..tiada lagi insan yang selalu mengajar ku supaya bersyukur...


rindu...rindu..ya ALLAH..pakcik..damailah di sana..sampai masanya nanti..kami pasti menyusulmu..ALLAHUAKBAR...

Al-Fatihah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...