"ALLAH..bahagiakan hamba-MU atas jalan-MU yang benar ini..aamiin"
"kali ini..yang tiada dosa juga perlu dihukum.."
Bismillah..
wah..!!! marah benar tajuk entri QA kali ni..ade pape yang membangkitkan kemarahan QA ke??..hemmm..kali ni QA yakin bukan QA sorang menyuarakan kemarahan yang maksimum..tapi seluruh rakyat Malaysia sedang menyuarakan kemarahan..kenape???..Malaysia digemparkan dengan video yang di post di pesbuk..video pasal ape??..tentang seorang wanita yang sedang mendera anaknya (itu yang majoriti yang QA dengar)..mula-mula QA tak percaya..how come ade ibu yang sanggup buat macamtuh kt anak die..jadi untuk kepastian..tangan digerakkan untuk 'play' video tersebut dan....ianya bukan pukul-pukul 'manja'..TAPI..terajang-terajang "SAYANG" malah sepak muka kerana "KASIH"..
ALLAH..melampau benar si ibu ini..no wonder Malaysian sangat marah dengan video ni...that's why QA sentiasa rasa bersyukur ALLAH tempatkan QA di Malaysia..sebab..rakyatnya ambil berat akan semua isu..tak kira dari segi isu apapun..walaupun ada masa kami tak sebulu dalam sesetengah isu..okeh,back to the topic..ramai yang tanye "kenapa dengan si ibu tu??hilang kewarasan atau apa??"
Kes perempuan (IRA) pukul anak dah heboh. Sebab sebenar setelah digoogle, perempuan yang bernama Ira tertekan dengan perangai suaminya yang curang. Ira jugak mengalami sakit mental. Disebabkan tekanan, dia memukul anaknya sendiri. Mungkin ramai yang marah dengan si perakam sebab tak lakukan apa apa. Beliau sudah menghalang perempuan tersebut daripada terus memukul, tetapi dia sendiri yang dibelasah oleh perempuan tersebut. Jadi untuk mengambil bukti perbuatan tersebut, dia merakam tanpa disedari oleh perempuan tersebut. Jadi sekarang, perempuan tersebut sudah ditangkap pihak berkuasa setelah lebih 300 aduan dibuat dan bayi tersebut masih dalam keadaan trauma dan menangis apabila ada yang mahu memegangnya.
itulah info yang QA dapat dari sahabat QA di FB...betul atau tidak wallahualam..tapi jika benar...ALLAHURABBI...apa kaitan dosa si bapa dengan si kecil yang totally tak tahu apa-apa???... bukannye si kecil tu yang menyuruh bapanya curang dengan ibunya.. QA pasti kalau si kecil ini sudah mampu berfikir dengan waras.. dia pasti akan membela ibunya di saat ayahnya curang dengan kekasih barunya..tapi apapun alasannya..TIDAK PATUT si kecil tu diperlakukan sebegitu..ALLAH..QA sedih sangat..
*ALLAH...tak sanggupnya nak buat macamtu..
kadang-kadang rasa bimbang dalam hati bila nak menempuh alam rumah tangga..adakah QA akan jadi ibu yang sebaiknya buat anak-anak..ibu yang dapat menjadi role model buat anak-anak..memang sebuah perkahwinan itu sering ditunggu oleh para jejaka dan para gadis..tapi kata orang berpengalaman.."sebuah perkahwinan bukan pengakhiran sesebuah masalah..tetapi permulaan kepada masalah dan cabaran yang baru"..seronok-seronok jugak kawen tu..tapi perlulah ada plan yang lengkap dalam membina sebuah keluarga..ingat..perkahwinan bukan kisah cinta antara KAMU dan DIA..tapi kisah bahagia antara KAMU,DIA dan MEREKA anak-anakmu...
sebabtu mama QA selalu pesan..start dari sekaranglah kene belajar sayangkan budak-budak..insyaALLAH anak-anak pasti disayangi bukan dibenci malah diterajangi..ada masa kene bersabar dengan telatah si kecil yang masih suka mencuba sesuatu yang baru..sebab ternyata dia masih kecil..jadi jangan bertindak di luar kawalan..ada akal,gunakan akal..
No comments:
Post a Comment