Sunday, March 8, 2015

ku bina istana





Mengapa kau masih menyendiri..??

Seolah sedang membawa diri..
apakah kau takut pada diri sendiri..??
atau kau sedang membawa haluan sendiri?



aku disini bersendiri..
mencipta sebuah memori..
mengawal sebuah emosi..
ku bawa DIA di dalam hati..

apa kau sedang terluka?
dengan cinta manusia biasa?
hingga hatimu merana?
lalu kau terbang kesana?

aku hanya manusia biasa
tidak lepas dari rasa kecewa
asbabnya bukan cinta manusia
tapi aku takut hilangnya cinta DIA



DIA menciptaku tanpa soalan
tapi terlalu banyak aku persoalkan
sedar-sedar DIA beri ujian
tanda peringatan dari TUHAN

Kau masih mahu sendiri?
bukankah kau ada saudara menanti?
mengapa masih berdiam diri?
kembalilah kesini

aku sedang menghitung hari..
supaya aku boleh berdiri..
supaya aku teguh mendaki
meniti kehidupan yang penuh duri..

aku persiapkan sebuah istana..
mohon redha Pencipta dan juga keluarga..
cinta itu datang dari Yang Sempurna..
Sampai kesyurga akan ku bawa..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...