Monday, May 21, 2012

Ahlan Wa Sahlan ya Rajab!!



"ya ALLAH..berkahilah aku di bulan yang penuh barakah ini..aamiin"







"Ahlan wasahlan ya Rajab"



Bismillah...

Alhamdulillah..kita sudah hampir sangat dengan bulan Rejab..bulan yang penuh barakah..Subhanallah..bersyukur kepada ALLAH  kerana masih memberi kita peluang untuk menghidupkan bulan yang mulia ini..

"assalamualaikum adik..esok 22/5/2012 adalah 1 rejab 1433 H..malam ni abi, mama,kakak,kakngah,abang n kak aufa nak buat qiam insyaALLAH..adik pon same ye..agar kami rasa kehadiran adik berjemaah dengan kami semua.."

awal subuh dapat mesej dari abi..ALLAH..terharu dengan mesej yang diberikan..walau QA terpisah jauh dengan keluarga..tapi kasih dan sayang itu semakin dekat dan rapat di dalam hati..merekalah kekasih hati QA selepas ALLAH dan RASULULLAH SAW..macamane jauh sekalipun..terpisah oleh negara..tapi seolah-olah abi dan mama sentiasa ada di sisi QA..sentiasa peringatkan QA..agar anaknya ini sentiasa menjaga batas sebagai muslimah...insyaALLAH..

Subuh amat segar...sahabat serumah juga nampak segar..mungkin semangat nak sambut bulan yang penuh barakah ini..tup-tup tengok notice board dekat rumah QA ada notice dari sahabat..sekali lagi rasa sedih gembira yang tak terkata kerana mempunyai sahabat yang saling membantu dan peringatkan dalam mengejar cinta ALLAH..subhanallah..



*itulah notice yang tertampal di notice board hasil tulisan ukhti Ainnur..

Jom serba sedikit QA nak kongsikan dengan sahabat-sahabat yang singgah blog QA ini..apa yang ada di bulan Rejab ni..apa keistimewaannya..dan apa pula amalan yang kita boleh lakukan di bulan Rejab ni..psssstttt!!!...amalan dan ibadah bukan hanya dibuat pada bulan Rejab,Syaaban dan Ramadhan je ye sahabat-sahabat..setiap hari,setiap waktu kita kena sentiasa beribadah dan buat amal..insyaALLAH..

jom kita ambik tahu dulu apa maksud bulan Rejab dan apa peristiwa yang berlaku di bulan Rejab..

Pengertian Rejab
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.
Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :
1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian  mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada  29 Ramadhan,  ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.
3.Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

okeh..itulah antara peristiwa yang berlaku di Bulan rejab pada zaman Nabi Muhammad SAW..pasti ada yang tak tahu tentang sejarah-sejarah islam dahulu kan..??..takpun ada yang tahu sikit-sikit je..macamtu jugak dengan QA..dulu taktahu n tak pernah ambik tahu..tapi permulaan dari sejarah Rasulullah SAW menjadikan QA berminat untuk ambik tahu setiap sejarah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW..

QA nak share dengan sahabat-sahabat tentang 10 keistimewaan Bulan Rejab..


1) sabda Nabi S.A.W : hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaandi hari Qiamat. ( Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W : Bulan Rejab bulan Allah . Bulan syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku. ( Al-hadis)
3. Kemuliaan rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Malam Awal rejab mustajab doanya ( dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi)
5. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.(Al-Hadis)
6. Puasa tiga hari dalam bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan. ( Al-Hadis)
7. Puasa empat hari dalam bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat. (Al-Hadis)
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab , aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar dari kkubur bercahaya mukanya ( Al-Hadis)
9. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.(Al-Hadis)
10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga (Al-Hadis)

Allahuakbar...begitu banyak keistimewaan dan ganjaran yang ALLAH beri jika kita menghidupkan Bulan Rejab.. jadi..tak rasa sia-sia ke kalau kita lepaskan peluang untuk mendapat ganjaran yang besar dari ALLAH kerana menghidupkan bulan-NYA??

Jadi..malam ni kita hidupkan malam awal Rejab dengan memperbaharui tekad dan ikrar.Jika sebelum ini kita mengucap Dua Kalimah Syahadah tapi hidup dengan penuh hasad, kemarahan, dendam, benci dan sebagainya, tahun ini kita mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan penuh kecintaan kepada Allah. Sebagai hambaNya, yang benar-benar cintakanNya, marilah sama-sama kita memperbanyakkan memuji-muji Allah, amalan dan ibadah .

Jom lepas maghrib kita buat serba sedikit majlis 

  • Solat Maghrib berjemaah bersama keluarga (sebaik-baiknya, dilakukan apabila telah masuk waktu maghrib 1 Rejab)
  • Membaca Fatihah 7X
  • Membaca Salawat 7X
  • Membaca Al-Kafirun 1X
  • Membaca Al-Falaq 1X
  • Membaca An-Nas 1X
  • Membaca Al-Ikhlas 1X
  • Membaca Ayat Qursi 1X
  • Zikir istighfar 7X – ASTAGHFIRULLAH AL-AZEEM ALLAZI LAILAHAILLA HUALHAYYUL QAYYUM WA ATUBUILAIH
  • Zikir - Allah Allah 7X
  • Zikir - Allahu Allah 7X
  • Zikir - Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim 7X
  • Zikir - Allahu Allahu 7X
  • Zikir Salawat 7X – SALLALLAH ALA MUHAMMAD, SALLALLAH ALAI WASALLAM
  • Zikir LAILAHAILLALLAH 101X
  • Doa “Ya Allah Ya Tuhan kami, izinkanlah kami menyambut Bulan Rejab ini sebagai bulan yang Engkau muliakan, sebagaimana Rasulullah SAW menyambutnya. Berkatilah dan rahmatilah kami supaya kami menjadi hambaMu yang menghamba-abdikan diri kami kepadaMu, tunduk dan sujud kepadaMu, sebagaimana yang engkau kehendaki” – Seterusnya sambung dengan doa masing-masing
  • Majlis makan malam bersama keluarga.

