"ALLAH...ajarkan ku erti tabah..aamin.."
"Linny,tuck dan ming-ming juga...
wonderpets datang membantu"
wonderpets datang membantu"
-theme song for wonderpets-
Bismillah..
Alhamdulillah...dah lame tak menjengah blog ni..kali ni mood di sawah..kenapa sawah???..heeee..QA kali ni berprogram di tg karang bersama adik-adik SMA Tg.Karang..program start lepas maghrib..jadi,kesempatan yg ade ni dapatlah QA menaip untuk menghidupkan blog kesayangan QA ni..sambil menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa..
ok..berbalik kpd tajuk..heeee...kenapa tibe-tibe dengan wonderpets ni??..kelapangan QA sepanjang cuti ni,kalau takde program or usrah..pukul 2.30 ptg mesti anak-anak buah QA berebut-rebut dengan mama QA nak tengok channel memasing...dan biasalah bagi sifat penyayang seorang nenek..mengalah kepada si kecil dan join same tengok wonderpets..
selame ni QA tak pernah minat nak tengok walaupun tahu wonderpets ni dah lame popular di kalangan si kecil..tapi,selama 2 bulan bercuti ni..2.30ptg-3.00ptg adelah waktu wonderpets..rancangan yang menekankan sikap saling membantu dan berusaha...so,tak salah kan setengah jam tu di isi dengan melayan wonderpets dan wonderkids QA yg 3 orang ni..
nilah hero-hero QA yg gemar rebut remote control dengan neneknya semata-mata nak tengok wonderpets..so,back to the topic..
bile kite tengok setiap rancangan tak kirelah dari segi animasi, drama-drama...baru kite sedar something...kenape eh cerita-cerita animasi macam wonderpets, upin dan ipin, boboboy lagi banyak pengajaran berbanding drama-drama macam 7petala cinta, sassy girl chun hyang dan sebagainya..
jenuh jugak QA pikir ape pengajaran yg dapat kalau tengok drama-drama nih..tapi mostly drama or movie yg ditayangkan lebih kepada CINTA..90% dripada ape yang kita dapat dari tengok movie n drama-drama ni ialah..macamane nak dapatkan CINTA seseorang, macamane nak CINTAkan seseorang...it's all about LOVE..tapi kalau kite tengok animasi..takde pulak upin tu nak bercinta dgn mei-mei..kak ros tu takde pulak nak becinte dengan abg salleh(sally)...haaaa..kenape??kenape???...setelah dianalisa dan di perhatikan...adelah sedikit sebanyak yg QA tahu kenapa animasi lebih banyak pengajaran..
antara sebabnya kerana 99% penonton animasi adalah kanak-kanak..sebab tu mereka didedahkan dengan pengajaran-pengajaran yang baik...ohhhh...bagusnya..tapi,macamane pulak dengan drama-drama..adekah kita yang dah remaja n dah 'tua' ni tak perlukan pengajaran lagi...???..ohhh..bagi mereka...dah remaja n 'tua' ni dah boleh fikir sendiri...dah boleh pilih mane betul dan mane salah..ohoooooooo~ now i know why.. -_-
mungkin ade benarnya...bila dah sampai tahap kematangan seseorang..kita boleh berfikir sendiri..tapi jika berterusan remaja dan golongan dewasa ini didedahkan dengan perkara yang tiada pengajaran..maka jadilah kita insan yang kurang pengajaran..atau bahasa kasarnya "kurang ajar"..dan kita kene ingat..golongan dewasa inilah yang akan menjadi role model kepada si kecil..kalau golongan dewasa tidak didedahkan dengan pengajaran yang baik..how mereka nak jadi role model yang terbaik buat si kecil...silap-silap si kecil menjadi role model buat golongan dewasa sebab si kecil tengok wonderpets...dan kita golongan dewasa sibuk tentang drama cinta..
teringat dialog dengan si kecil damien "ucu..nape cite org besa-besa tak besh..cite wondepet lagi besh..takde pukul-pukul"
haaaa...nak jawab ape???..takkan nak jawab "tu pukul-pukul manja la damien" (padahal dah berdarah bagai pelakon tu)....haaaa...silap-silap,jadi ikutan buat si kecil..nanti si kecil pukul si adik sampai berdarah-darah...sebab ape???sebab pukul manje ucu kate...hohoho~ucu jugak yg kene... -_-
sebab itulah pakar motivasi mensarankan agar memantau anak-anak atau duduk sekali bila anak-anak menonton televisyen..takpe kot kalau tengok wonderpets sesame...dapat pengajaran bersame..lepastu boleh dipraktikkan di rumah..
tapi kene ingat...tak semua cerita animasi tu bagus untuk si kecil..sin chan dan hagemaru eloklah dielakkan..usah jadikan TV sebagai pengasuh untuk si kecil..
bila berkisar tentang si kecil...pasti QA teringat pesan Luqman al Hakim berpesan kepada anaknya..
“Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar ….. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai”.
(Surah Luqman ayat 13-19)
itulah yang dinasihat dan dipesan Luqman dalam mendidik anaknya yang didahului oleh pendidikan akidah tentang keEsaan ALLAH dan pengetahuanNYA yang hebat yang akan melahirkan sikap hamba ALLAH, rendah diri, hati-hati dan muraqabatuLlah dalam bersikap dan bertindak. Kekuatan dan kemantapan akidah tersebut akan bertindak balas dalam berakhlak dan berperilaku kepada orang lain, terutama sekali terhadap kedua orang tua. Sungguh satu upaya yang serius dari seorang Luqman yang bijak untuk mendekatkan dan memperkenalkan seorang anak sejak kecil dengan Penciptanya yang menampak pada kebaikan dan kesejahteraan lahir dan batin, serta menjadikannya memiliki tingkat pertahanan dan pertahanan diri yang kukuh bagi menhadapi bermacam godaan kehidupan yang dirasa kian melalaikan dan menjerumuskan.
Ringkasnya ialah:
1. Menjadi anak yang beriman pada Allah dengan sebaik-baik mungkin
2. Menjadi anak yang hormat dan taat pada ibubapanya
3. Berbuat baik pada masyarakat
ukkeh...sampai sini dulu untuk entry kali ini..semoga bermanfaat buat pembaca...terima kasih...syukran..arigato gozaimasu!! ^__^
No comments:
Post a Comment