Wednesday, January 16, 2013

manusia punya khilaf




Assalamualaikum sahabat QA yang gojes cantik baik soleh dan solehah semua...apa khabar iman??..cantik dan segak juga??...jom kita sama-sama mengSEGAKkan lagi iman dan amal kita..inshaALLAH..

so..harini QA terpanggil...tertarik untuk berkongsi tentang KHILAF...beep3..

Manusia ciptaan Maha Esa sering kali berbuat kesilapan tanpa sedar, separa sedar mahupun tidak sedar..kerana apa??..kerana kita yang bernama Manusia...ade sesetengah perkara..yess!! we're perfect one..but ada certain kes yang akan kita berbuat silap..kenapa???..kerana dari kesilapan,kita dapat menjadikan ia sebuah pengajaran buat diri sendiri or orang lain..

Antara manusia dan manusia inilah yang silapnya sukar untuk dilupuskan...kalau kucing makan ikan..sekali tu je kite marah kucing tu...tapi kalau kengkawan buat silap...mau tak bertegur sapa makan hari..makan minggu..ukhuwah pon berderai bagaikan kaca..siap kata cmnih lagi.."aku boleh maafkan kamu namun bukan mudah untuk aku melupakannya"


Memang benar kadangkala kesilapan orang lain terhadap kita amat amat amat sukar untuk kita lupakan tetapi inilah dia ciptaan ALLAH yang maha HEBAT, semuanya terletak di HATI...kita semua sama namun mungkin keadaan yang membezakannya...tiada daya yang lain selain menyerahkan semuanya kepada ALLAH tetapi bukan hanya berserah tetapi berusahalah kemudian berserah...tiada apa lagi daya yang mampu untuk kita lakukan selepas berusaha...

KETERLANJURAN.....ya bisa memutuskan silaturahim andai tidak dijaga namun berbalik kepada pernyataan diatas kita hanya manusia....QA sentiasa belajar memaafkan orang dan menganggap bahawa apa yang berlaku adalah satu pelajaran baru...memang perit...kadangkala hingga tiada airmata untuk ditumpahkan bagi menyatakan betapa pedihnya saat itu namun perlahan2 belajar memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk buktikan dan memperbaiki keadaan...

Selepas memaafkan belajar melayan seperti sediakala...malah cuba tidak menunjukkan hati masih lagi bersedih...zikir sentiasa meniti dibibir, ruang mata sentiasa membayangkan yang indah, akal sentiasa mengingati perkara baik yang telah dilakukan...

Tetapi kita hanya MANUSIA, tiada daya memaksa untuk memaafkan kita malah juga tiada daya untuk memaksa mereka melupakan apa yang telah berlaku walaupun mungkin kesilapan itu hanya sekali dan mungkin juga kesilapan itu tidak disengajakan dan membawa maksud lain...Selebihnya mungkin inginkan cuma secebis perhatian....

Berbalik kepada resam hidup, kita manusia punya cara tersendiri untuk terima kenyataan...PERCAYALAH ALLAH sedang merencanakan sesuatu yang lebih BAIK....

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...