"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(al-Baqarah: 222)
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani..Alhamdulillah syukur nikmat atas segala yang Allah kurniakan dan atas redha-Nya..Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar....
Setelah lama QA mendiamkan diri dek otak pon mendiamkan diri dari memberikan idea2 untuk menaip di belog..dan dek kebizian yang melampau *eheh..taklah bizi mane pon..tapi QA agak dicabar dengan pengurusan masa sendiri..heeee...almaklumlah sekarang student di jepun sedang bertungkus lumus untuk exam..
Jadi QA, pembebelan anda hari ini berkisar ape??
hekehhh..moga penulisan hari ini memberi manfaat buat QA dan sahabat-sahabat QA semua..ini berkisar dengan KEBERSIHAN..
Apa yang dirindui di Jepun..
Kouhai : Senpai, bila dah balik Malaysia nanti, apa yg paling dirindui senpai tentang Jepun?
Senpai : Semestinya sushi, udon, sakura, salji, momiji, kawan2 Jepun, shinkansen, internet laju dan semua yang takde kat Malaysia. Itu yang aku nak rindu. tapi sebenarnya bukan itu, yang pasti, aku lebih rindukan suasana Islam di Jepun.
Kouhai : Tapi Jepun bukan negara Islam pun? peliknya. kenapa ye?
Senpai : Sebab Islam itu bukan setakat di masjid, sejadah, zikir dan puasa sahaja. Bukan ke Islam itu ada dalam setiap urusan kehidupan. Bekerja itu ada Islam, urusan sesama manusia itu ada Islam, hubungan dengan alam itu ada Islam. Itu yang banyaknya ada kat Jepun.
kouhai : ooo....
---------------
*nota kaki
kouhai = junior
senpai = senior
Dialog ni QA ambik dari belog senpai QA..bagi yang pernah duduk jepun, pernah datang jepun, yang sedang menetap di jepun, semua akan mengangguk mengiakan dialog di atas..QA sendiri tersenyum membaca belog ini...kira2 lagi setahun QA da nak abis belajar. Memang semua perkara itu yang akan dirindui terutama "suasana" Islam di Jepun. Memang pelik bila negara bukan islam mengamalkan cara hidup yang dianjurkan dalam islam, dari segi kebersihan, pendidikan, kerjaya dan hubungan dengan alam. Jepun mengamalkan semua itu sedangkan negara islam yang majoriti masyarakatnya beragama islam belum dapat mengamalkan gaya hidup islam dengan sebaiknya.Etika mereka ada pada Syariat Islam walau pun mereka tidak ada agama atau pun menganut agama lain.Walaubagaimana pun terdapat juga minoriti Islam di Jepun dimana sekarang tidak kurang dari 100 ribu orang Islam, 40 buah masjid di Jepun.
Dalam islam memang dititikberatkan soal kebersihan..yepp...bagaimana kite nak beribadah kalau tak membersihkan diri atau dalam kate lain bersuci..Allah pun suke dengan hamba-Nya yang menjaga kebersihan..malah kebersihan adalah sebahagian daripada iman..jadi kite boleh pikir la kan..kalau kite tak jage kebersihan, bermakna sebahagian daripada iman kite takde..sayang sungguh!! di dalam al-Quran juga Allah banyak kali menyebut soal kebersihan,
“Hai orang yang berkemul (berselimut), 2. bangunlah, lalu berilah peringatan! 3. dan Tuhanmu agungkanlah! 4. dan pakaianmu bersihkanlah, 5. dan perbuatan dosa tinggalkanlah, “
(QS [74] : 1- 5)
Jom!! QA nak ceritakan serba sedikit bagaiman jepun boleh menjaga kebersihan dengan baik..
Masyarakat Jepun mementingkan pendidikan awal kanak-kanak, maksudnya, dari kecik anak-anak harus dididik soal kebersihan..bagaimana nak buang sampah...nak kategorikan sampah jenis apa..dan ada sesetengah ibu bapa membelikan anak mainan yang berupa lori sampah untuk mengajar bagaimana proses pembuangan sampah itu berlaku. Jadi tak hairanlah anak-anak kecil di jepun ini serendah usia 4 tahun sudah tahu mengkategorikan jenis sampah. bagus kan??
Jepun ada jadual pengutipan sampah...yup sama jugak macam kt Malaysia, cuma bezanya bukan sampah yang sama dikutip setiap hari..macam malaysia segala jenis sampah akan dikutip setiap hari ataupun selang sehari (macam kt emerald..kekeke)..di jepun, jadual yang diberikan di setiap rumah ada memberitahu pada hari isnin mereka akan kutip sampah jenis yang boleh dibakar, jadi penduduk wajib patuh. kalau ada yang langgar peraturan memang habislah..sebab kt plastik sampah tu ada alamat..kekeke..kalau korang buat jugak, memang diorang akan hantar balik sampah tu untuk korang asingkan..padan muke!!
