Thursday, December 20, 2012

Niat itu...Niat ini..




"A journey of a thousand miles begins with a single step"



 "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". 
Imam Ali bin Abi Talib




Assalamualaikum sahabat-sahabat QA yang soleh dan solehah inshaALLAH..moga sentiasa dalam redha-NYA dan tak berhenti berusaha dalam mengejar redha-NYA biiznillah ya sahabat semua..^_____^"

lafaz tauhid didahulukan..syukur pada-MU ya RABB..

harini seronok QA sharekan satu tajuk iaitu "NIAT"..QA share pendapat QA dan mudah-mudahan sahabat-sahabat juga senang berkongsi dengan QA..gitu dehhhhhh...

Seperti yg kita tahu, bahawa niat itu merupakan penimbang tara dan aras sesuatu amalan hamba. Kebergantungan niat dan amalan ini tidak dapat di nafikan sama sekali kerana tanpa niat maka amalan kita tidak terima, tanpa amalan niat kita itu ibarat angan-angan sahaja. Tetapi melihat kemurahan ALLAH s.w.t kepada hambaNya :

“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.”

Allahuakbar..Pemurah sungguh Allah kepada hamba-NYA..Niat merupakan salah satu perkara utama yang perlu sebelum kita melakukan sesuatu perkara..

Niat akan membezakan sejauh mana kualiti amalan kita dalam kehidupan.Boleh jadi amalan yang besar pada pandangan manusia, menjadi kecil di sisi Allah, disebabkan niat.
Sebagai contoh, seorang yang memberi ucapan yang mengagumkan ramai pihak tetapi disebabkan niatnya untuk meraih popularati semata-mata, maka Allah tak pandang pun.
Dan boleh jadi amalan yang kecil pada pandangan manusia, boleh jadi besar di sisi Allah!
Mengutip sampah di tengah jalan kerana berniat menjaga kebersihan di bumi Allah serta meyakini kebersihan itu adalah sebahagian dari iman mungkin mengakibatkan amalan tersebut lebih bernilai.
Pastikan niat kita murni dan tulus nescaya Allah akan memudahkan apa yang kamu niatkan itu.
Kenapa niat tu Penting??
a.    untuk bezakan ibadat dengan adat.
b.    untuk tentukan qasad amal – adakah untuk Allah atau lainnya.
Secara ringkasnya, niat akan membezakan antara ibadat dengan adat. Antara ALLAH atau dunia semata-mata. Semua itu di landaskan kembali pada asal niat kita pada amalan yg kita lakukan. 

#jom rapatkan saf!!!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...