dan seperti biasa..melaksanakan ibadah puasa di awal rejab adalah yang biasa dilakukan oleh kita...banyak keistimewaan yang ALLAH beri di bulan Rejab ini..

ukkeh..sampai sini je QA dapat share dengan sahabat serba sedikit tentang Bulan ALLAH iaitu Bulan Rejab..Moga ada manfaatnya buat sahabat-sahabat yang membaca...Jangan lepaskan peluang untuk meraih sebanyak yang boleh ganjaran-ganjaran yang telah ALLAH janjikan..insyaALLAH.. 


rujukan:






Wednesday, May 9, 2012

shame on you!!


"ALLAH..bahagiakan hamba-MU atas jalan-MU yang benar ini..aamiin"


"kali ini..yang tiada dosa juga perlu dihukum.."




Bismillah..

wah..!!! marah benar tajuk entri QA kali ni..ade pape yang membangkitkan kemarahan QA ke??..hemmm..kali ni QA yakin bukan QA sorang menyuarakan kemarahan yang maksimum..tapi seluruh rakyat Malaysia sedang menyuarakan kemarahan..kenape???..Malaysia digemparkan dengan video yang di post di pesbuk..video pasal ape??..tentang seorang wanita yang sedang mendera anaknya (itu yang majoriti yang QA dengar)..mula-mula QA tak percaya..how come ade ibu yang sanggup buat macamtuh kt anak die..jadi untuk kepastian..tangan digerakkan untuk 'play' video tersebut dan....ianya bukan pukul-pukul 'manja'..TAPI..terajang-terajang "SAYANG" malah sepak muka kerana "KASIH"..

ALLAH..melampau benar si ibu ini..no wonder Malaysian sangat marah dengan video ni...that's why QA sentiasa rasa bersyukur ALLAH tempatkan QA di Malaysia..sebab..rakyatnya ambil berat akan semua isu..tak kira dari segi isu apapun..walaupun ada masa kami tak sebulu dalam sesetengah isu..okeh,back to the topic..ramai yang tanye "kenapa dengan si ibu tu??hilang kewarasan atau apa??"



Kes perempuan (IRA) pukul anak dah heboh. Sebab sebenar setelah digoogle, perempuan yang bernama Ira tertekan dengan perangai suaminya yang curang. Ira jugak mengalami sakit mental. Disebabkan tekanan, dia memukul anaknya sendiri. Mungkin ramai yang marah dengan si perakam sebab tak lakukan apa apa. Beliau sudah menghalang perempuan tersebut daripada terus memukul, tetapi dia sendiri yang dibelasah oleh perempuan tersebut. Jadi untuk mengambil bukti perbuatan tersebut, dia merakam tanpa disedari oleh perempuan tersebut. Jadi sekarang, perempuan tersebut sudah ditangkap pihak berkuasa setelah lebih 300 aduan dibuat dan bayi tersebut masih dalam keadaan trauma dan menangis apabila ada yang mahu memegangnya.




itulah info yang QA dapat dari sahabat QA di FB...betul atau tidak wallahualam..tapi jika benar...ALLAHURABBI...apa kaitan dosa si bapa dengan si kecil yang totally tak tahu apa-apa???... bukannye si kecil tu yang menyuruh bapanya curang dengan ibunya.. QA pasti kalau si kecil ini sudah mampu berfikir dengan waras.. dia pasti akan membela ibunya di saat ayahnya curang dengan kekasih barunya..tapi apapun alasannya..TIDAK PATUT si kecil tu diperlakukan sebegitu..ALLAH..QA sedih sangat..

*ALLAH...tak sanggupnya nak buat macamtu..

kadang-kadang rasa bimbang dalam hati bila nak menempuh alam rumah tangga..adakah QA akan jadi ibu yang sebaiknya buat anak-anak..ibu yang dapat menjadi role model buat anak-anak..memang sebuah perkahwinan itu sering ditunggu oleh para jejaka dan para gadis..tapi kata orang berpengalaman.."sebuah perkahwinan bukan pengakhiran sesebuah masalah..tetapi permulaan kepada masalah dan cabaran yang baru"..seronok-seronok jugak kawen tu..tapi perlulah ada plan yang lengkap dalam membina sebuah keluarga..ingat..perkahwinan bukan kisah cinta antara KAMU dan DIA..tapi kisah bahagia antara KAMU,DIA dan MEREKA anak-anakmu...

sebabtu mama QA selalu pesan..start dari sekaranglah kene belajar sayangkan budak-budak..insyaALLAH anak-anak pasti disayangi bukan dibenci malah diterajangi..ada masa kene bersabar dengan telatah si kecil yang masih suka mencuba sesuatu yang baru..sebab ternyata dia masih kecil..jadi jangan bertindak di luar kawalan..ada akal,gunakan akal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...