*contoh jadual pengutipan sampah
Sampah Basah/Boleh dibakar(可燃ごみ)
Sampah ini paling mudah untuk diuruskan. Masukkan sahaja segala sisa makanan, cebisan kertas-kertas kotor, habuk sapu sampah dan sebagainya yang dikategorikan sebagai bahan yang boleh dibakar, ke dalam beg plastic dan hantar ke tempat pembuangan sampah yang disediakan, sebelum waktu mengutip sampah. Sampah boleh dibuang mulai petang hari sebelumnya sehingga pagi hari sampah dikutip. Had waktu ini juga tertakluk kepada kawasan masing-masing. Ada juga kawasan yang dibenarkan untuk membuang sampah bermula jam 12.00mlm sehingga pagi sampah akan dikutip.
Sampah Kertas
1. Kertas-kertas Iklan
Kertas-kertas begini biasa diedarkan di stesen keretapi, jug adalam peti-peti surat di rumah masing-masing. Kumpulkan sehingga banyak dan ikatkan sekali untuk dibuang.
2. Buku-buku
Buku-buku yang ingin dibuang juga perlu diikat sekali sebelum dibuang.
3. Kotak
Kotak-kotak besar yang ingin dibuang, harus dibuka semua bahagian, dikerat, dilipat elok dan diikat dengan tali sebelum dihantar ke tapak pembuangan sampah.
4. Kotak air kotak
*kotak minuman n makanan kene potong gini untuk memudahkan
Untuk kotak air kotak pula, perlu dicuci, dipotong seperti gambar yang ditunjukkan dan dikeringkan sebelum dibuang bersama kertas-kertas lain tadi.
Sampah Plastik
Sampah-sampah yang bertulis 『プラ』adalah sampah-sampah yang dikategorikan sebagai plastik. Kumpulkan sekali dalam satu plastic dan boleh dibuang seperti sampah biasa pada hari yang ditetapkan.
Sampah Botol Plastik
Berlainan dengan sampah plastik, sampah-sampah pet botol, atau mudahnya botol air yang bertulis 『PET』perlu melalui beberapa proses sebelum boleh dibuang seperti sampah lain.
*botol mestilah ditanggalkan tutupnya, dicuci dan label mesti ditanggalkan juga
Sampah Aluminium
Tin-tin sardian, tin-tin air dan sebagainya yang diperbuat dari aluminium juga perlu dicuci bersih sebelum dibuang.
Sisa minyak
Untuk sisa minyak pula, terdapat penyerap khas yang dijual dikedai untuk menyerap minyak yang sudah tidak mahu digunakan sebelum di buang bersama sampah yang boleh dibakar. Terdapat juga serbuk yang boleh digunakan untuk mengeraskan minyak ini, selain pad penyerap tadi.
*pad penyerap minyak
*cara-cara penggunaan
Minyak yang telah digunakan memang dilarang buang kat singki..sebab minyak adalah salah satu pencemaran pada air jika dibuangkan di singki..ada sesetengah penduduk menggunakan serbuk seperti agar2, panaskan minyak bersama serbuk tu..bila minyak dah keras macam jelly, bolehlah dibuang dalam sampah kategori sisa makanan..bila kita mudahkan kerja orang lain, inshaAllah Allah mudahkan kerja kita..betul..betul..betul...
kalau jenjalan kat Tokyo ni memang takde sampah tepi jalan macam botol kosong or tisu ke..memang bersih..sepanjang QA dok sini memang belum jumpa lagi sampah kat tepi jalan.
*ojisan nak pi mana tuh????
*bersih kan??kan??
*food court tokyo
food court tokyo memang dah macam 5star restaurant...bersih..cantik..kemas..superbbb!!..kalau nak makan kat food court memang kebersihan tu amat penting..bila semua jaga kebersihan, kalau ada sorang tak jage mesti die malu kt orang lain yg dok jage kebersihan kan??..selalunya bila selesai makan kat food court, pelanggan akan mengangkat dulang masing2 n pergi kt tong sampah yang disediakan untuk mengasingkan sampah..sekali lagi diingatkan!! sila buang sisa minuman dan makanan di tempat yang disediakan sebelum memasukkan cawan kertas dan pinggan kertas di dalam tong sampah.. kenapa?? sebab dari sisa minuman n makanan itulah akan terhasil bau busuk pada sampah..ohoooo..kat food court jepun takde org yg kerja lapkan meja..kutipkan sisa makanan..semua atas tanggungjawab sendiri..
dan di jepun sekiranya kita nak bawak haiwan peliharaan jalan-jalan makan angin, kita kene siap2 bawak beg plastik, kot mane tau haiwan kesayangan nak "melepas" time jenjalan tu..kan masalah dibuatnya??so, kat kedai ada jual beg plastik yang kalis bau..heeee..
*kalau meowwww QA, QA pakaikan pampers..kekeke
macam yang QA cakap, kalau kite mudahkan kerja org lain, inshaAllah Allah akan mudahkan kerja kita..kalau lepas makan kt food court kite bersihkan meja, kite dapat memudahkan pelanggan seterusnya untuk duduk dan makan dengan selesa sbb pelanggan sebelum kita dah mudahkan kerja kita kan??..
Masyarakat Jepun tak pernah dengar "Kebersihan sebahagian daripada iman", tetapi mereka dapat melaksanakan dengan baik..mereka juga tidak tahu hikmah jika kita permudahkan urusan orang..etapi mereka sering memudahkan urusan orang lain..kerana bagi mereka, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam itu penting.....